KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF UiTM ANJUR PROGRAM RANDAI

Sis Lin
4
KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF UiTM ANJUR PROGRAM RANDAI, SAHUT DASAR KEBUDAYAAN NEGARA | Sejajar dengan Dasar Kebudayaan Negara 2021-2025 yang digariskan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana Cawangan Selangor mengambil inisiatif untuk mempergiat usaha pemeliharaan, pemuliharaan, dan perlindungan bidang seni, budaya dan warisan melalui penganjuran program Empowering Randai through IPTA's Performing Arts.

Pemilihan Randai bagi program kali ini merupakan kesinambungan daripada projek kebudayaan dan kesenian seperti Mak Yong dan Menora yang pernah menjadi program tahunan pelajar KPSK (terdahulu dikenali sebagai Fakulti Filem, Teater dan Animasi ataupun FiTA).

Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) KPSK, Profesor Dr. Amer Shakir Zainol menyatakan bahawa program seperti ini mampu memberi impak yang besar kepada para pelajar dari Pengajian Seni Liberal, khususnya Program Pengurusan Industri Kreatif dan Penulisan Kreatif. 

Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Anjur Program Randai, Sahut Dasar Kebudayaan Negara

Ketua Pengajian Seni Liberal, Dr. Ahmad Kamal Basyah Sallehuddin menegaskan bahawa pihak beliau sentiasa bersedia melahirkan pelajar yang boleh diiktiraf sebagai 100 peratus bersiap siaga di dalam menerajui industri kreatif negara kelak. Program- program yang dianjurkan di bawah pusat pengajian Seni Liberal sentiasa mengikut keperluan arus industri, terutamanya di dalam bidang pengurusan acara.

Koordinator Pengurusan Industri Kreatif selaku Penasihat Projek, Duratul Ain Dorothy Jonathan Linggang memberitahu, "sebelum ini aktiviti penganjuran pengurusan program kesenian hanya berlangsung secara dalaman. Kali ini, pelajar diberi peluang lebih luas dari aspek pendedahan kepada masyarakat. Manakala dari aspek teori dan praktikal, program ini lebih menekankan kepada akademik kerana melibatkan tiga acara besar iaitu pameran, pementasan teater, dan forum bersama pakar bidang dan akademik."

Maklumat program.

Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Anjur Program Randai, Sahut Dasar Kebudayaan Negara

Randai’ing Our Way A Virtual Exhibition – Sebuah pameran yang memaparkan pelbagai karya berkaitan seni tradisi Randai. Bertempat di Dewan Seminar FiTA 1 dari tarikh 1 Julai 2022 hingga 3 Julai 2022. Berikutnya, pameran maya pula bakal ditayangkan pada 20 Jun 2022 di platform ArtSteps.

Uda dan Dara – Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah pementasan teater Uda dan Dara yang disulam dengan elemen persembahan Randai, sebuah seni tradisi masyarakat Minangkabau yang terkenal dengan nilai bahasa, alunan muzik, drama dan gerak silatnya. Bakal dipersembahkan pada 1 Julai 2022 hingga 3 Julai 2022 bertempat di Ruang Eksperimen FiTA.

Eksplorasi Randai : Falsafah dan Kelestarian dalam IPT – Satu sesi perkongsian ilmu dan pengalaman daripada barisan panel yang merupakan aktivis dan pakar dalam seni tradisi Randai. Akan berlangsung pada 3 Julai 2022 bertempat di Ruang Eksperimen FiTA, jam 10 pagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan program, boleh hubungi Puan Darlina Baharuddin, 019 – 204 9520 atau Emmy Sofea, 013-357 4706.


P/S: Tahniah buat semua yang terlibat.. 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. eh teater tu bayar ke tak? takde info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Free Retna, ko kena contact nombor tertera tu...

      Delete
  2. Terus uncle gugel perkataan randai....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!