BELI KUIH BULAN HALAL DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

Sis Lin
6
BELI KUIH BULAN HALAL DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | Chinese Festival Mid-Autumn atau lebih di kenali dengan Pesta Kuih Bulan sememangnya di tunggu-tunggu oleh kaum Cina yang meraikan. Ianya kerana pada perayaan inilah mereka dapat menikmati kuih bulan dengan pelbagai citarasa dari segi rasa, bentuk dan juga pembuatannya. 

Tapi bagi mereka 'orang lama' sudah tentunya, mereka lebih suka akan pembuatan tangan atau handmade secara lama yang di gunakan sejak dahulu lagi untuk kekalkan cara dan rasa kuih-bulan itu tersendiri. Yaa nak dapatkan yang betul-betul pembuatan tangan memang susah, sila-silap beli di luar sana semuanya proses mesin dari kilang. 

Tapi korang jangan risau, di Renaisaance Johor Bahru Hotel, seperti tahun-tahun yang lalu juga, di sini mereka menjual kuih bulan Halal dengan pembuatan tangan secara tradisi lama yang memang di kekalkan sejak dulu lagi oleh Chef De Partie, Lim Pei Shi dari Wan Li Chinese Restaurant. Resepi yang di gunakan juga adalah resepi tradisi dan di bakar dengan menggunakan pembakaran panggang bagi mengekalkan rasa dan kualiti kuih bulan itu. 

Beli Kuih Bulan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Beli Kuih Bulan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Baru-baru ini juga Sis berpeluang menyaksikan sendiri demontrasi pembuatan kuih bulan ini bersama-sama media yang lain untuk melihat secara dekat bagaimana ianya di buat oleh Chef itu sendiri. Memang ternyata step by step yang di tunjukkan semuanya menggunakan tangan hingga berdenggung telinga bila ketukan acuan di ketuk bagi mengeluarkan kuih bulan itu dari acuannya hahahaha.. 

Ternyata bukan mudah okay pembuatannya, sebab itulah kuih bulan tradisi di Renaissance di jual agak mahal, berbanding yang di jual di luar sana. Ianya ada kualitinya tersendiri. Masa tengok pelakon AiditNoh tu mencuba buat pun, kemain gigih dia menguli adunan dan mengetuk, tapi dengan tunjuk ajar Chef, berjaya juga Aidit siapkan seketul kuih bulan buatan tangannya sendiri, hehehehe.. 

Lihat video demo pembuatan Moon Cake handmade by Chef di REEL IG akusislin 

Beli Kuih Bulan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Beli Kuih Bulan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Pelakon AiditNoh adalah salah seorang yang menjadi special guest appearance pada petang itu.

Semua kuih bulannya adalah buatan tangan dan dibuat setiap hari dengan bahan-bahan semulajadi yang segar dan berkualiti tanpa pengawet. Ini termasuk Pure Lotus Paste, Lotus Paste dengan Yolk Single, Lotus Paste dengan Double Yolk, Paste Teh Hijau dengan Yolk Single, Jade Custard, Buah & Kacang Assorted dan Paste Bean Merah.

Antara pilhan yang Sis suka adalah Paste Bean Merah, Lotus Paste dengan Yolk Single, Jade Custard dan juga Buah & Kacang Assorted. Jenis ni memang mesti cuba, sedap wokeyyy.. setiap kali di beri pilihan, yang itu juga Sis akan pilih hehehe. 

Beli Kuih Bulan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Tapi sekarang kebanyakkannya mereka lebih gemarkan yang 'Snow Skin Mooncakes (Kulit Salji)', ianya lebih lembut, dan isi dalamnya fresh, dan ada pelbagai perasa, lebih-lebih lagi ada perasa durian, sangat sedap!. Bentuknya pun comel, kecik dan cute sangat hehehe.

Jenis-jenis Mooncake Snow Skin yang dibuat termasuk Durian Truffle, Pearl Dark Chocolate Crunchy, Kopi Truffle, Taro Paste Truffle, Teh Hijau Matcha Truffle, Truffle Buah Passion, Peppermint Chocolate Truffle, Strawberry Frizzy Truffle dan Lemon Truffle. 

Bezanya kalau korang beli jenis snow skin ni, korang kenalah simpan dalam peti sejuk yaa. Kalau tak nanti teskstur dia jadi lembik dan kurang sedap.. So kalau beli kena cepat makannya, taknak makan, sila simpan dalam peti sejuk. 

Beli Kuih Bulan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Jadi korang kalau nak dapatkan kuih bulan tradisi buatan tangan di Renaissance Johor Bahru Hotel ni, korang boleh beli kuih bulan halal di ruang Lobby Renaissance Johor Bahru Hotel. Memang sangat puashati rasanya dan harganya berbaloi-baloi! Nak cari kuih bulan sedap dan halal, datanglah sini beli ya. Sis dah cubanya dan Sis adalah penggemar kuih bulan itu. Bagi korang yang sukakannya mesti suka!

Set Traditional Baked Mooncake : Bermula dari RM128 nett (4 biji dalam satu set)
Set Snow Skin Mooncake: RM128 nett. (8 biji dalam satu set)
Durian truffle : RM148 nett (8 biji dalam satu set)

Korang boleh beli dan dapatkan diskaun harga pembelian awal bermula sekarang. 

Beli Kuih Bulan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Nah sekeping gambar, bukti hadirrrrr hahahahaha ..

Beli Kuih Bulan Halal Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Enjoy the discounts for the purchase of the mooncake on a single receipt;

🥮 10% discount for 𝗘𝗔𝗥𝗟𝗬 𝗕𝗜𝗥𝗗 purchase from now until 11 August 2022
🥮 15% discount for purchase above 25 boxes
🥮 25% discount for purchase above 100 boxes
🥮 15% discount for Club Renaissance Johor Bahru
🥮 Up to 20% discount for Marriott Bonvoy Member

☎️ For any pre-order and more information, please call +6073813333 from 11am to 8pm.
🚚 𝙁𝙍𝙀𝙀 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙑𝙀𝙍𝙔 within 𝙎𝙀𝙑𝙀𝙉 business days for all states except Sabah and Sarawak if order via WhatsApp Business at https://wa.me/c/60127719056

💻 Renaissance Johor Bahru Hotel’s handcrafted mooncakes also available on Shopee, Lazada, Oddle till 10 September 2022.

🌐 Visit www.wanlichineserestaurant.com and sign up for exclusive updates and special deals to stay in the know.



P/S: Kalau atuk Cina Sis dulu, dia buat sejenis aja, tapi sekarang, perghh meriah kan kuih bulan.. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Pernah sekali kot beli kuih bulan, dah berapa tahun dulu. masa tu tak banyak pilihan kuih bulan halal. Sekarang dah banyak ... tapi tak beli juga lagi.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul Zarida, dulu pun kalau makan hanya yang tradisi moon cake jer, now dah banyak pilihan, snow skin tu sedap...

      حذف
  2. suka yg ada biji lotus dengan salted egg yolk kat tengah2 tu. yg snow skin pun sedap :P

    ردحذف
    الردود
    1. Samalah Karni, Sis uka semua kuih bulan tradisi dia, semua sedap-sedap...

      حذف
  3. wow siap ada pelakon.. kuih bulan mmg sedap

    ردحذف
    الردود
    1. Iyerr tetamu undangan petang tu, rezeki..
      Sedapkan Raz...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!