BILA BADAN RASA PENAT, PERGILAH PANTAI | KALAU korang perasan, tiap kali Sis atau Suami nak hilangkan penat dan letih 'bekerja', kami berdua akan ke-laut atau pantai. Tak kisahlah memancing ke atau pergi bercuti dengan anak-anak ke. Mesti pilihan kami resort yang ada laut.
Terbaru percutian Sis anak beranak awal bulan tahun ni ke Angsana Teluk Bahang,Penang. Memang sangat-sangat enjoy percutian tu, sebab resort dan bilik kami betul ngadap laut. Baik pagi atau pun petang sampai ke malam, kami akan berjalan di atas pasir di gigi pantai.. sangat best..
Bukan Sis dan Suami jer suka, tapi anak-anak pun. Tak tau laa kenapa.. memang benar perkongsian dari Hajar Syazwan di facebook ni, kalau korang rasa letih, stress, minda tepu ke, pergilah cari pantai bawa anak-anak berehat. korang akan dapat satu rasa jiwa dan minda tu 'fresh' yang lain dari lain sambil menikmati keindahan yang Allah cipta..
Dan baru-baru ni pun, Sis bawa adik-adik bercuti mandi laut di Pantai Punggai Johor. Yaa dekat dengan pantai Desaru.. area sana memang cantikkk pantainya.
[Baca Juga] :
- Check-In 3H 2M Di Angsana Teluk Bahang ,Penang
- Aktiviti Cuti Sekolah, Bawa Adik-Adik Piknik Di Pantai Punggai
1. Bila badan rasa penat. Pergi lah ke pantai. Tanggalkan selipar dan berjalan di atas pasir dengan berkaki ayam. Rasakan kaki memijak pasir pantai. Sekali sekala biarkan kaki terkena ombak pantai. Tenang rasanya.
2. Bila baru lepas bergaduh dengan pasangan. Bawalah pasangan ke pantai supaya mereka boleh menenangkan hati, reflect diri melihat apa hikmah pergaduhan sebentar tadi.
3. Bila lepas balik kerja, ada sesuatu di luar jangkaan berlaku di pejabat dan tempat kerja. Pergi la ke pantai. Tenangkan diri sebentar sebelum pulang ke rumah. Bawa pulang positif vibe ke rumah.
4. Mental burnout sebab terlalu banyak berfikir. Banyak kerja tak siap yang masih bertangguh. Pergi lah ke pantai. Bagi otak hirup udara pantai, organ badan bersentuhan dengan alam semula jadi untuk merangsang saraf-saraf yang tertekan.
5. Bila anak semakin pasif, tak aktif. Asyik main telefon je. Kurang bercakap. Bawalah mereka ke pantai. Supaya badan mereka bergerak. Motor skill halus dan kasar di aktifkan.
6. Bila anak tantrum, suka menangis menjerit. Suka rosakkan barang rumah, suka usik adik-adik. Bawalah dia ke pantai. Biarkan dia menjerit, berlari, bermain dengan pasir pantai.
Kanak-kanak ada tekanan dia. Tekanan di sekolah, tekanan berkawan, tekanan pelajaran, tekanan expectation parent, dan tekanan keinginan bermain yang terhalang.
Remaja ada tekanan dia. Tekanan dalam pelajaran, tekanan dalam perhubungan, tekanan dalam pemilihan hala tuju kerjaya, tekanan berkawan, tekanan media sosial.
Orang dewasa ada tekanan dia. Tekanan dalam pekerjaan, tekanan dalam perniagaan, tekanan dalam hubungan, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan family, tekanan kewangan, tekanan kesihatan.
Orang tua ada tekanan dia. Tekanan kesihatan yang makin merosot, tekanan anak-anak abaikan, tekanan dalam pekerjaan masih perlu bekerja dalam keadaan pelupa dan sakit lutut, tekanan kewangan hutang belum habis.
Tiada siapa yang boleh lari daripada tekanan. Tapi orang yang menang adalah orang tahu cara melepaskan tekanan dengan baik. Tekanan yang tak di lepaskan dengan baik akan di lepaskan dengan cara tak baik.
Tekanan yang tak di lepaskan, akan jadi gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus. Kasihan badan kita.
Alam semula jadi sentiasa jadi terapi terbaik untuk semua jenis masalah dan penyakit. Manfaatkan.
P/S: Ni pun rindunya nak pergi memancing dengan Suami di laut.. ermmmmm
perghhhh syiok dapat lepak2 reramai camni kan :)
ReplyDeleteKann Ret, bukan senang nak kumpul semua dan ada masa bersama...
Deletememang nak sangat pergi pantai kak tapi masa dan kerja tak mengizinkan huhuhu.... sedih kan
ReplyDeleteTakpe Dana, nanti ada masa dan cuti, pergi Pantai.. takyah travel jejauh, penat dalam jem ajaa nanti hehehehe
DeleteBagus juga ni. Boleh lihat seluas pandangan. Sambil mendengar hempasan ombak di tepian pantai. ewaaahhh
ReplyDeleteKann Kid, menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan...
DeleteLamanya tak pegi pantai..Bebudak ni pun dah sibuk ajak pi pantai tu..Pantai ni boleh bagi satu ketenangan tau.
ReplyDeleteYaaa, di Johor ni senang nak cari Pantai, kalau cuti lama boleh tidur di Chalet juga..
DeleteOM nak ke pantai 5 minit je, huhuhu kadang tu pergi mandi naik moto je.. Tak yah bawak baju extra, datang pantai terus berendam, pastu balikler dengan basah naik moto
ReplyDeleteBestnya OM, kalau Sis memang dah berhari=hari laaa duk ulang-alik OM..
Delete