JOM MAKAN MALAM BUFFET DISCOVER MALAYSIA DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

Sis Lin
4
JOM MAKAN MALAM BUFFET DISCOVER MALAYSIA DI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL | RASANYA macam lama betul tak makan buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel ni kan, last Sis makan di sana ketika berbuka puasa menyambut birthday anak bujang Sis. Masa tu jangan cakaplah, tak pernahnya tak ramai orang kalau makan di Cafe BLD dia, sentiasa fullhouse. 

Tapi korang jangan risau, ramai macam mana pun, SOP tetap mereka jaga dan limited seat ajer yang boleh walk-in, sebab yang booking secara online pun tak putus-putus, so kalau nak walk-in, nasiblah kalau ada kekosogan. Bertambah pulak sejak dapur Cafe BLD ni dah dapat sijil HALAL, lagi meriah orang datang makan. Kalau tak, ada jerr mempersoalkan statusnya kan.. 

Dan terkini, makan malam buffet mereka kembali lagi. Ini kali korang boleh makan nikmati buffet mereka pada setiap hari bermula awal bulan Julai sehingga penghujung bulan September nanti. Bertemakan Discover Malaysia, menu-menunya korang akan dapat merasai dari pelbagai citarasa dari pelbagai negara dan juga pelbagai jenis menu. Memang meriah oii.. 

Jom Makan Malam Buffet Discover Malaysia Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Jom Makan Malam Buffet Discover Malaysia Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Jom Makan Malam Buffet Discover Malaysia Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Baru-baru ni Sis berkesempatan juga untuk menikmati makan malam buffet Discover Malaysia mereka dan ternyata memang ada sedikit kelainan yang di ketengahkan untuk buffet kali ni. Sis duk perhatikan menu-menu kali ni sangat mengugat selera yaa, tidak terlalu fokus pada satu negara tapi mereka hidangkan kesemua menu dengan pelbagai pilihan menu hinggakan sampai ke negara Arab daa.. hahahaha.. 

Tapi yang jadi tumpuan Sis dan juga tumpuan orang ketika tu, mana lagi kalau bukan kaunter Seafood On Ice mereka, perghh kemain seksi Oyster posing.. kalau makan buffet di sini, memang tak lepaskan peluang untuk makan Oyster mereka. Saiz Oyster dia kemain besau dan segar giler... memang kalau sekali sedut, penuh dalam mulut oiii, memang fresh betul.. TAPI ... Oyster ni hanya ada pada hari Jumaat dan Sabtu aja ya, hari lain tidak ada, so jangan ko datang hari lain tercari-cari Oyster tu okay. 

Untuk menu-menu lainnya, Sis tertarik dengan pilihan menu 'main course' mereka. Waaa ini kali ada menu Asam Pedas Ikan Mayong dan juga Daging Salai Lomak Cili Api, memang Johorean sangat laa kalau nampak tercidukk Sis ko, mesti nak ceduk makan yaa.. memang puashati lerr makannya. 

Jom Makan Malam Buffet Discover Malaysia Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Jom Makan Malam Buffet Discover Malaysia Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Jom Makan Malam Buffet Discover Malaysia Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Selain tu ada juga menu kegemaran Sis, apalagi kalau bukan Laksa Johor.. tapi, ini kali lupa nak ceduk rasa, tu laa asyik melayan Oyster sampai lupa nak makan Laksa Johor, nasib baik tak tersandung kaki kat depan Cafe yerkk hahahaha.. Bukan apa, sebenarnya dah kenyang sangat weii, makan banyak sangat, sampai overload, nasib baik pakai jubah hahahaha.. 

Korang yang suka masakan dan menu India pun ada juga kaunter di sediakan, ada Roti Nan, Ayam Tandori, Kambing Masala, Dalca, dan banyak lagi lerr.. pilih jerr la nak makan apa. Begitu juga yang suka ala-ala menu Jepun, mana laa tau korang diet, ada di hidangkan aneka jenis Shushi termasuk Orinigari, sekali telan, kenyang sejam hahahaha.. 

Kaunter pencuci mulutnya pun banyakkk pilihan, ini kali ada Kuih Lapis Durian, Kuih Tai Tai (pestime rasa), Bubur Cha-Cha, aneka kek dan juga Sup Cendawan, pun ado, boleh makan cecah dengan roti keras. Ehh memang banyak laaa.. susah nak pilih kalau nak makan, last-last ceduk buah ajer laa hahahaha.. 

Jom Makan Malam Buffet Discover Malaysia Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Jom Makan Malam Buffet Discover Malaysia Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Jom Makan Malam Buffet Discover Malaysia Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Tapi kan, yang paling Sis nak rekeman korang makan adalah Pizza Laksa Johor dia, nama begitu unikkan? ada ke Laksa Johor di buat pizza, tapi korang cuba, sedap juga okay.. lain dari lain, takde jual tempat lain, kat Cafe BLD jer ada.. bijak idea Chef ni kan, Laksa Johor pun boleh buat pizza hehehehe..lepas ni jangan pulak ada pizza Soto ekk kuikuikui.. 

Apa-apa pun memang makan malam buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel ni tak pernahnya tak puas. Bayar harga mahal sekalipun, makanan dan rasanya cukup berbaloi. Kalau jenis kuat makan, memang boleh makan laa semuanya. 5 jam yang ada tu, korang boleh makan sepuasnya, walau dah kenyang, ko duduklah makan sampai Cafe tutup ek hahahaha.. jangan sampai kena halau ye sudah hohoho.. 

Korang yang nak mencubanya, bolehlah baca details di bawah yang Sis sediakan. Sedap tu subjektif, sedap di tekak Sis, tak semestinya sedap kat tekak korang, so datang makan sendiri dan rasai kesedapannya.. kalau dah lebih dari 400 jenis menu di sediakan, ko kata tak cukup makan, hurmmm memang tak tau lerr Sis nak cakap yer.. ko kunyah ke ko telan? Hahahaha.. 

Jom Makan Malam Buffet Discover Malaysia Di Renaissance Johor Bahru Hotel


Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh ke Facebook Page akusislin di atas, atau klik di SINI okay.. atau Lihat video IG REEL akusislin sepenuhnya di SINI 

Buffet Dinner Discover Malaysia
Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru

Harga buffet :
Bermula Julai hingga September
Dari Jam 6.30pm hingga 10pm (SETIAP HARI)

Weekdays (Ahad - Khamis) : 
- RM98nett Dewasa
- RM49nett Kanak-kanak (6 tahun - 12 tahun)

Weekend (Jumaat & Sabtu) : 
- RM138nett Dewasa
- RM69nett Kanak-kanak (6 tahun - 12 tahun)

Kanak-kanak bawah 6 tahun makan PERCUMA
35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member


INGAT, hari Jumaat dan Sabtu je Oyster, hari lain takde yaaa... 


P/S: Nak menaip pun telan air liur hahahaha.. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sedapp belaka...Selain sedap, ianya halal fan bersih.. of course la jadi pilihan ramai selaluu

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Nona, makan di Renaisaance memang tak pernah mengecewakan...

      حذف
  2. semua sedap-sedap, tak pernah mengecewakan..

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Sunn.. walau mahal orang kata, tapi sangat berbaloi...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!