DUA HARI YANG SIBUK KE SANA KE SINI

Sis Lin
10
DUA HARI YANG SIBUK KE SANA KE SINI | LEPAS aja Hari Raya Haji, tiba-tiba begitu sibuk sekali Sis, aduii sampaikan blog kesepian di buatnya beberapa harini, update pun hanya satu posting jerr, hurmmm.. memang tak senang duduk di buatnya kalau sehari hanya update satu posting. Ye laa dah biasa update sehari tiga empat posting, tiba dua hari ni sibuk ke sana ke sini, so update pun sekali je sehari..

Tapi sesibuk apa pun Sis, kerja di rumah tak di abaikan. Sebelum keluar siapkan masak dulu dan settlekan apa yang patut, so nanti balik rumah takde laa serabut sangat mikir kerja rumah kan.. maklum, di rumah pun ada mulut nak di suapkan, yang penting setiap langkah dengan izin Suami.. keluar pun bukan suka-suka yaa, keluar ada 'kerja'... (jangan fitnah memacam hokay)..

Kelmarin hari Rabu, Sis ke Thistle Johor Bahru Hotel, memenuhi undangan makan tengahari di sana bersama Sunah Sakura. Dan kebetulan ada beberapa orang Geng Blogger dari KL juga ada menginap di sana, makanya dapatlah kami bersama tengahari tu. 

Dua Hari Yang Sibuk Ke Sana Ke Sini

Geng Blogger tu pun, ada sorang tu, Miera Nadhirah memang Sis kenal dah, sebab pernah pergi travel sama-sama dengannya ketika FAMediatrip ke Sandakan Sabah beberapa tahun dulu. Then ada lagi tiga orang tu,Nell, Faiz dan Jujue Sis kenal melalui facebook dan instagram mereka sahaja, belum pernah berjumpa, so hari itulah pestime kami berjumpa dan duduk semeja makan bersama. 

Bila dah ke Thsitle, so dapatlah peluang untuk mencuba Buffet Retro Selera Utara mereka yang bertemakan sajian masakan orang Utara. Banyak menu yang di hidangkan. Kalau korang ada tengok REEl di IG akusislin Sis ni, mesti korang dah nampaklah kann menu-menunya.. memang meriah dan rasa pun not bad hokayy.. tu nanti Sis cerita di posting lain yaa.. 

Lepas lunch memang Sis terus balik, sebab nak kejarkan Zuhur di rumah. Balik dah penat, terus berehat ajer, tu yang takde update blog Rabu lepas.. 

Dua Hari Yang Sibuk Ke Sana Ke Sini

Then semalam pula, pepagi Sis dah keluar pergi ke Eco Botanic untuk food review bersama Geng JDT Blogger Sis di H Gourmet Cafe. Konon-kononnya pi review makanan sihat laa tu, sebab di H Gourmet ni mereka menyajikan sajian healthy food dengan pelbagai hidangan untuk mereka yang mengutamakan pemakanan sihat dan seimbang.. menarik kann..

Jujurnya Sis sendiri pestime laa makan di kedai makan yang menyajikan makanan sihat gini. Banyak juga pilihan menu yang ada.. Nampak memang macam 'berat' ajer menunya, tapi jika di kira kandungan kalori dan sebagainya, semuanya dah di 'adjust' yaa hehehehe.. korang boleh tengok video Cafenya di REEL IG akusislin ni, Cafenya memang cantik gilerr hokayyyy.. 

Dua Hari Yang Sibuk Ke Sana Ke Sini

Kalau korang nak tawu, H Gourmet Cafe tu adalah kepunyaan seorang Doktor pakar specialist Gynea @ Laparoscopic Surgery di Gleneagles Hospital, yaitu Doktor Sharifah Halimah. So bila dah makan, kenalah berjumpa dengan tuan punya kedai, tapi bukan duduk semeja di kedai, but duduk dalam bilik rawatannya hahahaha.. kemain memasing kecut perut kalau nak melangkah ke hospital ek hahahaha..

Kami semua kira bertuahlah sebab Doktor Sharifah luangkan masa bersama untuk memberi sedikit penerangan dan penjelasan terhadap masaalah kesihatan dalaman wanita dan juga pendedahan mengenai pembedahan Laparoscopy ni. Memang ramai yang tak tau mengenai pembedahan 'tebuk 3 lobang ni', so bila dapat mendengar serba sedikit, barulah masing-masing faham.

Takpe, tu nanti Sis tulis lebih lanjut mengenai Doktor Sharifah ni okay.. 

Dua Hari Yang Sibuk Ke Sana Ke Sini

Lepas selesai ajer 'kerja' kami di Gleneagles Hospital, apalagi, masa yang ada kitaorang pi singgah Mall Medini untuk minum-minum. Ye laa, sesekali bawa Mak-Mak ni berjalan, dapat keluar rumah memasing lupa diri kejap hahahaha.. so kitaorang lepak di Burger Kings aja.. 

Makan-makan minum-minum, terus kami balik, tapi sebelum balik, Sis paksa mereka jadi model bergambar, segala ceruk dan tempat Sis amik gambar mereka (nak upload semua, muntah ijo kang korang tengok) hahahahaha... apa-apa pun kami happy sokmo semalam keluar bersama.. alhamdulilah.. 

Betul kata Doktor Sharifah tu, dalam usia beliau 57 tahun yang nampak muda, cergas dan bertenaga, salah satu petuanya adalah JANGAN STRESS... hurmmm acanerr laa nak hilangkan stress ni ekkk.. tak apa kita cuba, masaalah tetap ada, tapi jangan di bawa masaalah tu jadi PENYAKIT .. 

Terima kasih Nur, Nas dan Ina yang sudi jadi peneman sekereta dari Pasir Gudang ke sana ke sini.. itulah betapa letihnya Sis dua hari yang sibuk ke sana ke sini, but i/m happy Women ❤


P/S: Nak hilangkan stress kena keluar rumah juga, duduk rumah lelama pun boleh tepu oii ... 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Patutlah sepi dari cerita-cerita menarik di blog ni... Rupanya empunya blog jalan-jalan... Tak hajak kita ye... Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Leya, dari hari kejadian ni sampai ke hari semalam, busy sokmo kita...

      Delete
  2. Bagus juga laa gini. Jangan stress selalu. Sis sibuk ke sana ke sini je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kid, masaalah ke stress ke, kita letak tepi meja hehehe

      Delete
  3. Bestnya merata2 tempat pegi makan. Pasal stress tu, hmm... dah terbiasa masa kerja dulu stress terbawak2 smp skrg. camane la nak bagi tak stress ni ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar tu pun isi masa lapang Karni, kalau duk uma jer mau stress juga kann...

      Delete
  4. Apa pun aktiviti Sis, jaga kesihatan ya.

    ReplyDelete
  5. Uiiii, busy nauuu! Moga dipermudahkan urusanmu sis, dan ceria sokmo yaaaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!