BILA SUAMI RAJIN KE DAPUR MEMASAK | BIASANYA kalau Isteri rajin semacam, mesti ada udang sebalik batu kan, tapi kalau Suami pulak rajin semacam? Jeng jeng jeng... mesti ada benda yang tak kena ekkk, hurmmmm ... tapi bak kata anak-anak Sis, 'jangan-jangan Ayah mimpi di kejar Mak malam tadi' hahahaha apa kena mengena dengan mimpi tu pulak? LOL tau anak-anak ni..
Kesahnya dari Khamis lepas hingga semalam, anak sulung Sis balik Johor, so apalagi, memang banyaklah program dan urusan kami anak beranak yang nak di settlekan dalam beberapa hari tu juga. Memang sibuk betul Sis, tu yang korang tengok blog pun sepi dah berapa hari ni tak update. Kita utamakan keluarga dulu.
Bila dah sibuk ke sana ke sini, mood nak memasak pun jadi malas, badan letih dan mata nak tido ajerr kalau dah lepas mandi dan berehat, tiba-tiba Ayahnya buka mulut pada malam Sabtu tu, 'Okay harini biar Ayah masak'.. anak-anak yang mendengar be like.... 'yerr jerr Ayah nak masak' hahahaha..
[Baca Juga] :
Ikan Goreng Sambal Kicap
Kebetulan baru-baru ni Suami pergi memancing, ada dapat ikan Jenahak dan Siakap, so Suami masaklah ikan tu dua ekor, beserta dengan menu ayam sekali dan juga sayur. Siap pergi kedai membeli bahan yang nak di masak, kemain rajin ekk..
Anak tanya, 'Ayah nak masak apa?'.. Ayahnya jawab, 'rahasia, pi duduk depan jangan kacau' hahahaha.. tapi Maknya duduk dapur membantu siapkan bahan dan juga mengemas. Yeee orang lelaki kalau masak, kita kena tunggu dapur di samping dia, kalau tidak, aduiii kecahlah dapur Sis tu oiii.. jenis orang lelaki masak tak macam kita, sekali masak sekali kemas, tapi mereka suka biar jerrr, habis masak baru kemas, ohhhh Sis tak boleh.. sakit mata i okay...
Ayam Goreng Halia
Untuk malam tu, Suami masak Ikan Goreng Sambal Kicap, Ayam Goreng Halia dan juga Sayur Goreng Campur untuk makan malam kami pada Sabtu malam tu. Memang Sis tak larat lerr nak masak, seharian tu penat ke sana ke sini. Mulanya anak Sis kata nak ajak Ayahnya makan di Carabao, tapi dah Ayahnya offer diri nak memasak, so kami makan di rumah aja laa..
Ingatkan nak rehat juga, tapi ehhh kena juga turun dapur membantu hahahaha.. nasib baik anak-anak ada juga menantu, so merekalah tolong kemas dan mencuci semua selepas habis memasak dan makan malam. Sis cuma bantu Suami masa memasak dan menghidang aja, lain semua anak buat.
Sayur Goreng Campur
Lepas makan, kami lepak tengok TV ramai-ramai sambil berbincang lagi apa rancangan seterusnya kami sekeluarga. Alhamdulilah, dah 30% settle juga urusan kami, selebihnya kena buat secara perlahan-perlahan tapi dengan teratur.. MOga Allah permudahkan semua urusannya buat kami sekeluarga..
Semalam anak sulung Sis dah pulang ke Shah alam, sempatlah kami pergi sarapan dulu sebelum ke Kota Tinggi menziarah kematian Ayah kepada besan Sis semalam. Yana dan menantu pun sekali jalan dengan Sis semalam ke sana. Moga keluarga besan sabar tabah menghadapi ujian dari Allah.. setiap yang hidup, pasti akan mati..
Apa-apa pun, bila Suami rajin ke dapur memasak, kita sebagai isteri kena bersyukurlah, sekurangnya Suami kita tu tau lerr memasak hahahaha.. jangan tau makan jerr, dah satu hal makan, pinggan sebiji pun malas nak angkat ke sink kann.. ko jangan ingat takde yang macamtu. adaaaa... kalau kena Suami dan anak menantu Sis buat camtu, memang kena sound direct gan Sis.. maklumlah Sis kan 'rimau jadian', cuma tak serang orang jer.. kalau serang, habis bergegar Taman Rinting tu okay..
P/S: Harini nak masak asam pedas hehehehe..
Jun pun klu saya datang senggugut ke, pening ke. Dia masuk dapur masak sendiri. Tapi harus redha dan bersyukur la lauknya telur goreng dgn sayur tumis je hehe. Doakan dia terbuka hati nak beli thermomix sebijik supaya boleh masak macam2 resipi lagi, aminnn….
ReplyDeleteWowww thermomix gituu. lagi mudah kerja dapur.. Sis doakan Karni berjaya mendapatkannya hehehe
DeleteSaya tak rajin memasak, tapi rajin basuh pinggan mangkuk wajib clear sinki sebelum tengah malam. Boleh tak gitu? Dan every time isteri memasak, kita ucapkan alhamdulllah, sedap masak.. depan anak-anak. Haaaa, puji tu mesti.
ReplyDeleteBagus GB, saling membantu jer dah syukur dah..
DeleteKalau laki memasak, kena urut dada lebih sambil banyak2 istighfar.
ReplyDeleteHahaha akak pun faham kan hahahaha
DeleteFuhhh... mengancam menunya sis... kalau sy en suami selalu ckp jom mkn luar je.. nk masak nya mmg xde la... hahaha
ReplyDeleteIyerr sesekali kalau Suami ke dapur memang gitu lerrr
Deleteperghh ikan goreng tu nampak menyelerakan :D ...
ReplyDeleteSenang jerr Ret, goreng then curah kicap cili perah asam limau..
Delete