WORDLESS WEDNESDAY - RENDANG AYAM TUA | YA ALLAH, sampai ke harini susah betul yaa nak dapatkan ayam muda. Pergi sana sini semua pembelian terhad. Ada pulak tu bila sampai, kena beratur amik nombor dan menunggu, nak taknak kena juga laa beratur huhuhu.. alhamdulilah, setakat ni dah dapatlah beli 3 ekor ayam muda buat stok dalam freezer.
Tapi syukur juga dalam rumah Sis ni makan ayam tua, so agak nak masak rendang ke masak kari ke, beli je ayam tua, senang tak payah berebut dan beratur.. cuma harga ayam tua pun dah mahal gak oiii.. dan ada masa ayam tua ni liat, keras, ada masa elok pulak.. macam baru ni Sis masak rendang ayam tua jamu Geng Bas Sekolah beraya, ehhh elok pulak lembutnya, tak payah nak pressure kasi lembut..
P/S: Dah masuk bulan June dah.. tengahari kang nak pi beraya lagi hahahahaha...
Ayam muda ada banyak lagi ni. Mengancam sedapnya
ردحذفSimpan buat stok, sini ada tapi limited Kid...
حذفSA lagi suka ayam tua atau ayam pencen Sis..sedap...x pun ayam kampung tapi rega ayam kampung kan Kayangan sangat...lepas tu buat kari ke..rendang ke...huiiii...eh nak tipon Pak Zain la suruh cari ayam pencen...masak kari...waaaaa...
ردحذفYaa Sis tak risau sangat takde ayam muda, sebab dalam rumah ni semua makan jerr ayam tua/kampung...
حذفMujurlah kedai area rumah kita tak perlu beratur atau ambil nombor. Tak pernah beli ayam tua sebab tak ada permintaan, kalau nak merendang ayam, kita guna ayam muda jer, itupun setahun sekali agaknya merendang, hehe.
ردحذفSini ada jer Kak ayam, cuma limited, pergi tu kira nasib, samaada habis atau belum sampai stok.. hehehehe
حذفHarga ayam semakin meningkat dan penawarannya terhad
ردحذفMujurlah wak tak pernah beli ayam r telur ayam
Nak makan ayam, tangkap sendiri belakang rumah
Yee Wak, dengar makin naik harga ayam.. ayam tua punnn sama naikk.. untung Wak ada bela ayam sendiri...
حذفsedap tu kak rendang ayam tua.
ردحذفKannn, makin kering makin sedap...
حذف