SETELAH SEMINGGU BERCUTI RAYA

Sis Lin
8
SETELAH SEMINGGU BERCUTI RAYA | ASSALAMUALAIKUM korang semua, apa khabar? Moga semuanya sihat-sihat aja yaa setelah seminggu bercuti raya. Ye laa walaupun kita dah kembali dalam kehidupan separa suku normal kita, tapi kita jangan leka dan lalai, wabak virus Covid-19 tu masih lagi ada, cuma kita tak nampak jerr tu.. facemask dan juga cuci tangan selalu tu, kita kena pakai/buat selalu ya, #KitaJagaKita #LindungDiriLindungSemua ..

Dan kalau di Johor, semalam semua telah kembali bersekolah dan bekerja seperti biasa. Suami dan anak-anak Sis pun semua dah mula bekerja semalam. Dan Sis dah mulalah aktiviti harian Sis seperti biasa, stay di rumah, dan buatlah apa yang patut. Tapi banyak berehat ajer, tidur dan mengemas. Adik-adik semua dah balik, sunyi rumah tu dah kembali asal huhuhu... 

Semalam jam 4.30am Sis ke airport hantar Suami (Jb - KK), then balik rumah, lepas solat Subuh sambung tidur sat, then tengahari tu, Sis curi masa kejap, keluar pi beli barang dapur sikit, then bawa kereta Suami pi cuci, isi minyak, dan soping 'raya' sikit untuk diri sendiri hahaha.. yeeee orang lain dah menyoping sebelum raya, Sis ko ni baru nak menyoping, tu pun soping apa jer, pi Watson beli make-up hahahahaha... 

Setelah Seminggu Bercuti Raya

Aje gilerr sebelum raya haritu, semua rak kosong di Watson dan Guardian, so semalam kebetulan pi jalan ke MidValley, ternampak rak dah berisi, so dapatlah beli sikit barang make-up mana yang takde. Pastu singgah pulak ke kedai Machines, Sis nak beli adapter 20w iPhone13 Pro Max Sis, sekali katanya dah habis stock. Aduh, acaner ni huhuhu..

Minta dia tanyakan tempat lain, tapi semua habis stock, nak taknak terus beli online apple store aja laa, call anak, minta tolong anak Sis belikan, settle satu hal, tapi Sis terpaksa lerr beli adapter third party dulu untuk cas sementara adapter 'ori' tu sampai. Yaa masa Suami belikan iphone ni, kedai tu pun takde stock adapternya, tapi masa tu anak Sis ada, so Sis cas dulu guna anak punya charger. Ni anak dah balik, terpaksa laa beli juga. 

Lepas settle semua, pergi pulak merayap ke Holiday Plaza, apalagi, saje merehatkan diri buat manicure dan pedicure, rehat-rehatkan minda gituuu... settle semua, ronda-ronda pulak ke kedai phone, cari adapter dan casing phone... tapi Sis agak terkejut kejap, Holiday Plaza yang dulunya sunyi sepi gara-gara PKP, now meriah dan ramai orang.. dah kembali normal macam dulu.. alhamdulilah.. 

Cuma tu laa, restoran KFC dan McD dia dah tutup, kalau tak, Sis dah lepak makan gak semalam situ.. adeii teringinnya nak makan KFC oii... tika dan saat ini, memang susah nak makan KFC dan McD yaa... huhuhuhu.. 

Setelah Seminggu Bercuti Raya

Dah settle semua, terus gerak balik, perut lapar, duk fikir nak makan apa, alang-alang dah dekat, Sis inggah aje laa makan di LC Catering, yaaa sengsorang je ko... apa ada hal.. makan kita bayor.. boleh tahan ramai orang yaa, nasib ada meja kosong. Sis makan Nasi Ayam Penyet dan Jus Kedondong Asam Boi (tak dan amik gambar, lapar) hahahaha.. 

Kemudian, masa nak bayar, sekali budak cashier tu kata dah bayar.. erkkkkk... sapa pulak yang bayar ya????.... sebab masa sampai tu, takde pulak yang menegur Sis, cuma ada satu je yang Sis perasan, masa duduk di meja tu, ada seorang PakCik ni senyum kat Sis, dia dengan kawannya, Sis balas juga dengan senyuman. Hurmm mungkinkah PakCik itu?.. apa-apa pun, alhamdulilah, moga murah rezeki orang yang membayarnya..

Dalam masa sehari, macam-macam hal.. balik rumah, terus rasa letihnya oiii badan.. lepas Asar, dah tak larat sangat, tau-tau Sis tertidur sampai jam 5.30pm hahahahaha.. aje jadi gile gak aku kang tido lepas Asar hahahahah.. terus mesej anak Bujang bagitau Sis belum masak lagi, kalau lapar suruh dia beli je dulu, tapi katanya tak, so sempatlah Sis masak semalam hehehehe.. 

Malamnya, duduk santai tengok TV sampai jam 12am lebih, duk marathon nengok drama 7 Hari Mencintaiku 3 sambil makan oren dan anggur hahahaha, berapa episod dah tertinggal tak tengok sibuk raya, so malam tadi Sis marathon semua. geram pulak Sis nengok si Nad dan Nurul tu.. yang Nad bodoh betul termakan katanya si Biah tu, yang Nurul, dah takde jantan lain ke aaa, Pak Samad tu juga ko nak jadikan Laki, eeeee porak peranda rumahtangga semua orang di buatnya.. adeiiii.. 

Lepas tengok TV, naik atas terus tidur.. tiba jam 3am lebih tersedar, mimpi rumah Sis berada di tengah Sawah, pastu tak boleh keluar sebab padi tengah naik tinggi, takde jalan nak keluar, Sis menangis-nangis dalam mimpi tu cari Suami dan anak-anak hahahahaha.. nasiblah masa sedar, mata tu tak berair, kelako betul laaa hahahahaha.. allahuakbar.. 

So setelah seminggu bercuti raya, harini kita mulalah menulis dan update blog... ada masa inshaallah Sis menulis, kalau senyap tu, faham je laa ya, sibuk mnemasak dan layan tamu hehehehe.. 


P/S: Harini petang ada event, kita raya di 'Hotel' pulak hahahaha.. 
Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Indah sungguh harimu sister, apakah daku akan mengikuti jejak langkahmu? hihiii, alhamdulillah, sihat selalu sister.

    ردحذف
    الردود
    1. Setelah doploh sembilan tahun Cha hahahaha.. akan tiba masamu nanti...

      حذف
  2. fuyooo bz bebenor gaye nya tu heheh... ako pun x smpt update blog. Kena take time jgk ni.. pape pun slmt hariraya :p

    ردحذف
  3. bestnya Sis ada orang belanja makan!

    ردحذف
  4. Indah sungguh la jadi Sisi Lin ha....seronoknyaaa....kita dah start kerja hari ni...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!