SAMBUT BIRTHDAY KAWAN AKU DI UME FLORAL CAFE

Sis Lin
40
SAMBUT BIRTHDAY KAWAN AKU DI UME FLORAL CAFE | KALAU mereka yang follow dan ternampak aktiviti Sis bersama Geng Bas Sekolah baru-baru ni, mesti korang tertanya, 'Aitt sambut birthday lagi?' hahahaha.. Yaaa korang mesti perasan, kenapa sampai dua kali sambut birthdaynya kan?. Kalau tak perasan tak apa, meh laa Sis ceritakan kisah di sebalik sebelum kami sambut birthday kawan Sis di Ume Floral Cafe ni. hahahaha.. 

Birthday kawan Sis ni jatuh pada 28 June yakni Selasa baru ni, tapi pada Sabtu 25 June tu, kitaorang dah sambut birthdaynya di Thistle Hotel Johor Bahru makan buffet lunch di sana. Yang tu sebab majlis tu Sis dan kengkawan lain dapat undangan dari kakaknya,Izam (birthday boy) untuk sama-sama meraikan, kira advance birthday party laa gitu.. 

Majlis makan buffet di Thistle tu ada Sis upload di SINI dan video surprise hadiah semua Sis upload dalam instagram personal Sis. Cuma.... majlis tu memang tak surprise sama sekali untuk Izam, sebab semua perancangannya si Izam tu tau hahahaha.. sabo je laaa, termasuk kiriman semua hadiah bouquet tu.. So apalagi, Sis dan Geng Bas Sekolah (GBS) Sis yang lain pakat-pakat nak sambut birthday Izam tu sekali lagi pada hari betul tarikhnya pada hari Selasa baru ni.

Sambut Birthday Kawan Aku Di Ume Floral Cafe

Sambut Birthday Kawan Aku Di Ume Floral Cafe

Sambut Birthday Kawan Aku Di Ume Floral Cafe

Alhamdulilah semua perancangan dan plan kami semua menjadi akhirnya. Izam langsung tak terfikir dan memang tak boleh agak apa yang kami semua nak buat hehehe.. so memang masa ke Ume Floral Cafe tu, banyaklah surprisenya yang buat Izam terkejut hehehehe.. 

Sis booking table beserta pakej deko di Ume Floral Cafe untuk makan tengahari pada Selasa tu. Sis dan Ima dah sampai dulu, kemudian Lily sampai dan Cha.. then after tu, Kak Sue pun sampai dengan Izam. Sis dah bagitau Kak Sue, nak sampai bagitau, sebab nak surprisekan Izam hehehe..

Memang terkejut laaa si Izam tu bila masuk dalam Ume Floral ni. Deko hiasan dalaman dia memang sangat cantik giler, nama pun Ume Floral, so memang penuh laa dengan bunga-bunga dalam Cafenya. Teruja dan jakun kejap juga Sis masa mula masuk dalam cafenya. Yang suka bergambo memang suka laaa, sana sini kalau boleh nak posing hahahaha.. 

Sambut Birthday Kawan Aku Di Ume Floral Cafe

Sambut Birthday Kawan Aku Di Ume Floral Cafe

Untuk menu pula, kitaorang malas nak serabut-serabut fikir nak order apa, so sebelum semua sampai, Sis dah orderkan semua menu. Antaranya; Nasi Goreng Kampung set, Kentang Goreng, Ayam Bakar Pandan dan juga set buah platter. Minuman pun order jer sama semua, Air Sirap Bandung Soda. 

So bila dah order awal, masa semua sampai, makanan pun takde laa tunggu lama sangat. Baru duduk bergambar sana sini, sekejap tu semua menu dah sampai. So dapatlah makan awal. Memang memasing kebulur pagi tak makan hahahaha.. kira brunch juga laa.. 

Cuma... kus semangattt, nasi goreng kampung dia pedas berapi oii.. cili kemain berlenggok-lenggok dalam nasi. Bagi tekak Sis memang dah ngam arr, tu baru nasi goreng kampung, sebab pedas menyengat... tapi bagi Kak Sue dan Cha, siann mereka, tekak mereka tak tahan pedas, so terkulat-kulat nak telan nasinya hahahahaha.. kami pun tak tau sepedas itu okay huhuhu.. 

Sambut Birthday Kawan Aku Di Ume Floral Cafe

Sambut Birthday Kawan Aku Di Ume Floral Cafe

Sambut Birthday Kawan Aku Di Ume Floral Cafe

Yang suka pedas memang akan suka laaa nasi goreng kampung tu, tapi ayam goreng dia sedap hehehehe.. harga untuk menunya pun takde laa mahal sangat, standard harga cafe-cafe lain juga. Cuma pakej deko birthday tu korang kena booking awal. Kalau korang just walk-in aja, meja korang takde yaa alas meja macam deko meja kami tu. 

Pakej deko birthday dia pun ada macam-macam. Bukan kata birthday jer, anniversary ke, romantik dinner ke, atau apa jerr la, pun ada mereka buat. So nanti korang datang, meja korang akan berhias laa macamtu.. cantikk betul.. 

Lepas selesai aja makan, haaa jeng jeng jeng... staff Ume buat surprise hantar kek birthday sepotong beserta lagu birthday untuk birthday boy... time ni memang terkejut lerrr dia hahahaha, ingatkan dah habis dah makan takde apa-apa...akhirnya menjadi juga surprise kami hehehe.. Korang boleh tengok video REEL khas Sis buat untuk birthday boy ni dan juga suasana dalam Ume Floral Cafe tu di SINI. Guna lagu Anuar Zain sebab birthday boy fanatik AZ hahahaha.. 

Sambut Birthday Kawan Aku Di Ume Floral Cafe

Sambut Birthday Kawan Aku Di Ume Floral Cafe

So korang kalau nak buat surprise untuk tersayang, bolehlah ke sini, Sis rekemen sangat, staff dia friendly dan mesra alam hehehe.. Nak buat buffet majlis pun boleh, ada pakej dia juga. Bawah ni nanti, Sis bagi detail contact, korang bolehlah usha-usha okay.. 

Buat Izam... Happy birthday Sahabat Geng Bas Sekolah dari darjah Satu hingga kini. Aku doakan moga kau sihat selalu dan sentiasa bahagia di samping insan-insan yang kau sayang Zam. Moga kita sahabat hingga ke syurga ya Zam. Juga Geng Bas Sekolah Sis yang lain tu semua, Korang memang sentiasa ada ketika susah dan senang (time makan juga). Moga Allah pelihara persahabatan kita semua, aamiinn.. 

Sis amik pakej deko birthday table RM65. So mereka akan siapkan deko untuk meja, belon, beserta bouquet bunga dan juga kek dalam papan tu haaa.. sangat berbaloi-baloi.. Thank you Ume Floral Cafe.. servis terbaekkkkk.. 

Ume Floral Cafe 
22G, Riverside Nong Chik, 
Jalan Kolam Air 2, 80100 Johor Bahru, Johor

Buka setiap hari
Dari Jam 11am hingga 11pm.
Contact : +60127007830 atau +607202387



P/S: 'Orang baik, ramai yang sayang' .... alhamdulilah ❤

إرسال تعليق

40تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. oooo dekat nong chik... tak perasan plak kedai ni... meriah ko dengan bunga2 ahah

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr, deret restoran shosedap tu haaaa hehehehe dah macam kedai bunga ko...

      حذف
  2. Tu dia, terkejut habis si birthday boy.. best la..suka tgk interior design die. food pon best

    ردحذف
  3. cantiknya sis cafe dia.tak tau pulak kt jb ni dah ada cafe floral gini ek..

    ردحذف
    الردود
    1. Dah lama Eda, cuma ni je baru peluang nak pergi hehehe

      حذف
  4. Uish murah gak tu RM65 utk deko meja birthday. Klu kat KL ada ke harga tu? Hehe. Bestnya kawan2 raikan birthday.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann, tu kira pakej paling murah.. ada lagi yang lagi mahal lagi mewah dekonya Karni...

      حذف
  5. akhirnya sampai jugak ko ke sini..teringat dulu ko ajak kakak, tapi dia tak nak sebab aku da pergi ahahahah..adoiii

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha... sampai sudah dia tak pi ko hahahahaha

      حذف
  6. Cantiknya tempat ni. Best kalo nak bergambar. Makanan pun nampak sedap. Berbaloi lah buat sambutan kat situ.

    ردحذف
  7. Cantiknya cafe macam ni sebab instagrammable gitew. Semua sudut cantik. Makanan pun nampak menarik juga.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Ezna, pertama kali pergi pun jakun kejap bila masuk dalamnya hehehe

      حذف
  8. Wah!!! Cantik nyer Ume Fllrak Cafe nie. Makanan dia pun nampak sedap2 belaka. Tringin nak dine here with family. Glad it's in JB. Kami selalu jer singgah JB.

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat cantik Fadima, next time dtg JB singgah sini okay...

      حذف
  9. Cantik juga ye tempat ni, sesuai untuk buat surprise makan2 too! Kalau sempat nanti nak singgah juga la since Nell ada kat JB nanti from 12 - 16th July :P

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa Nell, sangat cantikkk.. nanti datang JB singgah lerr sini...

      حذف
  10. Seronoknya dapat kejutan harijadi. Cantik jugak dekorasi restoran ni, makanannya jangan cakap, nampak memang menyelerakan :)

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, diri sendiri pun rasa bestnya lahaiii.. takde ke orang nak surprise kita hahahahaha

      حذف
  11. Meriah tempat dia dan cantik. Sesuai la kalau nak buat birthday party dgn photoshoot..hehe

    ردحذف
  12. Cantiknya. All the flowerssssss masyaAllah

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, bayangkan kalau dating dengan Suami di sini hahahahaha

      حذف
  13. Cantiknya dekorasi kafe ini.. AM pun tertarik nak singgah ke sini dan mencuba menu2 di sini

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa nanti kalau ke JB mai lerr singgah sini okay AM

      حذف
  14. seronok bila dapat lepak2 dengan member baik dan celebrate birthday... mcm me time juga ni hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Ayu, lepak takde surprise pun best juga, sebab tempatnya tenang ajaaaa

      حذف
  15. nampak simpe dan menarik UME FLORAL CAFE ni. Bolehlah saya pun ke sini nanti dan cuba-cuba apa yang menarik.

    ردحذف
    الردود
    1. Yup, romantis dia takde la kelam aje suasana, meriah gituuu hehehe

      حذف
  16. cantik ya this Ume Floral Cafe, can visit and take pics next time ke Johor

    ردحذف
    الردود
    1. Jomm singgah kalau ke JB okay.. sangat instagrammable for you...

      حذف
  17. Menarik betul deco dalaman dia ye. Memang very instagrammable betul dalam cafe nie kan

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Rawlins, sangat cantikkkkk... nanti mai JB singgah laaa okay..

      حذف
  18. bestnya dapat sambut bifday dekat sini... tempatnya pun cantik

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, sangat cantikkk.. memang teruja kalau celebrate di sini...

      حذف
  19. Cantiknyaaaa Ume Floral Cafe ni. Suka sangat tengok dekorasi dia. Berbunga bunga hati masuk sini.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa Eina.. kalau jenis kita ni pompuan, memang sukaa laa di raikan di sini kannn..

      حذف
  20. Wow this cafe is so beautiful, i love the floral decor especially the floral backdrop

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!