HUJAN-HUJAN PUN AKU REDAH JER SEMATA NAK PERGI MAQAN FOOD FEST! | ORANG kata hujan tu rahmat, so apa nak di kesah dengan hujan, baru hujan je kot, yang turun tu pun air, bukan batu, makanya hujan-hujan pun Sis redah jer semata nak pergi MaQan Food Fest ni, sebagai tanda sokongan kepada anak-anak muda merangkap #bestieMaqan Sis juga. Ye laa support kengkawan kan.
Sis pergi dengan anak bujang Sis. Elok plan dengan anak bujang, kita pi awal untuk elak jem. Dari Pasir Gudang cuaca panas gilerr.. tapi bila ternampak kengkawan update situasi di sana sedang hujan, alamakkk hujan ke? hurmmm... tapi memang yaa hujan, sampai je area Kempas, hujan selebatnya turun hinggalah sampai ke Plaza Angsana sana.
Mula nak duduk aja dalam kereta tunggu hujan reda, fikir punya fikir, sampai bila? Buatnya tak stop? Dah kelam kabut pulak nanti nak beli makanan sebab anak bujang nak pergi solat Jumaat. So turun jer laa, nasib baik dalam kereta ada payung.
Tapi.... ermm faham-faham je laa kalau dah hujan kan, makanya memang tak dan laa nak amik gambar, pusing dan tengok satu persatu vendor makanan yang ada. Mana nak pegang payungnya, nak elak lecaknya, nak lap kameranya, aduii serabut arr semalam huhuhu..
Cuma alhamdulilah jugalah, dalam pada hujan, dapat jugalah beli apa yang rasa tekak ni nak makan. Nak duduk makan kat sana pun, ishh dah tak terfikir dek akal, so better beli, bungkus, then bawa balik jerr makan.. selamat banyak duit Sis ko hahahahaha..
Ko bayangkan laaa, yang tak pusing habis, yang tak duduk makan situ pun beratus ringgit juga cecah beli makanan, apalagi kalau duduk situ dan pusing semua, mau bentan Sis ko terduduk situ oiii.. dan dan laa nampak semua makanan,s emuanya teringin..
Tapi memang serius arrr, walau dalam keadaan hujan, suasan meriah dia memang happening gilerrr... lain machiamm okay event Maqan Food Fest ini kali, all out habis!..
Masih ada baki lagi dua hari untuk korang kalau nak pergi lagi.. harini dan esok. Tengok pada cuaca pagi ni, di Pasir Gudang panas, tapi tak tau laa keadaan di sana. Cuma tengok live update mereka yang di sana, alhamdulilah cuaca elok je tu, better korang nak pergi, pergilah seawal dapat ya, untuk elak jem dan cuaca bertukar.
Bukti Hadirrrr hahahaha..
Datang awal, bolehlah makan sarapan, lunch dan minum petang, cop parking dan tempat duduk, boleh duduk makan sampai kenyang. Duit cash habis? Jangan risau, semua vendor ada sediakan pembayaran secara cashless hokay.. so don't worry, pastikan duit dalam bank ado hahahaha..
Aktiviti yang berlangsung pun banyak. Baik utnuk dewasa mahupun kanak-kanak. Yang bapak-bapak tu, tumpuan dia mesti di tempat show jenama kereta Honda kan, bolehlah belek-belek dan booking terus di sana.
Rumah Hantu ada, naik kereta kuda pun ada, mini Zoo pun ada dan juga pelbagai kuiz cabutan bertuah, pun ada.. dengarnya malam tadi pun ramai menunggu kemunculan PU Riz kan.. meriah suasama malam tadi, Sis mampu tengok LIVE dari IG MaQan jer..
Now hati memberontak gak ni nak pergi lagi, rasa tak puashati betul pergi semalam.. kalau boleh semua lorong Sis nak pusing oii.. agak-agak, jejak tak Sis kali ke-dua kang hahahaha.. moga ada sinar ekkk lalalalala.. *tiberrr..
So far keadaan di sana masih terkawal, yang penting korang patuh SOP, akai pelitup muka dan jaga penjarakan, utamakan kebersihan dan paling penting, jika tak sihat, sila duduk rumah aja. Jangan terdedah dengan orang ramai, takut nanti, kita ni jadi pembawa penyakit pada orang lain okay.. #SisPesanAje.
Korang yang nak tengok semua aktivit di sana dan semua vendor-vendor makanan yang ada di sana, korang bolehlah follow facebook MaQan dan juga instagram MaQan Food Fest. Selamat makan-makan buat korang semua..
Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 013 405 2008 (Atikah).
📆 29 Julai - 31 Julai 2022 (Jumaat - Ahad)
📍Padang B, Angsana Johor Bahru Mall
⏰ 11.00 Pagi - 11.00 Malam (Setiap Hari)
☎️ 013 405 2008 (Whatsapp)
P/S: Terbayang-bayang Sis ko Vendor Jerukkkk dia, arghhhh... *akhirnya dapat juga makan Bakso Beranak tuuu, sodap...
Pagi ni pn is3, anak2 dan menantu wak terjah ke sana
ردحذفWaaa jauh tu datang, Wak tak ikut ke? hehehehe
حذفBila tgk gambar2 Sislin, teringat pasar ramadhan kat Johor. Rinduuuu
ردحذفKann,, memang dah macam bazar ramadhan Karni...
حذفWahhh, meriah bak hang.. Nasib la tak ke sana, mau berpuasa hujung bulan. Haha
ردحذفTau takpe, meriah happening gilerrr...
حذفOh..kalau Ida memang tak g dah kalau nak hadap hujan mcm ni..nasiblah anak kak lin dh besar..hehe
ردحذفHehehe yaaa kali ni entah nape, nak sangat pergi.. geram nengok makanan viral banyak nau...
حذف