AKU BUKAN USTAZAH, TAPI AKU MENUTUP AURAT

Sis Lin
0
AKU BUKAN USTAZAH, TAPI AKU MENUTUP AURAT | JUJURNYA nak menulis tajuk ini, Sis dah dua kali draft. Bukan apa, takut di salah ertikan apa yang Sis nak sampaikan, tapi di sebabkan meluap-luap hati ni nak jelaskan dan terangkan apa yang Sis rasa, so eloklah Sis teruskan aje 'publish' post ni untuk kepuasan diri sendiri, bukan untuk di tuju kepada sesiapa. 

Terpanggil nak menulis ni pun, sebab dah dua kali Sis di tegur oleh 'sesaorang' tatkala mungkin dia nampak posting Sis di facebook atau baca di blog Sis atau di instagram Sis, then dia pun menegur secara gurauan, antaranya 'Tengok wayang pun pakai jubah ke?', 'Sis pergi event sekarang dah pakai jubah ye?'.. dan terbaru dia menegur, 'Sis dah macam Ustazah'... jap, nak aaminkan doanya.. aamiinnn, mudah-mudah kata 'ustazah' tu di makbulkan Allah.. 

Jadi satu muskil di hati, 'Salah ke tengok wayang dan pergi event pakai jubah?'.... apa, pakai jubah or tudung labuh besar tu dah kira ustazah ke?... jadi tanda tanya pulak kita.. Cara dia bertanya, bukan sebab dia bersyukur dengan penampilan kita, tapi ada 'kata-kata belakangnya' yang di sambungkan.. seolah gaya penampilan Sis ni macam tak sesuai dengan keadaan.. ermmmm.. 

Aku Buklan Ustazah, Tapi Aku Menutup Aurat

Bukanlah gaya dan cara Sis berpakaian sekarang ni nak tunjuk Sis ni orangnya baik-baik, tidak sama sekali... ada masa Sis pakai juga seluar (palazo), ada ketika pun, pakai lengan panjang tanpa sarung tangan, dan kekadang pun pakai kasut sarung tanpa stokin, cuma tudung aja, sekarang lebih selesa pakai tudung besar menutupi dada tapi Sis sedang istiqomah untuk menutup aurat yang sempurna, walau kadang tu ada juga terbolos.. tapi kita cuba sedaya upaya menutupnya, lebih-lebih lagi bila berada di luar, depan orang ramai, sebolehnya Sis cuba menjaga aurat Sis agar apa-apa jua yang Sis atau kawan Sis upload diri ini di media sosial, aurat Sis terjaga sebagai seorang isteri dan juga seorang Ibu, paling utama di mata Allah.. 

Bukan kata dah balik dari Umrah, terus menjadi baik, tapi sekurangnya apa yang kita dapat dari balik mengerjakan Umrah tu laa kita jadi yang terbaik.. yang faham akan tau laa.. cuma pesan, bukan laa kena pi Umrah baru jadi baik yaa.. tidakkkk.. tu semua terpulang gerak hati memasing.. 

Usia dah meningkat ni, kadang diri sendiri dah ada kesedaran.. kadang malu dengan Suami sendiri, apatah lagi dengan Allah.. anak-anak juga ada ketika menegur juga, so untuk tidak rasa diri ini alpa dengan duniawi, Sis cuba perbaiki dan cuba untuk menutup aurat sebaik mungkin. 

Sis tak pernah lagi menegur jika ada kengkawan yang belum menutup aurat dengan sempurna dengan mulut Sis sendiri, paling tidak, lihat dalam hati dan mendoakan ajer yang baik-baik.. tapi bila diri kita sendiri ni, di sapa, di tegur dan di tanya begitu... sedangkan kita ni dah menutup aurat kita sebaiknya, hati ni rasa sedih... kenapa begitu sekali tanggapan dan pemikirannya?.. 

Tidakkah dia tau bahawa, menutup aurat itu memang kewajiban seorang Islam?..

Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini… (sambil) Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan kepada dalil di atas, maka dijelaskan bahawa ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syarak bagi wanita itu adalah seperti berikut:
  1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.
  2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.
  3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat daripada kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.

Aku Buklan Ustazah, Tapi Aku Menutup Aurat

Bagi Sis, kesedaran tentang tanggungjawab menutup aurat itu bermula daripada diri sendiri. Untuk rasa kesedaran tu, diri sendiri perlu ada kefahaman tentang maksud sebenar-benarnya menutup aurat. Jangan ikut-ikut gaya dan cara orang. Niat perlu ada, tanpa niat, memang susah nak istiqomah. 

Dan bila mula istiqomah, akan ada ujian-ujian dan dugaan buat kita.. contohnya; macam yang Sis lalui sekarang ni laa.. kalau tak kuat, memang hati ni cepatlah berpatah balik dan memberontak juga membidas segala apa yang orang kata, tapi SABAR... Allah tu tau apa niat kita, so jangan putus asa, teruskan.. kuatkan diri untuk terus menutup aurat sebaiknya dan jangan pandang belakang.. 

Suami pun sentiasa menyokong, anak-anak juga.. kadang nak keluar rumah pun, ada masa anak tegur juga, 'mana stokin Mak?'.. Suami pun dah mula belikan tudung yang bidangnya besar, dan dah tau baju yang Sis pakai sekarang semua 'besar-besar'.. paling mudah Suami belikan baju jenis blouse jubah.. alhamdulilah.. 

Walau anak-anak Sis sendiri pun tidak menutup aurat dengan sempurna, Sis sendiri pun tidak memaksa, tegur supaya beringat tu ada, tapi nak paksa-paksa ni, bukan cara yang betul.. akan tiba masanya nanti, tau laa mereka sedar akan kesedaran menutup aurat.. janji tidaklah pemakaian anak-anak Sis tu terlalu 'bolos'.. 

Semuanya terpulang pada diri memasing, bagi Sis... inilah Sis sekarang...

Aku Buklan Ustazah, Tapi Aku Menutup Aurat

Biarlah apa orang nak kata ke, yang penting, Sis buat semuanya kerana Allah.. tidak bangga dengan diri sendiri yang sekarang, sebab masih banyak lagi yang nak Sis perbaiki dan belajar.. yang penting istiqomah dalam solat di awal waktu dan menutup aurat dengan sempurna.. Jika ada apa-apa yang tidak selesa di mata korang, tegurlah Sis, bantulah Sis perbaiki diri ya.. 

Kalau dulu Sis 'khilaf' dalam perbuatan, maka sekarang Sis cuba perbaiki diri.. terima kasih untuk yang selalu menegur ke arah kebaikan dan juga kepada mereka yang selalu menegur secara 'sinis', dengan adanya teguran semua tu, Sis akan terus kuat untuk istiqomah perbaiki diri.. 

Sis akan sentiasa mendoakan korang agar dapat menutup aurat dengan sempurna juga.. jom kita sama-sama ke arah yang di redhai oleh Allah.. buat pelan-pelan, tak buat semua, janji buat.. 

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaallah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah, Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.


P/S: Alhamdulilah... 

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!