CERMIN KERETA AKU RETAK TERKENA BATU, NASIB BAIK ADA INSURANS CERMIN! | SIAPA yang memang pernah alami kejadian macam mana Sis hadapi ni, mesti rasa bersyukurlah ada amik insurans cermin kereta, kalau tidak, berapa puluh kali retak cermin kereta terkena batu pun, kenalah ganti dan bayar sendiri.
Memang sejak pakai kereta, tiap kali renew insurans kereta, Suami memang takkan lupa amik insuran cermin kereta. Ye laa malang tidak berbau kan, kalau berbau, tu bangkai namanya hahahaha.. Dan kalau dulu, jika berlaku kejadian begini, semua Suami yang urus, Sis memang tak reti laa bab nak claim bagai ni. Then satu hari tu, Suami tiada di Johor, nak jadi cerita, time tu laa cermin kereta Sis terkena batu di tengah highway EDL tu.
Mulanya agak cemas oii, kotlah dia terus pecah ke, kang bersepai plak dalam kereta, terus gabra call Suami. Terus Suami ajar satu persatu macam mana nak buat. So dari situlah Sis dah belajar dan tau macam mana nak buat jika cermin kereta terkena batu dan macam mana nak claim insurans cerminnya.
Kalau dua tahun lepas, bila cermin kereta kita retak terkena batu atau apa sahaja laa ketika kita tengah memandu di jalanraya, pertama kali korang kena tengok dulu samaada korang ada amik atau tidak insurans cermin kereta tu, jika ada, korang kenalah pi Balai Polis dan buat report.
[Baca Juga] : Beli Kereta Ikut Kemampuan, Bukan Kemahuan
Ni kes dua tahun lepas laa kena pi balai, tapi baru ni cermin kereta Sis retak then bawa surat report tu ke Dr Cermin, katanya tak payah dah buat report balai, tapi better korang tanya dululah Dr Cermin yang korang nak buat tu yaa.. kalau katanya tak payah, so takpayah laa buat report.
Sebelum ke Dr Cermin, korang kenalah bawa semua dokumen yang diperlukan seperti;
- Geran kereta
- IC empunya kereta
- Slip insurans kereta
- Lesen memandu empunya kereta
Semua tu korang kena photostat laa.. macam Sis, sebab kereta tu atas nama Sis, so senanglah urusan Sis menguruskannya, kalau atas nama Suami korang atau sesiapa aja, so kenalah mereka yang berkenaan sediakan dokumen dulu semua, baru boleh ke Dr Cermin.
Macam Sis cover untuk cermin kereta Sis Suami bayar RM300 setahun, so dapat cover RM2k untuk harga cermin kereta. Tapi tak silap Sis, harga insurans kereta tu bergantung jenis kenderaan yang korang pakai. So terpulanglah kalau korang nak bayar lebih, asalkan jangan kurang.
Bagi Sis cukup untuk cover ye sudah kannn.. janji kita takde keluarkan duit sendiri. Tempat di mana nak ganti dan claim pun, korang carilah Dr Cermin yang berhampiran dengan korang yang boleh claim insurans cermin. Macam Sis dekat di Kota Masai sini aja. Hantar kereta pagi, dalam masa 5/6 jam dah siap dah cerminnya.
Mudah dan senang ajerr. tu yang rasa syukurnya laa cermin kereta Sis retak terkena batu, nasib baik ada insurans cermin. Nanti dah siap cerminnya, akan bertampal lerr cermin kereta tu buat sementara, dalam masa 3 hari korang jangan cuci kereta yaa.. kena hujan takpe.. tapi jangan di cuci tembak dengan waterjet tu, kang ada tertanggal pulak cerminnya hahahahaha..
Ini kali Sis siap suruh dia tampalkan tinted sekali, so senang tak payah kita nak susah-susah pi pasang tinted dah.. siap terus .. alhamdulilah..
Apa itu perlindungan insurans cermin kereta?
Insurans cermin kereta adalah merupakan perlindungan tambahan dalam polisi insurans korang. Perlindungan ini membantu perbaiki dan menggantikan bahagian cermin kereta korang yang rosak. Kebiasaannya, kos yang perlu korang bayar adalah 15% daripada jumlah perlindungan caruman insurans cermin korang.
Peringatan: Jangan terlebih atau terkurang jumlah perlindungan
Penting untuk korang ketahui jumlah harga untuk menggantikan cermin kereta korang agar korang dapat mengagak pembayaran jumlah insurans yang berpatutan. Pastikan korang tidak terlebih atau terkurang menerima jumlah perlindungan untuk cermin kereta korang. Mengapa?
Sekiranya korang terlebih menerima perlindungan insurans, korang hanya membazir kerana membayar jumlah premium yang berlebihan. Tetapi jika korang terkurang menerima perlindungan insurans pula, korang harus mengeluarkan duit pula untuk menggantikan cermin kereta korang sekiranya kereta korang terlibat dalam kemalangan. Pihak insurans hanya akan menanggung kos takat jumlah yang diinsuranskan sahaja.
P/S: Tak kira kenderaan kau jenis apa, proses claim insurans-nya tetap sama jerr ..
sangat penting insurans kete ni..apatah lagi utk diri sendiri..
ReplyDeleteYaa JMR, memang penting keduanya.. jika berkemampuan kenalah amik insuran.. jika tidak, usaha untuk dapatkannya...
DeletePernah juga cermin kereta kena batu. Tapi sebab konraktor mesin rumput yang buat.
ReplyDeleteMasa kena hari tu memang retak seribu cerminnya. Nak tengok jalan pun tak nampak. Hu3.
Nasib baik diorang boleh gantikan.
Kalau terkena batu masa mesin rumput, mmg kena claim dengan syarikat tu.. so selamat laaa ins kereta kita tu hehehe
DeleteHaa..kena la SA tambah insurans cermin untuk keta anak SA yang bakal kuar ni...erm...
ReplyDeleteYaa SA, kenalah amik, kalau Axia tak silap murah sikit dari Sis punya ni...
DeleteBagus info sis ni. Nak kena ambik cermin punya lah sekali
ReplyDeleteAlhamdulilah, manfaat buat semua Kid...
Deletejarang2 orang amek insuran kereta ni kecuali kereta mahal
ReplyDeleteTak juga Wak, sebenarnya ramai tak tau hehehehe
Delete