DRAMA RISIK PADA HATI MENGUSIK JIWA SEORANG ISTERI!

Sis Lin
14
DRAMA RISIK PADA HATI MENGUSIK JIWA SEORANG ISTERI! | DARI mula episod-1 hingga dalam beberapa episod seminggu tu, jiwa dan hati Sis ni masih okay lagi bila tonton, masuk jer bab 'pengorbanan seorang isteri' yang rela di madukan tu, Sis dah tak boleh tahan dah, episod dia buat hati seorang isteri ni menangis.. 

Drama Risik Pada Hati menampilkan barisan pelakon seperti Aliff Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Shiqin Kamal, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Izzue Islam, Shazia Rozaini, Haleeda Mazlein, Rahim Omar, Nazs Sally dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama Risik Pada Hati karya Hani Ramsul. 

Drama ni mula di tayangkan pada 27 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 malam di slot Akasia di TV3 atau korang boleh strim secara online di aplikasi Disney+ Hotstar atau di www.hotstar.com/my. Bagi korang yang dah tontonnya, memang episod-episod minggu lepas sangat menyentuh hati.. geram tu takde, tapi tersentuh 'jiwa' Sis. 

Biasalah Sis ni Suami kata kalau tengok drama macam Sis sendiri yang berlakon, menjiwai watak mengalahkan pelakon kata Suami hahaha.. maunya takkk.. kalau dah kisah drama ni sangat menguji kesabaran seorang isteri dan juga pengorbanan yang bukan semua isteri boleh buat ya...

Drama Risik Pada Hati Mengusik Jiwa Seorang Isteri

Tanyalah beribu-beribu isteri di luar sana, siapa jer yang rela dan redha di madukan? Sebab anak? Mungkin ada satu antara seribu laaa yang sanggup buat pengorbanan macamtu.. memang kalau seorang isteri tu sanggup berkorban untuk Suaminya, besar ganjarannya tapi... dalam berbagi kasih sayang, korang ingat semudah tu kerr nak terima bulat-bulat?.. yang duduk di tempat yang merasainya jer yang boleh faham, kita ni mampu kata 'tak apa'... 

Entahlah susah nak kata.. sedangkan kalau Suami curang pun Isteri dah amuk macam letupan gunung berapi, inikan pulak nak redha izin Suami kahwin lain?.. bukan melawan kehendak takdir, tapi banyak lagi cara lain yang boleh di usahakan dari melukakan hati seorang isteri tu.. kesudahannya, tunggu je laa apa kesudahan episod drama Risik Pada Hati ni.. tapi memang Sis seorang isteri, tidak sekuat watak Hayfa yang macam drama tu laaa... 

Drama Risik Pada Hati Mengusik Jiwa Seorang Isteri

Sinopsis Drama Risik Pada Hati

Drama Risik Pada Hati menampilkan barisan pelakon seperti Aliff Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya, Shiqin Kamal, Ifa Raziah, Trisha Ooi, Izzue Islam, Shazia Rozaini, Haleeda Mazlein, Rahim Omar, Nazs Sally dan ramai lagi.

Alif Satar sebagai Adam
Ummi Nazeera sebagai Hayfa
Zara Zya sebagai Aisya
Shiqin Kamal sebagai Suhara
Izzue Islam sebagai Nazim
Trisha Ooi sebagai Erra
Nazs Sally sebagai Nurhan
Ifa Raziah sebagai Mak Ngah Diba

Ianya mengisahkan tentang tiga hati yang berkongsi rasa iaitu Adam, Hayfa dan Aisya. Hayfa dan Adam bertahun lama menyemai cinta pastinya inginkan zuriat untuk menyerikan lagi rumah tangga. Sekian lama berusaha, namun masih belum diizinkan Tuhan.

Hayfa seorang yang sangat tabah dan cekal jiwanya. Walaupun sering di hina, digelar mandul oleh ibu saudara Adam. Dia tetap bersabar dan syukur yang Adam sentiasa berada disisinya.

Suatu hari, Hayfa yang terlalu menyayangi Adam, demi kebahagian mereka bersama, Hayfa meminta Adam untuk berkahwin demi memiliki zuriat. Hasrat yang pada mulanya ditentang oleh Adam dan keluarga mertuanya akhirnya diterima baik oleh Adam. Adam menerima Aisya dalam hidupnya.

Setahun berlalu hidup mereka aman damai. Adam cuba berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab pada kedua isterinya. Sehinggalah lahirnya Umar dalam hidup mereka bertiga.

Okay dah... sambung nanti dalam drama ... 


P/S: Watak Hayfa tu, kenapalah akhirnya tidak sekuat yang Sis sangka huhuhu 😭

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Di dalam kita banyak kisah realiti tentang kes penyondol dan poligami. Saya jarang-jarang kesian dengan isteri kedua. Kesian sangat kat Aisya. Walaupun pada mulanya kesian kat Hayfa tp dia yang bg suami nikah baru ssbab mereka takde anak. Kemudian Aisya hamil. Si Suhara tu kuat betul mengapi si Hayfa. Dari baik ada la rasa kecewa bermadu. Patutnya Hayfa kena kuat utk jadi baik sampai bebila. Aisya tu walaupun madu, banyak dia tolak ansur. I kenot la citer camni. Sakit otak aku kakkk. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha oii ko cite buat apa, dendiammm.. tapi entahlah mana satu nak sokong, kang salah sokong, lagi sakit hati tau sudahnya hahahaha

      Delete
  2. Betul sangat2 tu Sislin, bukan senang nak bagi laki kawen baru dgn bini no. 2. Yang bagi kebenaran tu pun agaknya dalam keadaan terpaksa (sbb tak dpt nak beranak, sbb tak keja dan tak sanggup hidup dgn title J). Saya mmg tak akan tgk citer bermadu ni, buat sakit hati je huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, dalam drama ni aduiii tak tau laa nak sokong mana, yang penting kita jadi penonton ni jadi geram keduanya hahaha

      Delete
  3. Aini pun follow cerita ni..terlepas cerita semalam..kene tgk online ni..
    Mesti tengah2 cerita nnt jadi huru hara.. perasaan kita plak makin emo..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kalau terlepas kena tengok, sebab nanti tak tau apa plak ceritanya sebelum hahaha

      Delete
  4. Ammi tak tengok kat tv tapi selalu je tertengok clips kat TikTok. Sambil-sambil ngayuh basikal dalam rumah pepetang layan jelah TikTok. Tapi macam baiknyalah si Umi Nazeera tu...tapi tengok sekerat2 ni mcm ishhh potong stim betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat TT tu selalu tunjuk scene yang mengeramkan, lagi sakit hati, kena tengok full scene baru puashati hahahaha

      Delete
  5. Replies
    1. Hahaha elok tak tengok, takut kang sakit jiwa hahahaha

      Delete
  6. selalu nampak sedutan dengan behind the scene dia kat tiktok zara zya..tapi tak pernah lagi tengok betul2..risau jugak kalo sakit hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa kalau tak tahan hati terusik, jangan tengokkkk

      Delete
  7. Ibu pun layan ni, saya yg tgk skt2 pun terusik jugak la..lakonan mantap dr semua pelakon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya Hayfa di ceraikan.. salah diri sendir juga, carikan madu, akhirnya makan diri...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!