TEROKA KUNCI KEJAYAAN E-DAGANG BERSAMA SHOPEE SELLER SUMMIT

Sis Lin
4
TEROKA KUNCI KEJAYAAN E-DAGANG BERSAMA SHOPEE SELLER SUMMIT | Kembali sebagai sebuah acara hibrid, Shopee akan mengadakan Seller Summit tahunannya pada 16 Jun 2022 di Sunway Resort, Petaling Jaya, di mana perkongsian tentang bagaimana para penjual dapat mengekalkan pertumbuhan perniagaan mereka dalam talian akan dibincangkan. 

Temanya Level Up: Driving Growth Together, menampilkan siri ceramah dan panel perbincangan daripada pakar industri yang terkenal. Shopee juga akan berkongsi tentang inisiatif sokongan yang akan memperkasakan para penjual agar dapat meraih pencapaian baharu.

Para peserta berpeluang mendapatkan akses awal kepada pakej Kempen Mega Akhir Tahun Shopee dan tawaran khas untuk para peserta sahaja. 

Teroka kunci kejayaan e-dagang bersama Shopee Seller Summit

Tip-tip daripada pakar industri

Para peserta bakal mendengar perkongsian tentang bagaimana untuk meningkatkan jumlah jualan dengan memanfaatkan ekosistem Shopee bagi memahami tingkah laku pengguna baharu. Ini termasuk menggunakan ciri-ciri dalam aplikasi seperti Shopee Live dan Shopee Feed yang menghubungkan penjual dengan pengguna serta mewujudkan pengalaman membeli-belah yang diperibadikan, menarik dan berunsur sosial.

Dengan peralihan ekonomi kepada norma baharu, ia adalah penting untuk mengenal pasti tingkah laku pengguna baharu agar dapat menggunakan strategi e-dagang yang sesuai. Melalui bimbingan daripada penjual-penjual Shopee yang berpengalaman, para peserta akan dapat membuat persediaan yang sepenuhnya sambil berusaha mengembangkan perniagaan mereka dalam jangka masa panjang.

Dalami ilmu yang bermanfaat untuk berkembang dalam talian Leon Wong yang menghadiri Shopee Seller Summit sejak tahun 2020 berkata acara tersebut amat bermanfaat untuk para penjual, “Saya mengesyorkan setiap penjual untuk menyertai Shopee Seller Summit yang akan datang untuk terus maju ke hadapan.”

Sehrish Kamran yang merancang untuk menyertai acara tersebut sekali lagi tahun ini, menekankan bahawa pengalaman utamanya daripada acara sebelumnya adalah mendengar pengalaman daripada penjual-penjual lain seperti ShopeeXperts. 

“Mendengar perkongsian mereka tentang bagaimana mereka mengembangkan perniagaan daripada hanya seorang kepada sebuah perniagaan sepenuh masa adalah sesuatu yang benar-benar memberi motivasi serta inspirasi kepada saya. Saya pasti akan menyertai lagi tahun ini terutamanya kerana kami dapat mengalaminya secara bersemuka.”

Teroka kunci kejayaan e-dagang bersama Shopee Seller Summit

Manfaat eksklusif untuk para peserta

Acara ini terbuka kepada semua pemilik perniagaan termasuk PMKS, penjual sambilan dan lain-lain. Para hadirin berpeluang mendapatkan akses awal kepada pakej Kempen Mega Akhir Tahun Shopee dan tawaran khas hanya untuk para peserta sahaja. Semua peserta juga akan menerima sijil kehadiran digital selepas acara tersebut.

Tiket-tiket bagi sesi dalam talian masih boleh didapati dengan harga RM25 setiap satu. Penjual-penjual Shopee yang sedia ada layak mendapat RM50 dalam kredit pengiklanan untuk setiap pembelian tiket dan hingga RM100 untuk dituntut bagi pembelian lebih daripada satu tiket (tertakluk pada terma dan syarat).

Rebut peluang ini untuk berkembang bersama Shopee!

Berasaskan misi Shopee untuk memanfaatkan komuniti tempatan menerusi teknologi, Shopee Seller Summit 2022 bakal mewujudkan peluang baharu dan mencipta nilai untuk komuniti e-dagang. Jualan tiket akan tamat pada 3 Jun 2022. Layari halaman Shopee Seller Summit untuk maklumat lanjut.


P/S: Baruntung seller sekarang kan, adanya Shopee, jual apa pun larissss.... 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bagus ni. Semua pakar jualan. Boleh terus tambah pendapatan dengan shopee

    ردحذف
  2. untuk org yg malas berbasa basi mcm saya..mmg elok beli di shopee.. masuk cart,.bayar..hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. Heheheeh sama lerr kita, tekan-tekan bayo terima jerrr Yan hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!