LAMA TAK MAKAN NASI KENDURI KAWIN

Sis Lin
6
LAMA TAK MAKAN NASI KENDURI KAWIN | ALHAMDULILAH rasanya lama juga tak makan nasi kenduri kawin. Seingat Sis laa, last Sis makan nasi kenduri ni, sewaktu anak Sis,Yana tu kawin tahun lepas, lepas tu memang takde pi kenduri.. kalau ada pun awal tahun haritu tapi mereka bukan hidang nasi kenduri kawin, tapi aneka lauk-pauk kampung huhuhu.. 

So semalam, alhamdulilah dapat penuhi undangan majlis kenduri kawin sahabat jiran setaman lama Sis, Puan Hamidah di dewan Ariz Bizmilla Eco Polladium. Mengimbau kenangan kejap yaaa, sebab di situ jugalah, di dewan tu jugalah Sis buat majlis persandingan anak Sis pada bulan November tahun lepas. Masih sama dan tetap sedap makanannya.. 

Memang sesiapa buat di situ under Bizmilla, akan puashati sangat. Kita pihak pengantin ni tak payah susah payah dah siapkan semua, semua di sediakan dan di atur oleh pihak Bizmilla, kita hanya sediakan goodies dan juga melayan tetamu. Cuma menu-menu dan makanan, pepandai laa korang budget dengan jemputan korang. 

Lama Tak Makan Nasi Kenduri

Di sebabkan masa datang tu terjumpa lagi sahabat jiran setaman lain, so bila dah amik makanan tu, lupalah nak tangkap gambo sepinggan hahahaha.. duduk terus je makan, dan kebetulan pengantin pun tengah bersanding, so memang tangan tu menyuap makanan, mata tu melihat ke pentas pelamin hehehe..

Sama cantik sama padan kedua pasangan (pun lupa amik gambar pengantin)... pengantin perempuan tu sebaya umur dengan Yana, dan mereka juga pernah bersekolah yang sama. Maknya pengantin,Midah tu laa sama-sama Sis jadi geng menyupir hantar pergi balik anak sekolah, juga geng pergi Mesjid, pergi Marhaban, pergi Yassin, dan apa-apa majlis laa, memang akan jumpa selalu. 

8 tahun duduk di Bukit Indah tu berjiran, bila Sis dah pindah Pasir Gudang, kami tetap contact sama.. 

Lama Tak Makan Nasi Kenduri

Dan semalam sempat juga amik tempahan Roti Jala dengan kawan jiran setaman lama ni juga,Puan Wana. Nasib baik last minit dia nak amik tempahan Sis roti jala 2kg. Sis nak bawa ke rumah adik ada makan-makan raya di sana. Tu pun pergi satu lagi jemputan raya sebelum ke rumah adik. 3 rumah semalam ko huhuhu.. 

Wana ni pun sama juga, geng mak-mak menyupir dan geng ahli Yasinan masa duk Bukit Indah sana. Kami memang meriah dan 'havoc' kalau berjumpa reramai, siap kami pernah buat 'Geng Setaman Sukaneka', korang bayangkan betapa ramainya hahahaha.. sebab tu sampai sekarang, Sis sedih berpindah di Pasir Gudang ni.. tak semeriah duduk di Bukit Indah.. 

Tapi kekadang kita kenalah juga keluar dari kepompong lama kan.. cuba suasana baru dan ada ketikanya kalau dah ramai kawan ni pun bermacam ragam, ermmmm... cuma kenangan yang ada tu memang akan Sis kenang sampai bebila.... 

Terima kasih dan tahniah Midah .. moga cepat timang cucu gak yaa. 
Nanti kita raya sesama okay.. 


P/S: Harini makan-makan lagikkkk... yang penting, 'ubat jangan lupa ya', pesan Suami  hahahaha.. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Selamat pengantin baru, buat anak jiran Sis Lin. Memang Bizmila ni jaga kualiti.. bagussss.

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih Kak.. ye Kak, macam mana dulu makan, masih tetap sama juga sedapnya...

      حذف
  2. Tahniah buat pengantin dan ahli keluarganya

    ردحذف
  3. aku pun baru makan nasi kenduri hari tu masa raya keenam..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn terasa-rasa kat tekak aku juga ni lagi Sunnn..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!