MAKAN ASAM PEDAS TETEL DI DULANG LIMA CAFE | SELAMAT bercuti sekolah buat anak-anak dan selamat bekerja buat mereka yang telah mulakan tugas harini setelah cuti panjang sempena cuti Hari Keputeraan Agung semalam. Sis pun tak kemana pun, hanya jalan-jalan di Johor ajer bersama adik-adik. Memang takde perancangan nak bercuti ke negeri lain, sebab takut menempuh jem atas jalanraya.
Ramai juga Sis nampak kengkawan update pergi bercuti semua sangkut jem yang teruk. Tapi apa nak buat, dah nama pun bercuti kan, semua orang pun keluar bercuti, so hadap aje laa kan..
Baru ni pun, sebelum bermulanya cuti, kawan 'bekas' blogger Sis datang ke Johor, dan kami sempatlah jumpa makan tengahari bersama sebelum dia pulang ke Seremban. Alaa korang blogger mesti kenal punyaa, siapa lagi kalau bukan Tatie Ghafur hehehehe..
Cuma terkilan juga ketika dia datang ke Johor, walau dia dah bagitau sehari awal, tapi keadaan tidak mengizinkan Sis bawa dia datang ke rumah, sebab Sis dah ada urusan lain pada haritu. Itu yang dapat jumpanya esok harinya pada hari sebelum dia balik. Pakat dengan Tatie, kita makan tengahari aje laa..
Mulanya Tatie ajak makan di Restoran Remaja, tapi bila Tatie sampai dulu, katanya makanan banyak habis dan keadaan di situ pulak sibuk sebab sebelah Mesjid nak solat Jumaat. Makanya pakat dengan Tatie tukar tempat lain. Akhirnya Sis kata jom ke Dulang Lima Cafe di Taman Perling.
Sis pun pestime datang makan sini, biasa nampak orang makan jerr. Yang menariknya di sini, konsep kedainya berkonsepkan gaya tradisonal lama. Baik dari deko hiasan dalamannya dan juga hidangannya. Di hidangkan dalam dulang beserta pinggan mangkuk corak lama. Sangat menarikkk..
Menu-menunya pun best.. semua menu masakan ala Mak-Mak kita,, ada set hidangan berdulang dan juga menu ala-carte. Laksa Johor pun ado yaa.. sebab kami berdua belum makan tengahari, so Sis dan Tatie amik menu Set Dulang Asam Pedas Tetel..
Haaa nengok tu set dulang mereka yang ada, korang pilih laaa nak makan set yang mana. Sis dan Tatie amik set Asam Pedas Tetel tu.. Dalam setiap set tu makan untuk 2 orang, dan dalam set tu ada Nasi Putih, Asam Pedas (ikut menu pilihan), Ayam Goreng, Sambal Belacan dan Ulam-ulaman.
Macam Sis, Sis tambah add-on lauk Sayur Taugeh Asin, dan juga Set Tempe & Tauhu Goreng beserta Sambal Kicap. Minuman pun ada banyak pilihan. Masa kami sampai tu, penuh juga kedainya, maybe tengah time lunch hour, lepas tu dah kosong dah, senang Sis nak gelak tawa gan Tatie hahahahaha..
Time makan tu banyak lerr yang kami sembangkan hal dunia sekarang.. Tatie ni kalau bercerita bab hal semasa, perghhh sampai esok pun tak sudah hahaha dia ni banyak buat kajian..
Terima kasih Tatie untuk luangkan masa bersama. Next time ada rezeki ada umur, sihat, kita jumpa lagi yaaa.. rancang macam nak ke Seremban rumahnya, tapi masa belum sesuai, tunggu urusan Sis semuanya dah settle, inshaallah sampai laa nanti..
So korang yang nak mencuba makan asam pedas tetel di Dulang Lima Cafe ni, cuba dan datanglah... masakannya sedap dan panas-panas lagi di hidangkan.. lagi-lagi ayam goreng tu, terus teringat zaman kekanak duluuu..
Dulang Lima Cafe
19G, Jalan Camar 1/3,
Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor
Di buka dari jam 10.30am hingga 8pm
ISNIN tutup ..
P/S: Cuti sekolah bermula, maka meriah laaa suasana rumah Sis, yehaaaaa...
Nak makan lima dulang. Eh, makan bersuap. heeeeee
ردحذفHahahaha malam kang dinner minta Bini suap ekkk hahahaha
حذفsedap x?
ردحذفAlhamdulilah sedap, puashati...
حذف