SAMBAL BILIS PETAI YATIE KITCHEN MEMANG SEDAP! | KORANG ada yang dah mencubanya? Sis pertama kali mencuba sambal air tangan Yatie Kitchen ni. Beli kat Shopee ajer. Tapi nak membelinya kena penuh kesabaran. Sekejap nanti bila Yatie Kitchen bagitau stock dah masuk, ehhhh kejap kang bukak Shopee, stock dah susut, ada yang sambal kita nak pun dah habis, so siapa cepat dia dapat.
Sebenarnya sebelum ni anak Sis Yana yang dulu membelinya. Tapi Yana beli Sambal Hijau dan Sambal Bilis. Yana dah makan katanya sedap. So apalagi Sis pun try lerr beli. Masa nak beli tu, Sambal Bilis dan Sambal Hijau dah habis pulakk, yang ada Sambal Bilis Petai dan Sambal Tempoyak Cili Padi.
Sis beli jer laa dua tu, sebab Yana kata Sambal Bilisnya sedap, ni ada petai lagi tambah sedap kan.. ternyata memang betul, sambal bilis petai Yatie Kitchen memang sedap..
Korang boleh beli di Shopee kalau nak mencubanya. Tapi buat masa sekarang laa, malam tadi Sis bukak, stock memang tengah licin.. Maybe Kak Yatie tengah mengodak kuali lerr tu memasak smabal hahahaha.. tapi tak tau laa kot pagi ni dah masuk stock.. korang boleh try check.
Nanti kalau dah ada, Yatie Kitchen akan update di instagram dan juga facebook pages dia, so korang kenalah selalu follow update dia yaa.. Sebotol RM19.90 sahaja. semua jenis sambal harga semua sama. Kalau ada masa jerr Yatie Kitchen buat jualan Combo, 3 botol RM50 okay... tapi jangan harap lerrr nak dapat, siapa cepat dia dapat.. hahahahaha..
Ada 6 jenis sambal tak silap Sis yang Yatie Kitchen ada;
- Sambal Tempoyak Cili Padi
- Sambal Ikan Bilis
- Sambal Bilis Petai
- Sambal Udang Kering
- Sambal Sambal Ikan Masin Mak
- Sambal Hijau
Korang tengoklah betapa kesedapannya, beli dua hari dah nak licin, jadi kemaruk makannya oii hahahaha.. Kalau Sambal Tempoyak Cili Api tu bagi Sis biasa jerr, bolehlah kalau nak mencubanya, tapi Sambal Bilis Petai tu sedap... petai pun tak lokek, bilis dia? Jangan cakap, macam beranak pinak dalam botol hahahaha..
Ni sesuai laa untuk orang yang tak rajin macam Sis ni, nak makan beli jerr.. benda ada mudah, buat apa nak susah-susah.. bab makan ni kalau rasa mampu nak beli, yerr beli.. kalau rasa rajin, buat jer sendiri..
Q & A : Berapa lama boleh simpan Sambal ni jika dah buka ?
YK : Expired Date dan Batch number bawah botol - 2023, kalau dah bukak and masih makan, boleh letak kat luar sahaja, tapi kalau tak makan simpan dalam fridge. Pastikan sudu betul2 bersih dan kering supaya Sambal-sambal tidak tercemar dan rosak. Kalau dah simpan dalam fridge, nak makan semula, defrostkan terlebih dahulu, dengan merendam botol dalam bekas yang berisi air panas.
So apalagi.. korang silalah mencubanya ya.. Sedap tu subjektif, sedap di tekak Sis, belum tentu sedap di tekak korang.. cubalah sendiri..
P/S: Harini nak masak Ikan Cencaru masak sambal kerutup.. yummmms..
bahaya nih kak, lawankan dengan ulam mau boleh bertambah nasi
ReplyDeleteTau takpe, dalam masa dua hari boleh licin okay...
Deletenak beli jugakla
ReplyDeleteBeli Ray, sedap puashati...
Deletealamak... sedap ni makan dengan nasi panas.... boleh cuba nanti.
ReplyDeleteDah masuk stock tu Mia, bolehlah beli ya.. stock terhad..
Deletenampak jgk hari tu sambal ni di shopee, ok la next time boleh cuba.
ReplyDeleteYaa bila dah nampak kenalah beli, kalau tak, kejap je dah licin stocknya hehehe
DeleteNgeri nak beli sambal kt shopee, sebab pernah pecah mase postage
ReplyDeleteSo far beli dengan Yatie Kitchen ni okay je OM..
DeleteDengan adanya sambal begini, insan yang kurang pandai memasak (macam Rawlins) memang gembira Sis oiii. Nie hidang nasi panas, goreng telur dan ikan bilis, memang laju!!
ReplyDeleteYaa Rawlins, sangat mudah untuk di makan terus..
DeleteYessssss!!!!! This sambal looks good in the picture. Looking at it makes me wanna try it. Thank you for sharing your review.
ReplyDeleteYou can try it Fadima, sangat sedap...
Delete