APAKAH ITU SINDROM RAMSAY HUNT? | SEMALAM Sis terbaca kisah Justin Bieber mengumumkan bahawa dia membatalkan semua siri jelajah konsertnya akibat di serang ‘kelumpuhan muka’ atau lebih di kenali dengan sindrom Ramsay Hunt.
Walaupun Sis ni bukan peminat fanatik Justin Bieber, tapi bila Sis tengok klip videonya semalam, Sis turut simpati juga atas apa yang telah dia alami sekarang. Dalam videonya tu, Justin mengatakan dia diiangkiti sindrom Ramsay hunt selepas virus merosakkan saraf di bahagian telinganya.
Kataya matanya tidak boleh lihat dengan jelas, tak boleh senyum di sisi muka sebab alami kelumpuhan penuh di bahagian muka dia. Sayulah hati melihat wajahnya yang benar0benar redha dengan apa yang berlaku ke atasnya. Moga Justin akan cepat sembuh dan akan dapat meneruskan jelajah konsertnya tidak lama lagi.
Korang tau apakah itu sindrom Ramsay Hunt? Sis pun baru juga nak fahamkan apa simdrom tu. Meh la kita baca apa yang di kongsikan oleh Public Health ni ya..
Apakah sindrom Ramsay Hunt?
Sindrom Ramsay Hunt ialah keadaan neurologi yang disebabkan oleh virus varicella zoster, virus yang sama yang menyebabkan cacar air pada kanak-kanak dan kayap pada orang dewasa.
Virus ini boleh kekal di dalam badan anda sepanjang hayat anda dan kembali aktif menyebabkan radang pada saraf. Untuk makluman, saraf yang melalui muka anda melalui saluran tulang yang agak sempit, dan apabila ia meradang, ia membengkak dan kehilangan keupayaan untuk berfungsi.
Penyakit ini boleh mengakibatkan lumpuh pada sebelah muka dan ruam yang menyakitkan dan melepuh. sesetengah pesakit mengalami perubahan dalam pendengaran mereka, mungkin merasakan bunyi lebih kuat pada satu telinga daripada yang lain atau mengalami tinnitus (deringan kronik di telinga).
Sakit telinga dan muka biasanya merupakan sebahagian daripada sindrom, dan sesetengah pesakit mungkin mengalami vertigo.
Hanya kira-kira lima hingga 10 daripada setiap 100,000 orang akan mengalami sindrom Ramsay Hunt setiap tahun. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
Sindrom ini secara rasmi dikenali sebagai herpes zoster oticus; nama yang lebih biasa datang daripada pakar neurologi James Ramsay Hunt, yang pertama kali menggambarkan penyakit itu.
Penyakit Ramsay Hunt mempunyai simptom yang hampir serupa dengan Bell's palsy, yang juga boleh menyebabkan kelumpuhan muka. Doktor biasanya mendiagnosis sindrom Ramsay Hunt dengan mengenal pasti lepuh kecil yang telah muncul di telinga pesakit
Bagaimanakah Sindrom Ramsay Hunt dirawat?
Kebanyakan orang yang mempunyai Ramsay Hunt pulih sepenuhnya, walaupun tempoh penyakit itu boleh berbeza-beza.
Sesetengah orang, ia mengambil masa berminggu-minggu. Dalam kes yang jarang berlaku, lumpuh muka atau kehilangan pendengaran boleh kekal.
Rawatan untuk Ramsay Hunt biasanya melibatkan pengambilan ubat anti-virus. Sesetengah pesakit juga mungkin diberi steroid. Terapi fizikal biasanya tidak disyorkan untuk pesakit, tetapi tidak akan memudaratkan.
P/S: Moga Allah jauhi kita semua dari sakit dan penyakit yang memudaratkan pergerakan dan ibadah kita.. aamiinn..
Sindrom ini kelihatan yang hampir serupa dengan Bell’s palsy, tetapi gejalanya lebih banyak
ردحذفBetul Kid, Sis pun mula keliru gak dengan dua sindrom ni.. bila baca dan faham, memang ada beza keduanya
حذفitulah ingatkan Bell's palsy tp lain sikit... byk ke telinga kan
ردحذفKannn, yang di kelumpuhan muka dr telinga ...
حذفgood sharing..
ردحذفMoga bermanfaat ...
حذفinfo yg sangat berguna.. terima kasih
ردحذفAlhamdulilah, moga bermanfaat..
حذفAlahai, kesiannya kalau terkena. Moga kita dijaukan la ye.
ردحذفKannn Aien.. penyakit sekarang memang pelik-pelik huhuhu
حذف