TERIMA KASIH BIBIK EXPRESS! | KORANG pernah guna or dengar ke 'Bibik Express' ni? Ni bukan bibik tulang empat kerat, tapi bibik express dalam botol perencah siap tumis tu haaa.. senang betul laaa bila guna bibik express ni, agak last minit nak masak atau 'malas', guna ajerr laa rencah siap tumis ni haa, rasa pun sedap, takde rasa masam.. .
Sebenarnya ini bukan Sis membelinya, dan Sis sendiri pun tak tau akan kewujudannya Bibik Express Series ni haa.. tapi set perencah bibik express ni isteri BFF Suami Sis yang hadiahkan Sis. Mula terkejut gak, kotak apa laa Suami bawa balik, katanya 'hadiah'.. kemain berat pulak tu..
Tapi Sis biorkan je atas meja, agak lama terbior tu, kemudian Suami cakap, 'tu bini Sobri kasi'.. Oooo terus teruja pulak Sis membukanya. Buka buka nengokk.. ada 5 botol kesemuanya dan botolnya tertulis Bibik Express Series dengan pelbagai jenis botol berlainan rencah. Dengan Suami Sis sekali duk jenguk nengok hahahaha..
Ada 5 botol rencah kesemuanya, semua di botolnya tertulis Kisar & Tumis, so senang laa kan, hanya guna ajerr, dan rencahnya tahan lama jika di simpan dalam peti ais, sebab ianya di kisar bersama minyak.. biasa Sis buat sup sayur ke, Sis hanya masukkan sesudu ajer rencahnya, kemudian biarkan mendidih, memang sedap rasanya, wangi pun yaa..
Antara rencah Bibik Express Series yang ada adalah; Cili Kering, Bawang Putih, Bawang Besar, Cili Padi dan Halia.. buat masa ni hanya cili padi dan halia jee yang Sis belum guna, yang 3 botol lagi tu Sis dah guna. Pun jarang guna, agak terdesak barulah guna..
Sis pun tak tau laa berapa hengget satu set ni atau sebotol.. memang Sis tak tau akan bibik express ni. Bila Sis bagitau anak Sis,Yana.. dia kata, 'ni viral kat TikTok tu Mak orang guna dan jual'.. Laaa ye ker, maklumlah Mak takde TikTok hahahahaha..
Kata anak tak mahal. Dan baru-baru ni terjumpa Bini Sobri tu, Sis tanya laa padanya, dia jual ke, ooo katanya adiknya yang jual.. kalau nak boleh jer order dengannya.. Waa senang lerr lepas ni, agak habis nanti boleh laa order hehehehe.. Biasanya bila goreng mee hoon Sis guna laa rencah tu semua kecuali cili padi dan halia.. sedap jugaaa rasanya..
Mudahkan sekarang, semuanya dah siap, nak dengan taknak je ko rajin masak.. bila kata ada siap segera gini, kau kata tak sedap, kau kata buat rencah sendiri lagi sedap tapi... adeiiii entah laaa.. ikutlah memasing kann, bersyukur dan untung juga ada orang sediakan kemudahan gini kan.. bagi Sis ada gunanya rencah macam ni, bila nak makan, takde barang dapur, guna jerr rencah siap ni.. janji masak..
Okaylah.. kalau korang berminat nak mencuba, silalah google dan mencari sendiri agen yang menjualnya ya.. Sis tak beli, orang bagi hehehehe..
P/S: Harini busy urusan di luar.. nak hantar servis kereta dan urusan bank.. moga Allah permudahkan semuanya..
Masa duduk bujang dan menyewa memang SA guna je mana- mana bibik express..tapi bila dah duduk sendiri ngan mak abah ni..kena masak ikut depa punya preference..biasalah org tua nak masakan yang old style...jenuh
ردحذفOoo kira dah lama ekk Bibik Express ni ek SA.. sian Sis ko, baru tawu hahahaha
حذفBanyak dah buat style macam ni. Mudah dan menjimatkan masa.
ردحذفKann Kid, mudah kerja para suri/surarumah...
حذفhahahha ako pun baru tau bila ko post sini ,,,, igt tadi bibik espress tu piuk TM9 hehe
ردحذفTu laa, ko try Ret, rencah dia sedap... TM9 tu? Tak mampu denn.. kalau mampu baik beli emas hahahaha
حذفIngatkan sykt penghantaran.. klu mcm ni mmg express la siap masak
ردحذفHahahaha ini macam lebih banyak bagus dari penghantaran hahahaha
حذف