BERBUKA PUASA TARWIYAH DI HOTEL BERSAMA KAWAN-KAWAN MEDIA

Sis Lin
6
BERBUKA PUASA TARWIYAH DI HOTEL BERSAMA KAWAN-KAWAN MEDIA | ALHAMDULILAH semalam dapat Sis berpuasa Tarwiyah hingga selesai dan bersyukurlah dapat berbuka puasa di Renaissance Johor Bahru Hotel bersama kawan-kawan lain. Kebetulan malam semalam ada undangan Food Review di sana, so apalagi, berbuka puasa ala kayangan lerr kita hehehehe.. 

Agak lama tak ke Renaissance ni, serba serbi presentation di Cafe BLD ni dah baru, termasuk General Managernya juga sudah orang baru. Menu-menunya jangan cakap lerr, sentiasa meriah sesajer sana sini di hidangkan, yang tu nanti Sis cerita laa ekkk.. 

Dan semalam dapatlah berjumpa kengkawan media lain termasuk team Sis Jdt Blogger dan JOCOM Lebih-lebih lagi dak Sunah Sakura dan juga The Faiz Ibrahim haa.. Maklumlah yang Sunah sibuk dengan melapis Kek Sarawak dia untuk tempahan Hari Raya Haji ni, dan Faiz Ibrahim pulak sejak dah ada anak ni, lagi bertambah sibuk dia hahahaha.. 

Semalam pun dah alang-alang jumpa Sunah, sekali juga Sunah bawa Kek Lapis Sis yang Sis order. Nona juga ada order, so Sunah bawalah semalam, jimat kos penghantaran COD ek hahahaha.. bila dah dia yang hantar, apalagi, siap pakej sayur-sayuran tanaman di kebunnya dan juga pokok keladinya laa dia bagi Sis hahahaha.. 

Berbuka Puasa Tarwiyah Di Hotel Bersama Kawan-Kawan Media

Berbuka Puasa Tarwiyah Di Hotel Bersama Kawan-Kawan Media

Tiberr terliur pulak Biryani Maqlubah tu, adeiii... yaaa inshaallah harini Sis puasa Arafah juga ni, jika Allah izinkan, sampailah petang nanti, moga bertahan laa hendaknya. Sekarang cuaca panasnya jadikan badan keletihan rasa. Semalam tu okay jer sebab Sis buka aircond di hall dan juga di bilik, so sejuk laaa sikit kan hehehehe..

Memang bulan ni duit bil elektrik naik laa sikit, mana tak aircond ON sentiasa, hurmmm.. apa nak buat, dah surirumah kan, duduk rumah, kalau Suami bising, okay kita pindah dalam hutan hahahahaha.. 

Makan apa Sis semalam? Hahahaha ni kalau sapa tanya soalan ni, memang sukar nak jawab, sebab dalam pinggan Sis macam-macam ado ko. Apa yang terlihat sedap, semua Sis ceduk, termasuklah Biryani Maqlubah tu. Kambing dia mantol gilerrr.. 

[Baca Juga] : 

Berbuka Puasa Tarwiyah Di Hotel Bersama Kawan-Kawan Media

Berbuka Puasa Tarwiyah Di Hotel Bersama Kawan-Kawan Media

Hahahaha amekkawww, penuh sepinggan gitu, tapi lauk sesajerr, nasinya hanya sesudu ajerrr buat rasa-rasa, yang lain semua Sis makan ratah lauk jer, sebab nak mencuba semua yang ada kan.. tu pun makan suku dah kenyang perut oiiii adeiiii.. 

Tapi yang buat tumpuan anak tekak Sis kalau datang makan buffet di Renaissance ni, tak lain tak bukan Seafood On Ice dia laaa.. betapa nikmat dan freshnya laaa korang nengok tuuu.. Oyster dia besau gilerrr, sampaikan semalam Sis pun takut nak makan oii, takut terbelahak keluar pulak dari tekak, sebab besau beno hahahaha.. 

Tapi lain-lain binatang tu semua Sis makan hehehe.. enjoy gilerr buka puasa Sis semalam. alhamdulilah.. 

Berbuka Puasa Tarwiyah Di Hotel Bersama Kawan-Kawan Media

Yang bertanya-tanya di di IGs akusislin semalam, yaaa buffet dia dah start dah bermula awal Julai lepas, dan akan berlangsung sehingga akhir September. Hari-hari juga ada buffetnya.. cuma menu Oyster tu jer hanya ada pada hari Jumaat Sabtu sahaja.. hari lain Oyster takde yaaa..

Sebab tu Sis susah nak sebut menu-menu apa Sis makan, sebab menunya akan bertukar hari-hari, so nasib laa harini ko datang ada Biryani tu, esok datang menu lain pulak, lusa datang ehhh dah lain lagi hahahaha.. ye laa takkan menu sama jer kannn.. 

Apa-apa details dan sebarang pertanyaan, korang boleh ke website Renaissance Johor Bahru Hotel, atau buat tempahan meja korang di --> http://bit.ly/TableAppCafeBLD 

Dan tak lupa juga Sis nak ucapkan, salam perkenalan Mr Kanit Sangmookda, General Manager terbaru dan terkini di Renaissance. Very sporting dan 'mesra alam' orangnya.. hehehehe.. dan lupa juga Sis nak mention sebelum korang tanya, status Halal di Cafe BLD ni adalah HALAL yaa.. sekian.. 


P/S: Alhamdulilah, syukur atas segala nikmat Allah swt ❤

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. alhamdulillah, dapat pun berjumpa dan bergosip hihihi..nampak benor rindu aku, ada banyak nama aku dalam entri ni wakakakakak

    ردحذف
  2. Sedap behtul menu berbuka kamu sis Lin!
    Okay, ada selit nama i..tibberr..HAHAHA..
    Macam macam sumbat, sebab semua sedap!

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha rezeki jangan di tolak Non, pulun habis...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!