DOA HARI ISNIN YANG BIASA AKU BACA SELEPAS SUBUH

Sis Lin
8
DOA HARI ISNIN YANG BIASA AKU BACA SELEPAS SUBUH | BILA tiba hari Isnin, memang Sis agak blur kejap, lagi nak bukak 'opis' ni haaa.. sebab kerja rumah time hari Isnin laa rasa melambak betul, terus rasa nak sambung tidur jer kalau nengok kerja rumah yang nak di buat, tapi... sebab alah bisa tegal biasa, so dah 30 tahun kahwin ni, takkan lerr tak pandai urus masa dan bahagi kerja kan.. 

Tiba hari Isnin, benda yang pertama Sis buat lepas Suami pergi kerja, Sis akan tukar cadar-cadar semua bilik dan cuci. Then kumpul tuala-tuala mandi semua, pun untuk di cuci. Lepas tu baju-baju harian dan baju kerja Suami. Lepas tu jemur bantal-bantal pulak, then barulah kerja menyapu, mengemop, mengvakuum dan last sekali, menyiram pokok-pokok bunga yang ado tu ha.. kalau rajin cuci lantai parking.. 

Siap semua, nanti lepas tengahari, barulah settlekan kucing-kucing semua. Fuhhh belum lagi petang ke malam, nengok kain baju dan macam gudang, tambah pening kepala hahahaha.. tu yang kerja melipat baju, bawa ke hari Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat... Sabtu tu Sis pastikan dah siap lipat semua, sebab biasanya Ahad merayap dengan Suami.. bila kerja dah siap, baru lega nak dating hahahaha.. 

Tapi sesibuk mana pun kita, jangan lupa solat, berzikir dan amalkan membaca surah-surah Al-Quran juga buka Quran dan baca. Walau tak banyak membaca selesai satu Juz, dapat dua tiga mukasurat pun dah bagus, janji baca. Paling simple baca doa-doa harian yang ada. Untuk harini Sis kongsikan Doa Hari Isnin yang biasa Sis baca selepas Subuh. Tak hafal takpe bukak je dalam phone or tulis, then baca. Nak baca hari lain pun boleh, tu kan doa, di mana-mana dan bebila pun boleh baca. 

Jom kita baca dan amalkan.. 

Doa Hari Isnin Yang Biasa Aku Baca Selepas Subuh

[Baca Juga] : 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.

Yaa Allah Ya Rahman Ya Rahiim Ya Dzal Jalali Wal Ikram…

Yaa ALLAH berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkan-lah iman kami. Yaa ALLAH, kuatkan-lah agama kami dan Iman kami..

Ya Allah berkatilah kami dalam pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami dan keturunan kami.

Ya Allah terimalah taubat kami. Ya Allah Engkau yang Maha Menerima Taubat dan maha Penyayang.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang bersyukur pada nikmat Mu, pemuji nikmatMu, menerima nikmatMu. Ya Allah sempurnakan nikmat kami kepada kami.

Ya Allah jauhkanlah kami dari riak, ujub dan takabbur tatkala kami menumpang di bumiMu ini Ya Allah, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu, berezeki dengan limpahan kurniaanMu.

Ya Allah, jauhkanlah kami daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat.

Yaa ALLAH, sekiranya kami keluar dari landasan`MU, berikanlah kami petunjuk`MU yang lurus dan yang haq.

Yaa ALLAH, semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkanlah hati kami pada`MU.

Yaa ALLAH Ya Tuhan kami berikanlah Nurr cahaya disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan juga pendengaran kami.

Yaa ALLAH, tabahkan-lah, sabarkanlah sifat kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam mengharungi bahtera kehidupan ini.

Yaa ALLAH sesungguhnya hanya kepada`MU-lah kami berserah diri.

Yaa ALLAH, seandainya saatnya tiba, ENGKAU memanggil kami tuk kembali ke sisi`MU, matikanlah kami dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada`MU.

Yaa ALLAH segala amal ibadah kami semua hanya tertuju kepada`MU. Terimalah amalan kami hari ini dengan keridhaan`MU hanya ENGKAU-lah yang menilai semua perbuatan kami .

Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu juga.

Ya Allah Ya Tuhan kami terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu buat selama-lamanya.

Ya Allah bukakanlah pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang nyata, kejayaan di dunia dan akhirat.

Ya Allah ampunilah dosa kami yang kami lakukan semenjak dari kami kecil lagi.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang terimalah taubat kami dan sayangilah kami.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara-saudara kami, rumah tangga kami, kampung kami dan negara kami dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik-baik perlindungan.

Ya Allah akhirlah hidup kami dengan Islam, akhirlah hidup kami dengan membawa iman dan akhirlah hidup kami dengan husnul khotimah.

Ya Allah limpahkan ketaqwaan kepada kami serta berilah kami istiqamah dalam ibadah kami.

Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik agar kami dapat melakukan kesemua ibadah kami dengan tenang dan selesa.

Ya Allah jadikanlah kami melakukan semua ibadah kami dengan bersungguh-sungguh semata-mata untuk mendapat keredhaan dan ganjaran Mu.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kemampuan dan kesungguhan untuk beribadah dan lindungi kami dari berbagai fitnah.

Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang. Ampuni lah kami dan terima lah taubat kami.


P/S: Moga Allah permudahkan urusan kami semua hari ini dan hari seterusnya.. aamiinn.. 
Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kene print..buat folder letak tepi tempat solat. Aci kan gitu?

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Ammi, macam kawan kita, dia print then letak je kat sejadah..

      حذف
  2. Terima kasih untuk perkongsian doa hari isnin sis...

    ردحذف
  3. Alhamdulillah. Moga kita semua istiqamah. Ingat daku dalam doamu.

    ردحذف
    الردود
    1. Inshaallah... moga kita sentiasa mendoakan antara satu sama lin..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!