SELAMAT HARI GURU 2022 | "Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA", tema Hari Guru 2022. Selamat Hari Guru diucapkan kepada guru-guru seluruh dunia dan semua guru di Malaysia khasnya yang tanpa jemu-jemu mengasuh, mendidik dan mencurah ilmu, bakti dan keringat. Walau siapa pun kita dari Raja hingga ke pembantu pejabat, peranan guru amat hebat. Jasa sumbangan guru dalam pendidikan modal insan negara amat besar dan sentiasa diingat.
..dan juga guru-guru yang pernah mengajar Sis dan juga guru-guru yang telah mengajar anak Sis .. Semoga Allah akan membalas cikgu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah akan membalas cikgu dengan balasan yang terbaik.
So far guru yang sampai kini yang masih Sis keep in touch adalah Cikgu Sis, Rozman Shafie yaitu penulis lagu dan lirik, Ly Dan Baiduri tu.. yaa beliau mengajar Sis dari form 1 hingga ke form 5 si Sekolah Menengah Majidi Baru. Lain-lain Cikgu, Sis tak dapat kesan.. nak juga ketemu semua cikgu-cikgu, cuma tak tau di mana semua berada.
Tapi alhamdulilah, ramai juga di kalangan kengkawan Sis di sini yang bergelar Cikgu. Kadang tu terhibur juga bila mereka update kisah mereka dan muridnya di sekolah.. memang kena banyak bersabar yaaa melayan karenanh murid ni.. apa-apa pun, syabas buat mereka yang bergelar Cikgu.
Terima Kasih Cikgu !!
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
oleh USMAN AWANG
16 Mei 1979
P/S: Dulu tabika, berangan gak dah besar nak jadi Cikgu... tapi akhirnya... jadi Cikgu gak, tapi Cikgu mengajar di rumah jerrr hehehehe..
selamat hari guru cikgu blog!
ReplyDeleteHahahaha selamat hari Guru juga ...
Deleteselamat hari guru untuk semua guru di malaysia
ReplyDeleteSelamat hari Guru juga...
Delete