MAKAN-MAKAN BERSAMA GENG BAS SEKOLAH DI GBW HOTEL JOHOR | SEJAK-SEJAK ni memang banyak betul aktiviti Sis bersama Geng Bas Sekolah (GBS) Sis. Yaaa mereka ni bukan senang nak jumpa, bila dah jumpa sekali, nanti melarat laaa berkali-kali, tapi bila dah senyap kang, berbulan-bulan tak jumpa hahahaha, gitu laa kekdahnya kami.
Lagi satu hal kadang, dalam group kemain plan nak keluar sana sini, tiba masa, hampeh... ada je halangannya hahahaha.. so bila last minit dapat peluang semua kata OK, apalagi, terus cari tempat makan yang boleh santai-santai makan dan harga pun tak lerr mahal kedaung. Maklumlah, dalam group GBS Sis ni, ramai yang surirumah, termasuklah Sis.
Idea nak makan di GBW Hotel ni datang dari salah seorang GBS Sis tu, Lily. Dia memang selalu datang makan dan tidur sini, mengalahkan Sis yang media pi review hahahaha.. katanya ada set menu baru di GBW Hotel ni. Bila Sis tengok, ooo betullah, memang yaa ada menu terbaru Western set di GBW Hotel ni. So semua pakat, kami datang makan di sini.
Mulanya plan 7 orang nak datang, last minit cancel, so Sis 5 orang je laa yang pergi. Tapi memang ngamlah, sebab menu terbaru Western Set tu ada 5 menu kesemuanya, so memang kami order kesemuanya 5 menu tu supaya semua dapat merasa.
Kitaorang sampai awal, kira macam Brunch lerr haritu. Memasing pun tak sarapan lagi, so memang kebulur semua orang hahaha.. Untuk menu Super Value Western Set ni, korang akan makan di tingkat 1 di Cafe Mezzanine tu. Ala dari lobby dah nampak tangga berpusing tu, haa korang naik je ke-atas.
Korang boleh walk-in atau booking awal untuk tempahan meja. Kata staff dia sana, seeloknya korang book awal, sebab menu western ni agak 'rumit' penyediaannnya, so bila korang dah booking, menu sampai cepat dan dihidangkan panas, lagi satu presentation hidangan kena mantap gituu.. so takde laa nanti korang datang makan kata 'Indah kabar dari rupa'.. khennnn..
Yang puasnya makan set Western ni sebab, ianya di hidangkan satu set termasuk main course, appetiser, soup, dessert dan minuman. So bila korang sampai, mereka akan hidangkan korang dengan appertisernya dulu, kemudian suop beserta roti, lepas tu barulah hidangan main coursenya di hidangkan. Lepas makan haaa mereka akan hidangkan korang dessert beserta minuman panas. Untuk makan-makan tu, mereka akan hidangkan korang dengan air suam refill sentiasa, pantang nampak gelas kosong hehehehe..
Harga untuk setiap hidangan bergantung kepada set apa korang makan. Tapi.... harganya bermula dari RM39nett hingga RM59nett sahaja okay.. sangat berbaloi-baloi..
Meh nengok 5 Super Value Western Set yang ada. Semua sedap, semua Sis makan juga hahaha..
Citrus Glaze RM39.00nett
(Prawn with Mango Salsa, Crab meat Chowder, Grilled Chicken Breast with Citrus Glaze & Panzanella Salad).
Panko Royale RM39.00nett
(Crispy Fried Panko Breaded Chicken served with Coleslaw, Potato Wedges and Mushroom Sauce)
Ocean Net RM49.00nett
(Saba Teriyaki and Grilled Tiger Prawn over Pasta served with Ceasar Salad, Mashed Potato and Pasta Aglio Olio).
Captain's Catch RM49.00nett
(Prawn Cocktail with Citrus Fruit Salad, Cream of Wild Mushroom Soup, Grilled Fillet of Salmon with Light Teriyaki Over Pasta Alfredo).
Sherperd's Den RM59.00nett
(Grilled Pistachio Crusted Lamb served with Butter Vegetable, Mashed Potato and Blackpepper Sauce).
Haaa amacam? Tu lerr kesemua 5 menu terbaru Super Value Western Set di GBW Hotel yang Sis makan-makan bersama Geng Bas Sekolah. Sangat pushati dan sangat berbaloi-baloi. Nampak sedikit tapi korang jangan lupa pulak, kan ada menu appetiser, soup dan dessert beserta minuman (Coffee & Tea) dia.. haaaa lupe lerr tu hhahaha...
Dalam bebanyak tu, Sis suka Sherperd’s Den dia! Dagingnya lembut di gigit dengan rasa kacang pistachionya, beserta sos lada hitamnya, memang sangat sedap!! Korang cubalah! .
Thank you GBW Hotel ✌
Super Value Western Set
Setiap hari dari jam 12pm - 10pm
Bermula 9 May hingga 31 July 2022
GBW Hotel Johor Bahru
9R, Jalan Bukit Meldrum,
Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor
Untuk tempahan, korang contact : https://linktr.ee/gbwhotel
Contact :
Mr. Syahmi : +6016 710 0048
Ms. Aiza : +6016 723 3558
Ms. Urfa : +6016 710 0073
*T&C Apply
P/S: Next week dah plan gan GBS, nak pi makan Bento Set dia pulak.. dapnyaaaaa...
Dah kena tukar nama ni, Lin.. geng makan.. hahaha.
ReplyDeleteHahahaha Geng Makan dah ada Kak hahahaha
Deleteoh sampai ke malam set ni ek..kalo tau, malam tadi boleh cuba ha...
ReplyDeleteajomm nanti pergi dengan aku pulakkk
Iyerr... dri lunch sampai dinner ado... Jomm lerr, sedap weyyyy
DeleteWowwww.. Meriah ko makaan3 nya hehee
ReplyDeleteIyerr Ret, GBS aku ni kaki makan hahahaha
DeletePanko Royale tu nampak sedap. Nama pun catchy betul. Harga kat sini nampak macam berpatutan juga la sis Lin.
ReplyDeleteBetul Eyna, memang geng Sis pun kata, set Panko tu sedap...
DeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteAlhamdulilah, terima kasih Wak..
DeleteNampak sedap menu dia. Kalau pergi johor bolehlah stay kat hotel ni sambil cuba makanan dia 😊
ReplyDeleteYaa Tiara, menu dia ada banyak pilihan, cuma kami amik satu menu jer senang hehehe
DeletePatut lahhh... Parents saya kalau turun JB je mesti pilih GBW... Best!
ReplyDeleteYaaa.. bilik pun selesa, dan makanan dia semua sedap...
DeleteLovely presentation of the food, bet the food taste good as well, will drop by and try next time.
ReplyDeleteYup.. next time you come Jb and stay here Jia...
Deletesemuanya sedap2 makanan kat sini.. berselera kita tengok wak.. bilala boleh try hehehe
ReplyDeleteYaa nanti mai lerr cuba yaa kalau datang JB...
Delete