BERAYA SAKAN AKU TAHUN NI! | SELAMAT hari raya korang, selagi dalam bulan Syawal, maka berhari raya laa kita, tapi jadual jemputan raya Sis, kalau tengok pada kalendar Sis terlajakk raya pun ada hahahaha.. Ikutkan Isnin akan datang ni kita last Syawal, tapi Sis dapat jemputan raya sampai ke minggu pertama bulan Jun tu kekekeke..
Tak apalah bagi Sis selagi sihat, selagi orang ingat kat kita, maka berhari raya laaa kita. Cipta memori raya tu bebanyak, nanti bila dah tua, tengok balik gambar-gambar tu, mesti kita rindu dan senyum sengsorang kan?.. Boleh di katakan, Sis beraya sakan tahun ni, sibuk ke sana sini beraya bersama geng-geng bas sekolah, jiran setaman dan juga ex-geng setaman lama..
Dua tahun tak beraya sama, so bila dah boleh beraya dan berjumpa, masyaallah hilang terubat rindu semua... terus kami plan macam-macam.. konon plan nak pi jalan sama laa, nak sarapan sama laa, nak keluar tengok wayang sama laa, memacammmm ekkkk.. hahahaha memang seronok raya tahun ni..
Raya Geng Bokeh (Geng Aerobik/Geng Usrah)
Siapa yang undang, Sis tak lepaskan peluang pergi beraya. Seronok jumpa kengkawan semua, borak macam-macam topik, throwback kenangan bersama dulu dan bermacam lagi laaaa tajuk perbualannya.
Itu yang sampai nak duduk nak blogwalking pun tak nyempat. Mana taknya pepagi jam 9am dah mula start kami beraya, then sambung pulak ke petang, lepas petang, orang datang rumah pulak malam, nak masak nak kemas, so mana ada masa nak duduk bukak laptop. Tu yang bila kotak ruang komen Sis bermasaalah, Sis buat relax jerr, sebab kebetulan sibuk beraya kan, so biorlah dia.,.
Tapi now, alhamdulilah, kotak komen blog Sis dah okay dah.. nampak kengkawan blogger dah boleh komen macam biasa.. terima semua yang prihatin masaalah blog Sis ya..
Raya Geng Bas Sekolah
Penat tu memang penat, dalam usia macam Sis ni, anak-anak kata bawa berehat Mak, tapi bagi Sis, usia beginilah selagi sihat, Sis nak banyakkan simpan kenangan bersama kengkawan, nanti bila dah sakit, duduk rumah, kau rasa kengkawan nak datang selalu ke tengok kita, melawat kita, kalau ada pun, suasana tu dah berbeza... so selagi sihat, kita keluar jumpalah kengkawan semua.
Bukan time raya jer, tak raya pun sama. Kadang ada jer orang cakap 'Kau ni Sis banyak betul Geng'.. Yaa memang banyak, 'Geng Spy' pun ada hahahaha.. tu pun ada geng yang Sis jarang upload kalau berjumpa, sebab bila dah jumpa lupa nak bergambar hahahaha dan geng bukan 'kaki bergambar', so memang takde laa gambar. Lain kalau geng yang selalu Sis upload, haaa derang memang pantang jumpa, kaki bergambar kekekeke..
Dan bulan raya ni juga banyak Sis tolak media event food review dan jemputan openhouse, walaupun jemputan tu openhouse raya dari badan korporat sekalipun, sebab nak beraya dengan kengkawan dan family. Rasa puas raya tahun ni sebab Sis banyak habiskan masa dengan family dan kengkawan. Dari awal raya sampai laaa ke harini, seronok sangat..
Openhouse raya dan majlis perkahwinan anak angkat Sis
Walaupun Suami Sis dah mula sibuk dengan kerja dan dia pun banyak tak dapat join Sis beraya, alhamdulilah Suami izinkan dan Suami faham dari dulu sampai sekarang, yang Isteri dia ni memang ramai kawan. Dan Suami pun kenal kengkawan Sis semua. Yang penting, kita pandai laa jaga diri dan maruah Suami kan..
Lagipun kengkawan Suami pun ramai juga datang beraya ke rumah, tapi sebelah malam. Biasa tiap tahun kami buat openhouse, cuma tahun ni rasanya tak kot, sebab Suami dah sibuk dengan kerjanya, Sis pun taknak memaksa, so raya ajerr laa mana yang sempat dan seadaanya.. sesiapa nak datang ye datang.. tak payah tunggu openhouse bagai kan..
Tapi perlu ingat, dalam pada bersukaria beraya, jangan lupa SOP. Virus Covid19 tu masih belegar-legar di setiap ruang yaa.. jangan kita leka dan lupa diri. Jaga pergerakan, jaga sentuhan dan amalkan 3S kalau boleh. Rajin-rajin cuci tangan dan yang penting, pastikan kita ni sihat nak jumpa orang. Tapi kalau jenis +ve yang tak bergejala tu, maaflah, memang tak boleh nak elak kan, sebab sendiri pun tak tau terkena virusnya. So be alert setiap masa.
So korang macam mana hari raya korang? Dah habis raya ke?
Raya Ex-Geng Setaman (jiran lama)
Harini Sis nak masak-masak, ikutkan tengahari ada jemputan openhouse tapi rasanya tak sempat nak join, malam nanti ada tetamu Geng Bas Sekolah Sis nak datang beraya, Sis nak masak menu nasi berlauk, so memang banyaklah kerjanya. Kejap lagi nak ke pasar dan membeli bahan basah.
Buat kerja sengsorang, so Sis taknak laa kelam kabut sana sini, takut letih, so kita fokus jerr pada satu perkara dan enjoy the day.. kang dah keluar, balik nak masak, takut jadi penat pulakkan..
Okaylah panjang pulak membebel ekkk, nanti ada free, Sis kongsi lagi kisah raya Sis ya.. korang jaga diri dan stay safe okay..
P/S: Tu sikit je kongsi gambar Sis beraya-raya, kalau upload semua, ada muntah ijooo nengok hahahahaha..
Esok2 dgn geng jdt blogger pulak eh
ReplyDeleteInshaallah Nur, tak dapat nak join.. enjoy yaaaa
DeleteTahun ni memang extra special kan memang meriah, Alhamdulillah
ReplyDeleteKannn, kalau di Johor ni, memang terlajakk raya nanti...
Deletetu dia byk betul geng nya...tkpela eratkan silaturahim kan
ReplyDeleteBegitulah, geng banyak ke geng sikit ke, yang penting, bersatu hati...
DeleteAlhamdulillah. Raya sekali erat ukhuwah kan Sis.
ReplyDeleteBetul PC, kalau tak hanya duk chat dalam group ajaa...
DeleteSeronoknya raya raya rayaaaa! Selamat Hari Rayaaa!
ReplyDeleteEhhhh ternyanyi laaa pulak hahahaha
Deleteseronok dah dapat beraya semula..Alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulilah, sebab tu laaa tak lepas peluang untuk beraya...
DeletePenat beraya makan kuih raya sana sini raya. heeeee
ReplyDeleteMasih beraya lagi ke tu? Hehehehe
DeleteDah 2 tahun tak menikmati raya kan...tahun ni la merian
ReplyDeleteKannn Dana, nikmat raya yang Allah beri.. selamat hari raya Dana..
Deleteramainya geng sis..meriah..:)
ReplyDeleteAlhamdulilah... begitulah kann hehehhe
Delete