SARAPAN BIHUN GORENG KERANG DI PAGI JUMAAT

Sis Lin
6
SARAPAN BIHUN GORENG KERANG DI PAGI JUMAAT | MALAM semalam bila tanya anak bujang esok nak sarapan apa, dia jawab, 'apa-apa je la Mak, janji ada'.. punya senang jawaban dia kan, so ikut sukahati Mak laa nak masak apa. Kebetulan Ayahnya pun mesej malam semalam gerak balik Johor lepas Subuh katanya dari Paka. So pagi ni kita masaklah yang agak berat sikit, kotlah Ayahnya sampai time sarapan kan. 

Yaa kalau hari Jumaat Sabtu, rumah ni adalah laa geng nak makan, sebab anak bujang ada di rumah. Kalau hari lain memang dalam jam 6pm lebih baru sampai rumah dari HSA. Sikit je lagi bulan Julai ni habislah intern dia di sana. Isnin ni ke Kuantan pulak amik exam MUET.. moga Allah permudahkan anak bujang Sis. 

Stok barang dapur memang dah topup, so apa terlintas di kepala nak masak, semua bahan siap sedia, kecuali sayur hijau dan taugeh.. aduii apalah nikmatnmya bila goreng bihun takde taugeh ekkk, arghhh cannot terima laaaa huhuhu.. nak taknak takpelah, menjadi satu kegembiraan buat anak bujang bila tengok takde taugeh dan sayur hijau, ermmmmm.. 

Sarapan Bihun Goreng Kerang Di Pagi Jumaat

Dari awal Subuh dah hujan, kejap lebat, kejap renyai, kemudian lebat balik.. now dah gerimis masa menaip ni.. so cuaca pun sejuk-sejuk kann, memang ngan laa menu sarapan pagi ni Sis masak bihun goreng kerang di pagi Jumaat.. alhamdulilah.. 

Korek-korek peti ais, ada beberapa batang daun sup, nak kasi meriah sikit bihun goreng tu, Sis pun cincang laa dan masukkan dalam bihun goreng tu. Ye laa dari daun sup tu layu di buang, campakkan ajerr laa dalam bihun. 

Rencah pun, Sis guna je rencah tumis Bibik Express ajerr, mudah dan cepat.. tak payah nak kupas-kupas dan blender lada bagai.. tapi bawang besar Sis guna gak selabu, hiris dan tumis sebelum tumis bahan rencah.. nak bagi wangi sikit masakan tu. 

Maka kenyanglah Sis dan anak bujang berdua makan.. Ayahnya pun tak sampai lagi, nak telefon malas, buat sakit hati nanti kalau tak angkat, ermmm.. so jomlah kita sambung baca Surah Al-Kahfi.. dan jangan lupa juga amalkan doa-doa mustajab di hari jumaat yaa.. 


P/S: Harap-harap Suami pulang bawa durian hahahahaha...

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Semoga hari ini dipenuhi dengan keberkatan.

    ReplyDelete
  2. Agaknya hari ni hujan merata..Call mak @ Kedah pun hujan dari malam tadi..kat KL pun hujan lebat...Johor pun hujan rupanya.
    Semoga anak Lin dimudahkan urusan dan cemerlang dalam intern & muet nya nanti🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye MamaCella, sekarang ni dah mula musim hujan, sana sini hujan manjang....

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!