DIRGAHAYU TUANKU! | DIRGAHAYU TUANKU! Merafak Sembah dan Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong adalah cuti umum bagi setiap negeri di Malaysia. Hari keputeraan Agong adalah peluang untuk golongan muda menghayati dan mengamati proses Institusi beraja di Malaysia.
Rakyat Malaysia dan golongan muda terutamanya perlu memahami perlembagaan dalam negara kita dimana institusi diraja merupakan salah satu elemen dalam politik dan tadbir urus negara.
Tarikh sambutan Hari Keputeraan Agong bagi tahun ini adalah pada 6 Jun 2022 (Isnin). Hari keputeraan perlu dijadikan hari istimewa bagi menghargai jasa-jasa mereka membentuk negara Malaysia sebelum ini.
Diharap tahun 2022 memberi sinar baru buat kita semua. Rancang cuti anda dengan baik. Patuh SOP dan terus amalkan kawalan kendiri.
Patik mendoakan agar pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa diberkati oleh Allah SWT.
Sembah takzim daripada patik, penulis blog Aku Sis Lin.
P/S: Harini macam nak masak lauk raya laaa.. sedap gak kannn..
panjang cuti hujung minggu ni
ReplyDeleteJalan pun jem ketat
Iyerr Wak, cuti panjang memang sana sini laaa jemmmm
Delete