SARAPAN PAGI MAKAN BUBUR BERLAUK SEDAP | OKAY harini Sis nak kongsi lagi apa yang Sis makan yang Sis rasa sedap dan berbaloi beli. Ya laa sejak-sejak ni nak share tempat makan sedap, rasanya memang kurang dah Sis pi food review, so kita kongsi jer apa yang Sis beli Sis makan, kalau sedap yaaa Sis kongsi. Kalau tak sedap, kita diam jer, orang meniaga, kita janganlah kondem depan public kan..
Rasanya kan, agak lama juga Sis tak masak beriyerr di dapur, kalau masak pun, masak sejenis lauk dan makan laa apa yang ada. Yaaa yang makan pun anak bujang Sis aja. Suami kadang balik dah malam, dia memang taknak makan dah, kecuali masak menu kegemaran dia. Thats why laaa lama Sis tak kongsi resepi masakan di sini, korang Masak apa Hari Ini? hehehe..
Dan sebab tak berapa nak masak dan makan, Sis rajinlah mengorder sahaja hahaha... tapi jarang Sis order dalam Foodpanda, paling tak, Sis suka scroll dalam FB komuniti Scientex dan beli je dengan seller dalam tu. Lagi best menu-menunya, lagi jimat dan lagi selamat.
Sebekas Bubur Berlauk RM7
Sambal Getuk sebekas RM5
Menu Bubur Berlauk ni pun, rasanya dah 3 kali Sis order dan makan. Memang sedap.. puashati dan berbaloi betul makan. Sebekas gitu hanya RM7, penuh sebekas tu dengan aneka lauk pauk dalam tu. Ada Paru Berlado, Kangkung Belacan, Telur Asin, Lobak Asin, Limau Kasturi, Kacang Tanah juga Sambal Getuk.
Biasa kalau owner dia wahtsapp open order jer, Sis akan war-warkan kepada orang kampung Geng Bokeh Sis, nanti mereka pun join sama order sekali, so jimat sikit duit CODnya.. Kalau Sis memang nak keluar, owner bubur tu hantar ke rumah Sis aja, nanti Sis keluar Sis hantarkan. Kalau Sis takde kemana, ownernya hantar terus ke rumah mereka.
Sarapan pagi makan bubur berlauk sedap sungguh uiii... kena kalau cuaca hujan pepagi, duduk atas pangkin makan, nikmatnyaaa laaa.. lepas makan membuta, helokk beno laa kan membesarkan badan hahahaha..
Tu diaaa.. kalau korang nak mencubanya, area Pasir Gudang, bolehlah mencubanya yaa.. Whatsapp ajer nombor tertera tu, Sis malas nak menyalin hahahaha..
Tapi bukan hari-hari dia open ordernya, ada harinya.. korang wahtsapp ajer tanya, nanti bila ownernya open order, dia wahtsapp korang balik.. Sambal Getul dalam bekas tu pun dia ada jual asing. Sebekas tu RM5.. Perghh power meletop top top... pedas berapi wokayyy...
Tapi homemade sambal getuk laa, dia tumbuk sendiri, bukan jenis sambal blender.. memang sedap, terasa sambalnya, kalau orang Jawo ni, haaa memang suka laaa.. Sis tiap kali order bubur berlauk dengannya, mesti order sebekas sambal getuk tu.. baru puas makan dengan bubur kasi gaul semua..
Korang cubalah yaaa..
P/S: Tibaa rasa macam nak pi Paka hahahaha.. jeng jeng jeng...
alaa... PG pulak.
ReplyDeleteYe Kak, PG aja, tak tau laa kalau dia ada runner ke..
Deleteuishhh dah rindu abe ke tu :p
ReplyDeleteRindu nasi goreng sotong hahahahaha
DeleteGeramnya tengok lauk pedas tu. heeeee
ReplyDeleteMemang sedap GB... puas makan kenyang sebekas...
DeleteOM suka makan bubur berlauk. Sedap bila makan bubur dengan kangkung belacan, ikan bilis kicap, telur masin dan lobak masin goreng. Sedapnyaaa...
ReplyDeleteKann OM, sebekas tu dah penuh dengan lauk-pauk.. cukup kenyang...
Deleteselalu makan bubur berlauk malam. buat breakfast pun mcm best je
ReplyDeleteKannn, ini kali open order pepagi dah sampai hehehehe
Deleterm 7 nampak berbaloi2 lah....
ReplyDeleteSangatt Uncle.. penuh sebekas tuuu
DeleteOk. Nak bubur berlauk tu untuk breakfast kat opis esok bleh? Sambal tu Rawlins takleh layan sebab tak tahan pedas hehehe
ReplyDeleteKannn, memang renyah, tapi bila dapat makan, nikmatnyaaa
Deletenampak sedap dan berbaloi bubur tu.. sebekas rm7 macam2 ada.. menarik
ReplyDeleteMemang sedap dan berbaloi Ayu.. padat dan paduuuu
Deleteala sedapnya sis! kat mana lah nak cari kt kawasan saya ni. makan time2 hujan mcm ni mmg best :)
ReplyDeleteYaaa alhamdulilah, repeat order tetap sama je rasanya.. sedap...
Deletecara pintar buang tahi telinga..aku ingatkan entri ko tulis tadi..iklan rupanya hahahah
ReplyDeletebubur berlauk ni sedap kalo sekali-sekala makan..boleh bertambah-tambah..
hari ni aku makan bubur nasi dengan sambal kak yatie kitchen lagi hahaha
Bongokkk kannn hahahahaha...
DeleteSedap woooo... letak chili flakes, arghh sedap...
dulu2 masa kerja area Raja Chulan setiap minggu mesti ada hari ammi beli bubur utk sarapan. Sedap nau bubur orang yg niaga tepi monorel Raja Chulan tu. tetiba rsa rindu pulak..nak ke situ dah lain pulak hala nak ke ofis
ReplyDeleteSedapkan Ammi.. kalau kena yang tak lokek bahan, penuh sebekas...
Delete