KELEBIHAN DAN GANJARAN ORANG YANG BERPUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

Sis Lin
0
KELEBIHAN DAN GANJARAN ORANG YANG BERPUASA ENAM DI BULAN SYAWAL | KORANG dah start ke puasa enam Syawal? Alhamdulilah, moga dipermudahkan urusan korang berpuasa. Sis belum lagi mula sepenuhnya, semalam dapat puasa setengah hari jer sampai jam 3pm, kemudian Allah beri 'cuti'... maka berpuasalah anak bujang Sis sengsorang. Pagi semalam dapat bersahur dengannya, tapi tak dapat berbuka bersama. Pagi ni pun kejut dia bangun sahur dan teman dia makan jer. 

Yaa anak bujang Sis ada 4 hari lagi nak kena ganti puasanya. Awal puasa haritu dia kena Covid-19, so tak dapat berpuasa selama 5 hari. Semalam settle satu hari, ada baki lagi 4 hari, dah alang-alang, Sis kata buat aje la puasa enam, lebih banyak kelebihan dan ganjarannya kan. 

Kehadiran bulan Syawal bukan semata-mata untuk meraikan kejayaan kita berpuasa di bulan Ramadan, atau bulan kita membalas dendam dengan makan apa sahaja pada siang hari. Tetapi bulan Syawal adalah bulan yang menjadi kayu pengukur samada puasa yang kita lakukan sebelum ini memberi kesan pada diri atau tidak.

Dalam bulan ni Allah swt telah menyediakan satu ujian lagi bagi kita, yang mana apabila kita berjaya mengatasi sedikit ujian tersebut, bermakna kita akan memperoleh pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Itulah dia puasa sunat enam hari di bulan Syawal. 

Sabda Baginda s.a.w. “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun” HR Muslim.

Subhanallah! Hebat bukan ganjaran yang Allah berikankan. Secara logik akal, kalaulah sebulan dapat kita harungi dengan jayanya, apalah sangat dengan enam hari. Tapi tak semua orang boleh buat, sebab fikir ianya hanya sunat aja. Tapi sebenarnya, besar ganjarannya kan.. 

Kelebihan Dan Ganjaran Orang Yang Berpuasa Enam Di Bulan Syawal

Hukum Puasa Enam 

Hukumnya adalah sunat.
Terdapat sedikit perselisihan pandangan antara mazhab feqah berkenaan ibadah ini. Ada yang berpandangan ia mesti dilakukan secara berturut-turut selama enam hari dan ada juga yang berkata tidak perlu.

Memandangkan kita telah menggamalkan mazhab Syafie sebagai ikutan dalam beribadah maka menurut mazhab Syafie hukumnya sunat sepanjang Syawal, samada dilakukan secara berturut atau berpisah. Namun lebih afdal jika dilakukan secara berturut-turut. Jika tidak berkemampuan boleh diselang selikan sehingga cukup enam hari.

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.

Abu Hurairah ra berkata: Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” — Al-Bukhari no: 1991

Yang penting hati mesti kuat terutama apabila mendapat undangan rumah terbuka, dijamu dengan makanan yang enak, menziarahi rumah sanak sudara atau melihat masyarakat sekeliling yang makan secara sengaja. Banyak ujian yang perlu ditempoh oleh mereka yang nekad untuk berpuasa enam hari Syawal. Maklumlah banyak undangan openhouse nanti hehehehe.. 

Bolehkah puasa enam hari ini digabungkan dengan puasa qada (puasa ganti)?

Dalam hal ini berlaku khilaf pada sebahagian ulama. Ada yang berpandangan tidak sah ibadah wajib digabungkan dengan yang sunat. Manakala ada sebahagian yang lain berpandangan sah namun pahala yang diperoleh tidak sempurna.

Bagi mazhab Syafie mengikut pendapat yang muktamad, afdal seseorang itu menjadikan puasa qada berasingan dengan puasa enam pada bulan Syawal. Namun begitu, menggabungkan puasa qada dengan puasa sunat enam Syawal tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang dhaif.

Walau bagaimanapun menyegerakan qada puasa adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak. Oleh itu bagi keluar dari khilaf, seeloknya diasingkan puasa tersebut. Buatlah qada puasa dahulu dan kemudian barulah niat puasa sunat enam Syawal.

Kelebihan Dan Ganjaran Orang Yang Berpuasa Enam Di Bulan Syawal

Kelebihan Dan Ganjaran berpuasa enam Syawal

Pertama: Berpuasa selama setahun

Sabda Baginda s.a.w. “Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian meneruskan dengan enam hari di bulan Syawal sepertinya dia berpuasa selama setahun” HR Muslim

Kedua: Menguatkan hubungan dengan Allah

Dalam sebuah hadis Qudsi yang agak panjang, Allah S.W.T. berfirman, “Dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri beribadah) kepada Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Ku wajibkan kepadanya. Dan senantiasalah hamba Ku bertaqarrub kepada Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya…” HR Bukhari

Ketiga: Pelengkap amalan fardhu

Hadis Qudsi, firman Allah S.W.T. “Sesungguhnya amalan pertama yang dihitung bagi manusia di Hari Kiamat ialah solat, Baginda s.a.w. bersabda, “Allah berfirman kepada para malaikat Nya sedang Dia lebih mengetahui, Lihatlah pada solat hamba Ku ini adakah ia telah disempurnakan atau masih kurang? Sekiranya sudah sempurna maka tulislah sempurna. Sekiranya masih kurang,” firman Nya, lihatlah adakah ada pada hamba Ku itu amalan-amalan sunat”. Sekiranya ada firmannya, “sempurnakanlah bagi hamba Ku itu amalan fardunya dengan amalan sunatnya, kemudian dikira amalan-amalan dalam keadaan itu” HR al-Hakim

Keempat: Dimasukkan ke dalam syurga

“Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan berkata, salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk)” az-Zumar: 73

Begitulah ganjaran bagi orang berpuasa enam Syawal dan membuktikan takwa serta keimanannya kepada Allah. Wallahu a’lam.

Niat puasa enam 

Nawaitu Souma Ghodin ‘An Sittatin Min SyawWaLin Sunnatan Lillahi Taala
Sahaja aku berniat puasa esok hari enam hari syawal kerana Allah Taala.

Jika korang ingin menggabungkan Puasa Qadha tersebut dengan Puasa Sunat Syawal, maka niatnya adalah seperti berikut:

NawaiTu Sauma Ghodin ‘an Qodho’ie RomaDhoNa Ma’a SitTati SyawWaaLi Lillahi Taala   
Sahaja aku berniat puasa esok hari qadha fardhu Ramadan bersama puasa sunat enam hari bulan Syawal kerana Allah Taala.

Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

Sempurnakan dahulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan. Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.


P/S: Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhaiNya.

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!