AJAL MAUT RAHSIA ALLAH | SEJAK-SEJAK ni terlalu banyak Sis mendengar perkhabaran berita kematian secara mengejut. Ada di kalangan saudara mara sendiri, ada dari kengkawan dekat dan ada juga yang Sis terbaca di laman sosial. Punca kematian semuanya berkaitan dengan sakit dan kemalangan.
Memang perit, sakit dan sedih bila tiba-tiba kita kehilangan orang yang tersayang dalam sekelip mata. Banyak dah yang Sis lihat depan mata kejadian kes kematian yang secara tiba-tiba dan warisnya meratap kesedihan seolah susah nak terima atas apa ujian dan dugaan yang Allah berikan.
Bukan mereka, kalau Sis berada di tempat mereka pun, mungkin juga Sis pun sama akan merasai perasaan yang sama. Tapi itulah, ajal maut rahsia Allah. Kita tak tau bila masanya kita akan pergi dan sejauh mana lama lagi kita akan hidup.
Semalam juga Sis mendapat khabar kematian, Ayahnya kepada besan Sis meninggal dunia. Kebetulan Suami tak kerja, so Sis dan Suami ikut anak Sis dan menantu balik ke kampungnya di Kota untuk menziarah besan Sis. Alhamdulilah, semua urusan dipermudahkan.
Cara kematian dan bila itu menjadi rahsia yang Maha Berkuasa. Malah, sakit dan tua bukanlah syarat untuk mati, ada juga yang meninggal tanpa sebarang sakit, umurnya habis sewaktu tidur dan sebagainya. Demikianlah hakikatnya..
Berikut adalah tanda-tanda kematian yang hanya difahami dan dirasai oleh orang-orang tertentu sahaja.
100 Hari Sebelum Kematian
Tanda-tanda ini lazimnya setelah masuk waktu Asar, iaitu seluruh tubuh akan terasa menggigil dari ujung rambut sampai ujung kaki.
Tanda-tanda kematian ini akan terasa nikmat bagi orang yang tinggi keimanannya, sekali gus dapat menerima bahawa ini adalah isyarat daripada ALLAH tentang ajal sudah dekat. Tetapi bagi yang tingkat keimanannya rendah, kadangkala mereka ragu-ragu dan bahkan ada yang tidak sedar bahawa ini isyarat kematian daripada ALLAH SWT.
40 Hari Sebelum Kematian
Tanda-tanda kematian ini juga muncul setelah masuk waktu Asar, bahagian pusat kita akan berdenyut. Itu pertanda bahawa daun yang tertulis nama kita dari pohon yang terletak di Arshy ALLAH SWT telah gugur.
Lalu malaikat maut mengambil daun tersebut dan segera membuat persiapan. Antaranya malaikat mulai mengawasi kita setiap saat. Sesekali malaikat maut menampakkan dirinya kepada orang yang akan dicabut nyawanya dalam bentuk manusia dan seketika itu pula orang itu akan terasa terkejut dan bingung melihat malaikat maut.
7 Hari Sebelum Kematian
Tanda ini muncul setelah masuk waktu Asar. Tanda-tanda kematian ini hanya diberikan ALLAH terhadap orang yang diuji ALLAH dengan sakit. Biasanya orang yang sedang sakit dan tidak berselera makan, tiba-tiba ingin makan. Ini merupakan isyarat daripada ALLAH bahawa kematian memang benar-benar sudah dekat.
3 Hari Sebelum Kematian
Pada suatu saat akan terasa denyutan di tengah dahi kita iaitu antara dahi kanan dan dahi kiri. Jika tanda-tanda kematian ini dapat dirasai, maka sebaik-baiknya berpuasalah kita ketika itu. Supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan orang lain untuk memandikan jasad kita.
Setelah itu pula, mata hitam kita tidak bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya perlahan-lahan akan masuk ke dalam. Ini dapat dilihat dengan jelas sekiranya dilihat dari sisi tubuh kita. Telinga akan layu dan beransur-ansur masuk ke dalam. Tapak kaki juga akan beransur-ansur lurus ke depan dan sukar untuk ditegakkan lagi.
1 Hari Sebelum Kematian
Tanda-tanda kematian ini juga terjadi setelah waktu Asar. Kita akan merasakan denyutan di bahagian ubun-ubun kepala. Ini menandakan kita sudah tidak sempat lagi melihat waktu Asar keesokan harinya.
Ajal Maut Rahsia Allah
“Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un”Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah akan kembali padaNya
Setiap yang hidup, pasti akan mati juga suatu hari nanti. Namun, adakah umat manusia akan mengetahui akan waktu ajal menjemput mereka?
Apabila berbicara mengenai ajal, pasti ada yang takut mendengarnya sedangkan perkara inilah yang paling penting untuk dititikberatkan. Namun, secara hakikatnya, ramai yang tidak peka akan ketentuan ini. Mereka hanya lebih menekankan perkara lain seperti mencari rezeki dan jodoh sahaja, malah ajal dan maut dilupakan.
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." (Surah an-Nisa': 78)
Ayat ini sudah menjelaskan kepada kita bahawa seseorang manusia itu tidak boleh memisahkan dirinya dari kematian. Seseorang itu pasti akan menempuhi maut sama ada dia berada di medan perang atau di atas hamparan.
Sesiapapun apabila ditentukan matinya di sesuatu tempat dia akan pergi ke tempat itu ketika sampai ajalnya. Hal ini adalah penentuan dari Allah SWT semenjak kita masih dalam kandungan lagi. Justeru itu, mulai dari sekarang, lakukan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya serta memperbanyakkan sunnahnya untuk meningkatkan amal ibadah kita menandakan kita sentiasa bersedia untuk menunggu kematian.
Sesungguhnya, setiap yang ditetapkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya merupakan anugerah yang terbaik untuk kita. Kita sebagai umat manusia hendaklah sentiasa bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.
P/S: Salam takziah buat semua waris keluarga korban nahas mat rempit di Pulau Pinang..
Takutnya bila igt - cukup ke amal ibadah kita sebelum ajal menjemput? Salam takziah utk keluarga besan Sislin.
ReplyDeleteBetul Karni, Mati itu pasti, tapi kita ni haaa, bersiap sediakah kita huhuhu
Deletesalam takziah buah family besan ko...
ReplyDeleteTerima kasih Retna...
DeleteAl Fatihah. Terima kasih untuk ingatan tentang kematian kepada yang membaca
ReplyDeleteAlhamdulilah, moga bermanfaat buat semua..
Deletelepas dari pandemik hari tu... banyak betul terima berita kematian...
ReplyDeleteYaa Yan, banyak pulak berita kematian mengejut, jadi takut kita...
Delete