7 JENIS BUNGA KELADI BERACUN DAN BAHAYA UNTUK ANAK-ANAK

Sis Lin
12
7 JENIS BUNGA KELADI BERACUN DAN BAHAYA UNTUK ANAK-ANAK | JUJURNYA Sis ni bukanlah pencinta pokok bunga sangat, tapi adalah juga membela dan menjaga pokok bunga di rumah ni, jangan tidak orang katakan, nak juga hijau-hijau segar mata memandang. Bukan tak suka tapi 'takde' masa yang rutin nak menjaganya huhuhu..

Jenis Sis minat, suka nengok orang bela dan menjaga, tapi Sis ni susahnya laaa nak istiqomah menjaganya oii, silap-silap, pokok tu kering melayu dalam pasu hahahaha.. sebab tu kalau ada pun yang Sis jaga tu, yang senang nak jaga je, tak payah siram selalu dan tak payah nak belai-belai sangat hehehehe.. 

Tapi sejak-sejak berkawan dengan kengkawan yang kelilingnya pencinta pokok keladi, ermmm dah tak memasal, ehhh ada pulak pepokok keladi tu kat rumah, ni semua Sunah Sakura lerr yang duk hantar dan bagi dan semaikan. Dia tu dah jadi 'Mak Keladi' dan penjual pokok keladi oii hahahaha.. 

7 Jenis Bunga Keladi Beracun Dan Bahaya Untuk Anak-Anak

Buat masa ni, ni adalah salah satu pokok bunga keladi yang Sis suka beno nengok. Paling senang nak jaga, duduk je diam-diam atas meja tu hahahaha.. 

Tapi tahukah korang, terdapat 7 jenis pokok bunga keladi beracun yang berbahaya tetapi kerap dijadikan pilihan sebagai pokok hiasan di rumah?

Terkejut juga Sis baca, pun baru gak tau, tak semua pokok keladi tu sesuai untuk di letak di dalam rumah dan di biar anak-anak main. So korang yang membela pokok keladi, kena baca ni yaaa.. Jangan sampai membahayakan anak-anak kita dan haiwan peliharaan juga. Nampak cantik, tapi tak semestinya baik. 

Bunga keladi beracun

Bermula daripada musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lepas, semakin ramai yang berjinak-jinak dengan dunia tanaman pokok hiasan. Tidak dinafikan, tumbuhan hiasan yang ditanam di sekitar kawasan rumah adalah terapi terbaik untuk mental dan emosi. Umumnya, terdapat pelbagai jenis pokok hiasan dan bunga yang menjadi pilihan ramai, antaranya monstera adansonii dan tidak ketinggalan juga pokok keladi seperti philodendron green marxii.

Bahkan sehingga ada pokok keladi yang dijual pada harga ‘kayangan’ disebabkan keunikan bentuk dan warnanya, seperti pokok yang diberi nama keladi Mickey Mouse. Pun begitu, bagi peminat pokok keladi, korang harus menyedari walaupun ia cantik dipandang, namun sebenarnya ia beracun dan amat berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak serta haiwan peliharaan.

Tumbuhan caladium beracun

Public Health Malaysia (PHM) juga pernah membuat perkongsian menerusi Facebook mengenai racun yang terdapat pada keladi atau caladium yang dikenali sebagai kalsium oksalat. Racun kalsium oksalat ini berada pada keseluruhan bahagian tumbuhan keladi ini dan paling kuat pada daunnya.

Dalam posting tersebut, PHM turut menjelaskan bahawa bunga keladi beracun akan menjadi toksik apabila tertelan. Mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif juga boleh terjejas dengan hanya bersentuhan fizikal dengan pokok ini.

Jangan terkejut, bukan tumbuhan ini sahaja yang berbahaya dan beracun ya. Jom kita bongkar pokok keladi lain yang harus korang elakkan.

Jenis bunga keladi beracun

7 Jenis Bunga Keladi Beracun Dan Bahaya Untuk Anak-Anak

7 Jenis Bunga Keladi Beracun Dan Bahaya Untuk Anak-Anak

1. Dieffenbachia 
2. Philodendron

Dieffenbachia dan philodendron adalah pilihan buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam tumbuhan hiasan kerana mudah ditanam. Walaupun kedua-dua tumbuhan ini adalah berbeza dari segi jenis, namun dieffenbachia dan philodendron menyebabkan ketoksikan dengan cara yang sama. 

Ini kerana ia mengandungi oksalat yang boleh menyebabkan bengkak, air liur banyak terkeluar dan kesukaran bertutur jika tertelan. Masalah bengkak, kemerahan dan kerengsaan juga boleh berlaku jika kulit atau mata terdedah kepada tumbuhan-tumbuhan ini.

7 Jenis Bunga Keladi Beracun Dan Bahaya Untuk Anak-Anak

3. English Ivy

Faedah potensi English ivy atau Hedera helix termasuklah dapat membersihkan udara, mengatasi masalah pernafasan dan mempunyai sifat antiradang dan antioksidan. Walau bagaimanapun, english ivy dianggap sebagai tumbuhan bunga keladi beracun. Ia dianggap toksik kepada manusia dan haiwan.

Tumbuhan ini boleh menyebabkan bengkak, kegatalan, kerengsaan perut dan mungkin loya, muntah dan cirit-birit pada manusia jika tertelan. Bagi haiwan pula, ia boleh menyebabkan sakit perut, muntah, cirit-birit dan hiper-air liur pada kucing dan anjing jika tertelan.

7 Jenis Bunga Keladi Beracun Dan Bahaya Untuk Anak-Anak

4. Alocasia Xanthosoma Variegata

Korang mungkin mengenali tumbuhan ini dengan nama glamornya, pokok Mickey Mouse. Sama seperti caladium, setiap bahagian pokok ini juga mengandungi hablur kalsium oksalat yang kecil. Jika mana-mana bahagian tumbuhan dikunyah ia boleh menyebabkan kerengsaan pada bibir, mulut, lidah dan tekak.

Walaupun jarang berlaku, loya, muntah, cirit-birit, dan kesukaran menelan turut merupakan antara kesan sampingan selepas menelan tumbuhan dengan kristal oksalat. Gejala yang dialami biasanya berkembang dengan cepat dan boleh bertahan sehingga setengah hari.

7 Jenis Bunga Keladi Beracun Dan Bahaya Untuk Anak-Anak

5. Peace lily

Peace lily atau nama botaninya Spathiphyllum cochlearispathum, dicirikan oleh daun lebar yang panjang dan bunga putih yang cantik. Pokok bunga ini amat mudah dijaga, dapat bertahan dalam cahaya yang kurang serta hebat dalam menyingkirkan toksin dalaman seperti formaldehid, benzena dan juga trichloroethylene, daripada udara.

Namun malangnya, tumbuhan ini beracun kepada manusia dan juga haiwan peliharaan. Ia boleh menyebabkan bengkak pada bibir, mulut dan lidah, rasa mual, muntah dan cirit-birit serta kesukaran menelan pada manusia. Manakala pada haiwan peliharaan pula boleh mengakibatkan kesan terbakar dan kerengsaan teruk pada mulut, bibir dan lidah bersama kesukaran menelan.

7 Jenis Bunga Keladi Beracun Dan Bahaya Untuk Anak-Anak

6. Snake Plant

Pokok hiasan rumah ini biasanya dikenali sebagai pokok Lidah Mentua atau nama saintifiknya Sansevieria trifasciata. Ia boleh dikenali dengan daun berbentuk pedang malar hijau yang tumbuh tegak dan seakan daun tiruan. Tumbuhan ini menjadi pilihan kerana mudah dijaga dan hanya memerlukan sedikit air untuk terus hidup.

Pun begitu, tumbuhan ini bersifat toksik jika termakan. Daunnya mengandungi racun yang boleh menyebabkan bengkak dan kebas pada lidah jika dimakan dalam dos yang besar. Justeru, adalah pilihan sangat bijak untuk menjauhkan tumbuhan ini daripada kanak-kanak dan haiwan yang cenderung gemar menggigit.

7 Jenis Bunga Keladi Beracun Dan Bahaya Untuk Anak-Anak

7. Devil’s ivy

Tumbuhan devil’s ivy atau pokok pothos ini amat mudah dibiak dan dijaga. Tetapi ia dianggap sebagai tumbuhan toksik, berbahaya dan beracun untuk manusia dan haiwan. Daun dan batang tumbuhan ini boleh menyebabkan kerengsaan terbakar yang teruk pada mulut, tekak dan perut jika tertelan.Bagi haiwan juga boleh mengalami keadaan yang sama bersama air liur berlebihan, muntah dan kesukaran menelan. 

Kesimpulannya, tiada salahnya untuk menanam pokok hiasan di dalam rumah mahupun di luar rumah. Tetapi harus pastikan ia selamat dan tidak beracun terutamanya jika di dalam rumah terdapat anak kecil atau memiliki haiwan peliharaan. Berhati-hatilah.

Sumber : Hello Doktor
Gambar : Carian Google 


P/S: Sis ni tau bela dan jaga je kalau nama-nama ni memang tak tau dan hafal hahahaha.. 
Tags

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. 😍💕 Suke monstera adansonii tu...

    ReplyDelete
  2. ada pokok lidah mentua tu je, pun ambil dari rumah pak mentua. kita tak pandai sgt jaga pepokok ni, bila mula kuning tak cukup zat, ah sudah! keciwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis pun ada Cha, memang letak luar.. tapi ramai letak dalam rumah untuk elak habuk katanya...

      Delete
  3. beberapa jenis ada mertua tanam.. dan ada satu dua yang kat rumah babah mama juga ni.. terima kasih sis perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau di jaga elok, memang cantikkk kan PC ...

      Delete
  4. no 4 tu tertinggal A kat depan dia.. Alocasia...

    ye, da lama tau keladi ni beracun, tapi kita bela bukan makan...hihi..jangan la pi makan pulak..dulu2 risau jugak kucing main dekat pokok keladi..tapi sekarang ku campak2 je kat diorang mana yang aku potong..diorang main, alhamdulillah setakat ni masih hidup lagi la...😂

    diffenbachia tu memang, aku pun seram nengok orang melayu ni rajin bela banyak2..kalo boleh memang taknak langsung bela pokok tu kat rumah ni sebab aku pun ada kulit sensitif dan alergik..tapi kadang2 bukan kita beli, orang lain bagi..terima je seadanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ada A ekk.. nanti aku betulkan..
      Ye laa, tanam bukan buat makan hahahaha.. kucing aku pun takde pulak aku nampak dia makan ke main pokok-pokok aku, kalau ada siap arrr, hilang ekor kang hahahaha

      Delete
  5. Sama la kita Sislin, bukan peminat tegar pokok2 tanaman ni. Saya suka tanam benda yang boleh dimakan je hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, tanam nak buat ada-ada jerr kasi ijo, kalau boleh nak beli yang plastik jee letak hahahaha

      Delete
  6. Dlm rumah saya byk pokok2 ni... So far anak2 mmg x kacau... Laki ckp skit lg nak jadi hutan, 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good bagus.. kalau boleh perhatikan.. kalau dah jadi hutan, bebaik, takut ada harimau hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!