ASAM PEDAS TELUR IKAN JAHAN UNTUK ORANG MENGIDAM | TEPAT sekali rasa dan perasaan seorang Emak ni bila lihat akan gerak geri anaknya. Baik dari segi 'body', kesihatannya dan juga keinginannya, ternyata apa yang Sis rasa, betul sama sekali, alhamdulilah anak Sis,Yana dah hamil dalam 3 - 4 minggu macamtu.
Hadiah paling isimewa sempena Hari Ibu lepas bila anak Sis bagitau yang dia hamil, tak tau nak subcribe gambarkan macam mana perasaan tu. Apa yang Sis doakan depan kaabah Allah makbulkan... syukur Ya Allah.. dan dua minggu sebelum raya, anak Sis asyiklah menyebut nak makan telur ikan mayong, sampaikan dia share hantar gambo telurnya di wahtsapp Sis.
Nak jadikan cerita, dah nama rezeki anak, dua hari sebelum raya 'terkejut', Ayahnya ada pergi memancing, boleh pulak dapat ikan mayong sebesar tidakkkkk.. bila dah besar, bukan ikan mayong dah, kata Suami ianya di panggil Jahan.. Ikan Jahan termasuk dalam kumpulan ikan duri dalam Famili ARIIDAE. Ikan Jahan atau lebih dikenali sebagai raguk atau baguk bagi pemancing di sekitar kawasan Johor ni merupakan salah satu spesis yang menjadi buruan pemancing. Bukan senang nak dapat kata Suami.
Memang rezeki anak laaaa, Ayahnya dapat ikan Jahan ni, dalam perutnya ada telur, kemain besar telurnya. Telurnya sama je rupa macam telur Ikan Mayong. Rasa pun sama. Suami dapat dua ekor ikan Jahannya, kedua-duanya ada telur, tapi berbagi laa dengan geng-geng pemancing lain, Suami amik dua ketul untuk anaknya.
Tang isi pula, Suami tak amik semua, Suami amik part kepala ajer, tu pun dah di potong-potong, pun banyakkk, tu yang hari terakhir berbuka puasa, kebetulan adik-adik semua ada, Sis masak Asam Pedas Telur Ikan Jahan untuk orang mengidam beserta kesemua isi-isi kepala ikan Jahan tu. Alhamdulilah puashati sangat makan, ikan fresh, jadi sedap sangattttt...
Yang gelihatinya, sebelum di cuci telurnya kemain geli memasing yaaa.. tengok telurnya macamtu rupa, tapi ila dah siap masak, lupa diri terus memasing hahahahaha, makan kemain asyikkkk letop-letop dalam mulut tanpa rasa geli hahahahaha...
Memang sedap betul.. tu pun nasiblah masak asam pedas tu sedap, ye laaa tengah puasa kan, entah apa rasa, nak bagi orang makan, takut juga tak sedap, alhamdulilah Allah beri sedap.. bahagia rasa nengok Suami, adik-adik dan anak-anak semua makan.
Ni pun penuh freezer dengan ikan mancing Suami, 5 Syawal haritu Suami pergi memancing dengan adik ipar dan sepupu, dapat lagi ikan kerapu bagai.. ermmm jadilah lauk raya Sis hahahaha.. alhmdulilah...
P/S: Rindu pulak suasana malam raya 'terkejut' tu ....
ohhh ada jugak ikan lain macam ikan mayong punya telur ek...
ردحذفAku pun mula tak tau Sun.. abang aku cakap baru tau...
حذفAlhamdulillah, lepas la mengidam dak Yana tu ye. Rezeki ibu mengandung.
ردحذفYaaa, so far apa dia nak makan semua dapat...
حذفperghhh camtu eh rupa telo ikan hehehe... first time ako tgk
ردحذفLorr ko tak pernah jumpa ke Ret? Nanti try laaaa
حذفBenda pertama masa SA mengidam masa mengandungkan Dania dulu adalah buah Koko...alhamdulillah dapat..syukur dak Yana dpt telur ikan tu...
ردحذفAlhamdulilah... orang kata kalau ngidam buah-buah memang anak pompuan hehehehe
حذفtak pernah rasa lagi telur ikan mayong ni..:)
ردحذفNanti boleh cuba Cik Nor...
حذفAlhamdulillah tahniah sis lin.Asam pedas tu tempting nya.
ردحذفMakaseh Aisya... nak jadi Nenek dah ni hahahaha
حذفTerliur pula tengok telur ikan tu...
ردحذفTahniah Lin,Yana dan keluarga dengan berita gembira itu..Lepas ni ada yang dapat gelaran "datuk" la...hihihi
Yerr MamaCella, kalau ternampak memang terliur...
حذفMakaseh Mama hehehehe
Alhamdulillah, rezeki anak sis. Congrats buat yana, sis dan keluarga =D . Kita tergelak la baca sis punya entry yang ni, comel je rasa. mesti gembira kan, nak terima cucu pertama. semoga semuanya dipermudahkan =D
ردحذفThanks Huda.. alhamdulilah..
حذفHahahaha tunggu posting Cucu lagi tergelakkk ko hahahaha