TIPS ATASI MASAALAH SENGGUGUT TERUK

Sis Lin
10
TIPS ATASI MASAALAH SENGGUGUT TERUK | KALAU ikut pengalaman Sis senggugut, memang teruk giler okay.. sampaikan ponteng sekolah sebab tak boleh nak berdiri. Kalau datang senggugut tu, janganlah di usik atau dekat, memang nasib tak baik, makan kaki jer kang.. yeee adik-adik Sis memang tau laa perangai Sis dulu kalau kena senggugut.. 

Orang kata, kalau senggugut teruk, kawin jer hilang, tapi katanya susah nak dapat anak, hurmmmm.. fakta ke auta? Ternyata auta ada, fakta pun ada. Faktanya bila kahwin aja, senggugut Sis hilang.. dan autanya, mengandung 3 kali Sis ko ni haaa hahahaha.. lepas bersalin anak pertama jer, hilang semua senggugut okay, alhamdulilah.. now kena kat anak-anak pulak, adeiii kesian nengok, Mak faham akan kesakitan itu.. 

Mengalami senggugut teruk pastinya mimpi ngeri bagi kebanyakan wanita, terutamanya jika ia menjejaskan aktiviti harian. Pasti ramai tercari-cari, terdapatkah cara hilangkan senggugut yang boleh mengatasi atau mengurangkan kesakitan tersebut? Korang boleh baca tips atasi masaalah senggugut teruk dari info Hello Doktor ni okay. 

Tips Atasi Masaalah Senggugut Teruk

Masalah Bulanan Wanita

Masalah kekejangan ketika haid (senggugut) melibatkan gangguan ringan yang berlaku sehari atau dua hari sebelum haid, malah boleh berlanjutan sepanjang kitaran haid berlangsung. Kesakitannya boleh menjadi terlalu teruk hingga menjejaskan aktiviti harian.

Umumnya, senggugut teruk berlaku disebabkan oleh kontraksi rahim yang berlaku sebelum atau semasa permulaan kitaran haid. Tetapi apakah yang membuatkan kesakitan itu lebih teruk bagi sesetengah individu?

Punca Wanita Mengalami Kesakitan Senggugut Teruk

Sebelum mengetahui cara hilangkan senggugut, apa kata kita fahami terlebih dahulu faktor penyebab senggugut ini. Sesetengah individu cenderung mengalami kekejangan haid yang teruk kerana:
  • Mempunyai tabiat merokok
  • Mengalami pendarahan haid berat
  • Tidak pernah hamil
  • Mencapai akil baligh sebelum berumur 11 tahun

Masalah senggugut teruk juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan seperti:

Sindrom pramenstruasi (PMS)
PMS adalah keadaan biasa disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang berlaku satu hingga dua minggu sebelum haid bermula. Gejala biasanya hilang selepas pendarahan bermula.

Endometriosis
Keadaan perubatan ini berlaku apabila sel dari lapisan rahim tumbuh di bahagian lain tubuh, contohnya seperti di tiub fallopio, ovari atau tisu yang melapisi pelvik.

Fibroid pada rahim
Fibroid adalah tumor bukan kanser yang memberi tekanan pada rahim atau menyebabkan haid yang sakit dan tidak normal, walaupun selalunya tidak menimbulkan sebarang gejala.

Penyakit radang pelvis (PID)
PID adalah jangkitan pada rahim, tiub fallopio atau ovari yang disebabkan oleh bakteria faraj yang mengakibatkan keradangan pada organ pembiakan dan kesakitan.

Adenomiosis
Keadaan jarang berlaku ini melibatkan tisu yang biasanya melapisi rahim mula tumbuh pada dinding otot rahim, sekali gus menyebabkan keradangan, tekanan dan kesakitan. Ia juga mengakibatkan kitaran haid lebih lama dan berat.

Stenosis serviks
Ini juga adalah keadaan yang jarang berlaku di mana serviks mengecil atau sempit sehingga melambatkan aliran haid. Ia kemudiannya menyebabkan peningkatan tekanan di dalam rahim lalu mengakibatkan senggugut teruk.

Tips Atasi Masaalah Senggugut Teruk

Tanda Korang Mengalami Senggugut Yang Teruk

Umumnya, kekejangan haid melibatkan sakit berdenyut disertai dengan kekejangan pada bahagian bawah perut dan ia boleh merebak ke bahagian belakang badan mahupun paha.

Ia boleh mula berlaku sehari ataupun dua hari sebelum haid, dan memuncak sehingga 24 jam pertama setelah kedatangan darah haid. Tapi jangan terkejut, kekejangan haid ini juga boleh berlanjutan sehingga tempoh dua ke tiga hari.

Kekejangan haid ini juga boleh disertai dengan gejala lain seperti:
  • Loya
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Pening

Sakit Belakang Ketika Haid: Apakah Puncanya?

Selain senggugut teruk, antara simptom lain yang sering terjadi ketika datang bulan adalah masalah sakit belakang. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku pada bahagian tengah belakang badan.

Rasa sakit belakang ini dianggap sebagai “normal” dan berlaku disebabkan perubahan hormon. Prostaglandin (hormon yang dihasilkan semasa kitaran haid untuk mendorong pengecutan rahim bagi menyingkirkan lapisan rahim) boleh mempengaruhi otot punggung bawah.

Prostaglandin yang terhasil secara berlebihan menyebabkan senggugut teruk atau haid yang menyakitkan. Kontraksi yang berat kemudiannya mendorong sakit bahagian belakang. Sakit bahagian belakang ini juga boleh merebak daripada perut bawah ke pinggul bawah.

Cara Hilangkan Senggugut Dan Sakit Belakang

Bagi kesakitan bahagian belakang dan senggugut yang teruk dan bukan disebabkan masalah kesihatan serius, rawatan di rumah boleh dilakukan. Berikut beberapa cara hilangkan senggugut yang boleh dicuba:

Mampatan haba
Letakkan pad panas atau botol berisi air panas (yang dibalut tuala kecil) pada bahagian belakang bagi mengurangkan kesakitan. Cara ini juga dapat membantu menenangkan otot pinggul, sekali gus meredakan rasa sakit.

Ubat tahan sakit
Ubat antiradang nonstreroid (NSAID) yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan. Ia boleh dibeli di farmasi atau didapatkan daripada preskripsi doktor.

Satu tinjauan sistematik mendapati ubat tahan sakit sangat berkesan untuk mengurangkan kesakitan senggugut teruk dalam ujian klinikal. Malahan ia menunjukkan kesan lebih baik berbanding aspirin. Jika korang memilih untuk menggunakan NSAID sebagai cara hilangkan senggugut, sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum mengguna sebarang ubat.

Tips Atasi Masaalah Senggugut Teruk

Cara hilangkan senggugut dengan rehat dan bertenang

Sekiranya korang sukar untuk melakukan banyak perkara akibat sakit belakang teruk kesan senggugut yang dialami, luangkan masa beberapa hari untuk diri sendiri.

Apa kata korang bersantai dengan membaca buku kegemaran, melakukan yoga mudah atau sekadar mandian panas yang boleh membantu meningkatkan endorfin. Ia secara semula jadi dapat melawan kesakitan.

[Baca Juga] : 

Makanan tambahan dan vitamin

Pengambilan suplemen dan vitamin sebagai makanan tambahan bersama vitamin B dan magnesium juga boleh mengurangkan kekejangan haid.

Cara hilangkan senggugut paling berkesan, penjagaan pemakanan

Perbanyakkan minum air dan makan buah-buahan, sayur-sayuran bersama makanan antiradang lain untuk mengurangkan keradangan dan melegakan gejala senggugut teruk seperti sakit belakang.

Sekiranya sakit belakang dan senggugut berlanjutan walaupun setelah kitaran haid habis atau korang mula mengalami rasa kesakitan pada kaki atau lemah badan, korang amat disarankan untuk melakukan pemeriksaan perubatan segera kerana ia mungkin didasari oleh masalah kesihatan lain.

Apa yang penting adalah jangan merana dalam diam. Dapatkan rawatan yang bersesuaian. 
Semoga perkongsian ini berguna! #SisSharing 


P/S: Bab dalam perut ni memang Sis seriau oii.. sebab dah ada pengalaman kena fibroid.. so korang dapatkan rawatan okay jika keadaan teruk.. 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. dulu-dulu teruk juga aku senggugut..now da tak berapa sangat da..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, moga sentiasa terus sihat ya Sunah.. azab woo senggugut ni...

      Delete
  2. Senggugut ni boleh buat moody sepanjang hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PC, hilang mood happy jadi marah manjang...

      Delete
  3. tak pernah kena. tapi tengok orang kena. heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha... adoiii apa yang Kid buat bila nampak? :p

      Delete
  4. Saya tak senggugut teruk sangat.. tapi baru ni pernah sekali.. sakit gila.. sebab bulan lepas ti x kuo periodnya... Sampai terpaksa amek pil kaler pink tu for the first time.. Fuh.. seriau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuam aje dengan air panas Non, akan rasa lega nanti...

      Delete
  5. ako klu kena senggugut dulu memang teruk gak... jenis WAJIB muntah.. klu tak muntah ako tak lega n resah je... Pastu ako akan telan ubat n tido sampai ako rasa badan dah OK !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo nasib baik aku dulu takde macamtu, cuma perut sakit tu macam nak terajang orang hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!