EPISOD AKHIR 7 HARI MENCINTAIKU 3, KORANG RASA MIA MATI KE?

Sis Lin
9
EPISOD AKHIR 7 HARI MENCINTAIKU 3, KORANG RASA MIA MATI KE? | PERSOALAN yang menjadi tanda tanya semua orang ketika ini. Siapa yang layan dan nengok drama 7 Hari Mencintaiku 3, pasti hatinya membuak-buak dan tak sabar nak tahu apa kesudahannya cerita ini kan?.. Sis dah beberapa hari ni, layan drama ni di luar rumah dalam keadaan kelam kabut hahahaha.. 

Ye laa, ada sekali tu time nak balik dari beraya rumah Mat Gebu, Sis tengok dalam kereta, dan semalam time pi beraya rumah Geng Bas Sekolah pulak tengok lagi sekali dalam kereta. Nak tunggu ceritanya habis baru gerak balik atau pergi, memang tak lerr, ada tak sempat nak solat Maghrib semua kan, dan jam berapa pulak nak sampai rumahnya..

So mana tempat yang sempat je laa kita tengok. Nasib baik juga Sunah ajar dan bagitau tengok online live tv3 dari website xtra.com.my tu haaaa.. kalau takkk memang tak senang duduk tak dapat tengok oiii... 

Harini last episod 35 drama 7 Hari Mencitaiku 3 tu.. semalam punya episod memang bermain dengan emosi sedih betul.. Sis masa nengok yang live semalam tu tak berapa nak feeling, ye laa sambil memandu dan berjalan sambil nengok, kejap bukak kejap katup, so mana nak feelnya..

Episod Akhir 7 Hari Mencintaiku 3, Korang Rasa Mia Mati Ke?


Dan tengah malam tadi, Sis layan balik ulangannya.. adoiii menangis pulakk di buatnya Sis nengok episod semalam... Paling sedih babak Khuzairi halau Mia, Sis tau dia buat macamtu sebab taknak Mia rasa susah dan terseksa menjaganya, nak MIa bahagia sebab dia rasa diri dia tak berguna sejak lumpuh.. 

Dan babak Sofie yang dah terbuka hati menerima Helmi pun menyentuh hati Sis, tang Sofie luahkan perasa pada Mak Ndak tu menangis Sis huwaaaaa.... sian Sofie.. begitu juga Cik Ina, dah insaf atas segala kesilapan dia.. Cik Ina dah tak berdendam sebab dengan curahan kasih sayangnya Mak Leha sekeluarga membuatkan Cik Ina bahagia, masih ada yang sayang dia..

Munah pun dah meninggal dunia, itulah balasan atas segala kesalahan dia.. cuma nak tau jerr, apa yang telah Munah bagitau pada Maknya mengenai repot polis tu... Sis rasalah Munah bagitau semua kejahatan Borhan dan Nurul Ain, so Munah suruh Maknya buat repot polis..

Tapi paling sedih... Mia dah keluar dari rumahnya Mak Leha dan tinggalkan Khuzairi.. now stay di rumah Doktor Fatin.. Mia sakit, mungkin sebab terlalu rindukan anak-anak dan juga Suaminya,Khuzairi.. Doktor Fatin pun dah mula jatuh cinta semula dengan ex-Suaminya,Ustaz tu.. 

Episod Akhir 7 Hari Mencintaiku 3, Korang Rasa Mia Mati Ke?

Dan untuk episod semalam, ikutkan Khuzairi dah menikah dengan Nurul Ain... dan kesihatan Mia sangat teruk sampaikan dia pengsan semalam.. apakah Mia mati????... Itulah persoalannya untuk episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku 3 malam ini, adakah Mia mati? dan Khuzairi menikah juga dengan Nurul Ain?... 

Sis rasa TIDAK.... 

Sis dapat rasakan, ketika Khuzairi nak menikah, polis datang bersama Maknya Munah dan terangkan semuanya, dan Nurul Ain kena tangkap.. lepas tu Doktor Fatin pula bagitau yang Mia sedang sakit tenat.. dan akhirnya Mia mati... 

Kalau Mia mati, Khuzairi akan kesal seumur hidup dan menderita, so abislah kisah 7 Hari Mencintaiku 3 tu... tapi kalau Mia masih juga hidup... korang tunggulah 7 Hari Mencintaiku 4 hahahahahahaha... 

So... apa korang rasa, Mia mati ke tidak?... atau???

Pak Samad yang mati kannnnn..... so kita tungguuuuu...
Dan jangan ingat, manusia macam Nurul Ain tu takde dalam dunia ni, ermmmm ...

Episod Akhir 7 Hari Mencintaiku 3

Episod : 35
Tayangan : Slot Akasia di TV3 dan iQiyi Malaysia
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Siti Rosmizah

UPDATE : 
Khuzairi tak jadi nikah dengan Nurul Ain
Kejahatan Nurul Ain terbongkar
Mia sihat selepas di hantar ke hospital dan berbaik semula dengan Khuzairi
Akhirnya Pak Samad yang meninggal dunia.. 
Nurul dan Borhan di tangkap polis
Doktor Fatin berkahwin semula dengan Ustaz Taufik
Nad pun dah bebaik dengan Mertuanya
Adam pula dah sedar yang dia salah memburu cinta Mia
Sofie mengandung dan terima dan memaafkan Helmi
iLah pun dah insaf dan mula menyayangi Kenit adiknya
Maksu Biah pun dah baik dan bekerja sebagai penyapu sampah
Suami Munah dan Mak Mertuanya Munah juga lega dapat tunaikan permintaan Munah
Cik Ina tinggal semula bersama keluarga Mak Leha dan Mak Andak..
Akhirnya semuanya 'happy ending'... 

Pesanan Pak Samad : 

Sayangilah Cintailah Dan Kasihilah Anak-anak Dan Isteri Kamu. Hargai mereka Cintai mereka. Begitu juga kamu Sebagai Isteri Cintailah suami kamu kerana disitulah terletaknya Syurga. Anak-anak Dan Menantu, Sayangilah antara satu sama lain seikhlas Hati, jika Kamu menyayangi seseorang Seikhlas hati, jangankan 7 hari, 7 saat Pun Kita Akan menghargai.. 


P/S : Salute betul pengarah dan penulis skrip dia... buat penonton menjiwai betul setiap watak dan babak ceritanya... walau mungkin akan ada pulak sambungannya... mana lee tau kannnn...

Post a Comment

9Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Aini rasa Mia pengsan..
    Jalan cerita dia mmg menarik samapi feeling geram pun ado..haha
    Mama Aini siap tanya..apa kene mengena dengan tajuk ya..?
    Aini jawab ni refer pada yang 1st je.. lps2 ni xde kene mengena dgn tajuk..cuma tambah chapter 2 chapter 3..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar.. Pak Samad yang meninggal dunia akhirnya.. ending yang melampau sedih di buatnya.. tapi satu Malaysia puashati, Mak Leha ganyang Nurul hahahaha

      Maksud di sebalik tajuk ..
      Pesanan Pak Samad : 'Sayangilah Cintailah Dan Kasihilah Anak-anak Dan Isteri Kamu. Hargai mereka Cintai mereka. Begitu juga kamu Sebagai Isteri Cintailah suami kamu kerana disitulah terletaknya Syurga. Anakanak Dan Menantu, Sayangilah antara satu sama lain seikhlas Hati, jika Kamu menyayangi seseorang Seikhlas hati, jangankan 7 hari , 7 saat Pun Kita Akan menghargai'..

      Delete
  2. Owh ok tajuk refer message pak samad la..
    Tapi tak best ending dia sodih benor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, memang tak jangka yang Pak Samad meninggal kannn..

      Delete
  3. Jangan ada sambungan lagi dah la..penat la nak sakit hati kan...naik darah tengok citer ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengikut kata SR dah takde dah, dia nak ganti cerita baru akan datang.. Andai itu Takdirnya...

      Delete
  4. haha, emosi sungguh tengok cerita ni. sabar jelah. nasib baik dah habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. sampai sekarang kalau berbual, tak boleh move on hahahaha

      Delete
  5. Hello
    What a post I’ve been looking for, thank you for giving me useful information, and please keep posting good information.
    I will visit you often. Thank you.
    I am also running the site, and it's a similar site.
    So feel free to check in and explore cause they are helpful and informative.
    If you have any questions, please visit my site and read what kind of blogs I am posting. I am sure it will be interesting.
    Have a nice day!
    https://www.tecreals.com.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!