SELAMAT BERANGKAT DAN SELAMAT MENUNAIKAN HAJI BUAT JEMAAH HAJI 2022 | ALHAMDULILAH setelah dua tahun negara kita tertangguh akibat penularan wabak Covid-19, akhirnya tahun ini Arab Saudi telah bersedia untuk menerima jemaah Haji dari seluruh negara untuk menunaikan Haji, syukur alhamdulilah.
Tahun ni juga ada beberapa rakan terdekat Sis akan pergi mengerjakan Haji dan ada juga yang tidak lulus dari pemeriksaan kesihatan dan terpaksa redha dengan syarat terkini yang telah di tetapkan oleh Tabung Haji, maka tidak dapatlah rakan Sis tu pergi mengerjakan Haji, sedih nengok dia menangis buat video dalam group meluahkan perasaan, sabar ya Kak Jun.. Mungkin ada hikmahnya.
Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi. Menurut menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad, bagi tahun 2022, Arab Saudi hanya membenarkan satu juta jemaah haji dari seluruh dunia dengan 85 peratus adalah jemaah luar iaitu lebih tinggi daripada tahun 2019 dengan jemaah luar hanya dibenarkan 75 peratus sahaja.
[Baca Juga] : Perasaan Aku Pertama Kali Melihat Kaabah
Tabung Haji (TH) kini sedang giat membuat persiapan untuk membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci setelah dua tahun tertangguh kerana pandemik COVID-19. Dan jemaah pertama telah pun di terbangkan pada pada 4 Jun lepas.
Untuk mengambil kira situasi ancaman COVID-19 serta peralatan dan petugas Haji yang terhad, tahun ini Tabung Haji telah membuat syarat kesihatan untuk yang layak pergi haji dengan syarat yang ketat. Kesemua syarat yang ditetapkan bertujuan demi memastikan kesihatan dan keselamatan kesemua jemaah haji dari seluruh dunia.
Antara syarat yang dikenakan ke atas jemaah haji tahun ini ialah:
- Mesti berusia 65 tahun ke bawah
- Tidak mempunyai penyakit kronik
- Mempunyai sijil vaksinasi COVID-19
- Perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam dari masa berlepas
Antara syarat yang menjadi sebab seseorang itu tidak layak pergi haji:
- Obesiti BMI 40 dan ke atas (automatik tidak layak)
- Obesiti BMI 35-40 dan mempunyai 1 penyakit kronik seperti DM/hypertension
- Pesakit DM dengan bacaan Hba1c 8.0% ke atas
- Perokok dengan penyakit paru-paru kronik (COPD) walaupun tahap ringan
Jadi jika korang yang merancang untuk melakukan haji beberapa tahun akan datang, korang dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan di klinik berdekatan. Amalkan juga gaya hidup sihat. Turun berat badan dengan jaga makan dan bersenam secara teratur (untuk berat badan berlebihan/obese). Bagi yang merokok, cuba sebaik mungkin untuk berhenti merokok.
Untuk maklumat lanjut, bakal haji boleh merujuk kepada Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1443H/2022M melalui laman web Tabung Haji. Bagi yang tidak dapat untuk menunaikan haji pada tahun ini, jangan sedih. InsyaAllah anda akan dijemput tahun akan datang.
Selamat berangkat dan selamat menunaikan Haji buat jemaah Haji 2022
Haji, rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan jika berkemampuan
Haji adalah rukun Islam kelima. Bagi mereka yang berkemampuan dari segi fizikal dengan kewangan yang kukuh, mereka wajib untuk pergi menunaikan rukun Islam kelima ini. Allah s.w.t berfirman di dalam surah Ali-Imran, ayat 97 yang bermaksud:
Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barang siapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) daripada semesta alam.
P/S: Rindunya bumi Haramain.. Ya Allah jemputlah aku ke sana sekali lagi (berkali-kali) Ya Allah bersama Suami dan anak-anak.. aamiinnn..
Kena cuba kurus jugalah nampak gayanya ni.Hu3.
ReplyDeleteYaa Syu, now kurus nak sihat nak pegi Haji...
Delete