JUAL BELI CEDOK-CEDOK ONLINE TU HARAM?

Sis Lin
19
JUAL BELI CEDOK-CEDOK ONLINE TU HARAM? | VIRAL dua tiga hari ni mengenai jual beli cedok-cedok di TikTok, Facebook dan juga Instagram. Jangan kata korang, dengan Sis sekali tercidukkk oii hahahaha.. ajerr giler kalau duk depan handphone tengok seller semua menjual cara cedok-cedok ni. 

Mulanya memang Sis tak terlibat dengan benda viral ni, maklumlah Sis mana ada TikTok, tapi Sis tau pasal cedok-cedok ni bila tengok LIVE Dato Seri Vida. Memang gilerrr ar DSV tu buat jualan cedok-cedok dia, Sis ajer dah dua kali oii beli cedok-cedok dia. Dengan apa yang dia cedok dan apa yang kita dapat dari cedok tu, berbaloi gilerrr.. ye laa produk DSV kan mahal.. 

Kalau dengan DSV, awal dulu Sis join, sekali cedok RM68, now bila dah mula ramai mencedok dengannya, DSV dah naik harga, dari RM68 tu dah jadi RM78, then  malam tadi Sis tengok, ehhh dah naik lagi jadi RM88.. hahahaha untunglah sapa yang awal terciduk dapat harga murah tu yaaa.. 

Niat join tu saja-saja jerr, lagipun produk dia bagus, harga pun mahal, so bila DSV offer harga cedok macamtu, macam tak masuk dek akal pulak.. ikut rezeki memasing laaa..lagi satu yang bagusnya, DSV tak lokek, kalau secedok dia kaut dapat sikit, dia tambah lagi produknya, bagus betul, katanya 'sedekah'.. siap cakap, 'kalau nak jual balik, jual laa, rezeki buat mu', katanya hahahaha.. 

Akan tetapi, semalam di facebook, Sis terbaca laa mengenai hukun cedok-cedok dalam jualan online ni adalah haram, sama macam kita berjudi, di mana ada sesaorang menulis mengenainya, katanya HARAM sebab ada unsur berjudi dalam jualan. Kita yang tak tau ni jadi terkejut laa, sebab kita dah sama terlibat, tertanya-tanya betul ke idok ke, terus panas dalam group wahtsapp malam tadi memasing share, Sis hanya mampu scroll membaca ajerr..

Dan pagi ni Sis cuba membaca dan fahamkan sendiri, apa yang di katakan haram dalam urusan jual beli cedok-cedok tu.. ternyata memang benar .. korang yang tak jelas, bolehlah cuba baca apa yang Sis kongsikan ni.. tak apa kita tak tau, kita amik peduli, dah tau, kita elakkan.. jangan dah tau, kita terus mencedok huhuhuhu.. 

Jual Beli Cedok-Cedok Online Tu Haram?

Yang menjadikan cedok-cedok online tu haram sebab ada unsur Gharar. Gharar ialah istilah bahasa Arab yang bermaksud "penipuan nyata sebagai satu helah penjual untuk mengaut untung yang tidak sepatutnya". Unsur negatif dalam muamalat Islam yang dilarang dalam Islam ialah gharar. Ringkasnya gharar merujuk kepada ketidakpastian yang berlaku dalam akad.

Dalam memberikan takrif gharar, fuqaha terdahulu menyebut tentang tiada kemampuan membuat serahan barang jualan atau ketidakpastian sama ada sesuatu itu akan berlaku atau tidak, seperti menjual burung yang terbang di udara, atau sesuatu yang tidak diketahui kuantiti dan kadarnya.

Antara dalil pengharaman gharar adalah hadis daripada Abu Hurairah R.A yang berkata:

“Rasulullah SAW melarang jual beli al-hasah (mana-mana yang terkena lontaran batu adalah terjual) dan jual beli gharar.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam perbahasan fuqaha, gharar terbahagi kepada dua iaitu ketidakpastian yang banyak (gharar fahish) dan ketidakpastian yang sedikit (gharar yasir). Contoh gharar fahish adalah menjual ikan yang ada dalam kolam. Sementara contoh gharar yasir adalah menjual buah epal secara bilangan di mana ada perbezaan saiz yang tidak ketara sangat.

Fuqaha bersepakat bahawa gharar fahish jika berlaku dalam akad pertukaran seperti akad jual beli dan sewaan, maka kontrak akan batal. Namun jika berlaku dalam akad yang tiada pertukaran seperti akad hibah misalnya, ada perselisihan pandangan.

Asas larangan gharar fahish ini adalah kerana ia boleh membawa kepada pertelingkahan sesama manusia sedangkan pergaduhan dilarang dalam Islam. Kaedah meletakkan tanda harga jualan pada harga lain tetapi yang memerlukan pelanggan membayar harga lebih tinggi adalah haram.

Ini kerana manusia secara umumnya tidak mampu bertoleransi bila melibatkan gharar fahish dalam akad pertukaran. Secara fitrahnya, seseorang itu mahukan sesuatu yang setimpal dengan apa yang telah dibayar. Andai kata bayaran sudah dibuat tetapi barang tidak dapat diserahkan kepada pembeli, sudah tentu akan berlaku pertikaian antara penjual dan pembeli. Sebaliknya gharar yang sedikit biasanya manusia boleh bertoleransi seperti jual beli telur dan buah-buahan secara bilangan meskipun ada sedikit perbezaan saiz. 

Jual Beli Cedok-Cedok Online Tu Haram?

Syarat utama dalam jual beli Islam adalah wujud reda meredai antara pembeli dan penjual dan tidak ada gharar atau penipuan kalau nyata satu sen sebagai helah atau muslihat penjual untuk mengaut untung yang tidak sepatutnya. Tetapi masalahnya sekarang pengguna tidak ada pilihan hendak reda atau tidak, malah pengguna terpaksa terima sebab membabitkan keperluan asas mereka. 

Firman Allah Taala yang bermaksud:  "Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran." (Surah al-Nahl, ayat  90)

So bila kita dah tau ni, kita elakkan dan jauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang mempunyai elemen seperti gharar dan ghisy. Sambil tu kita cuba fahamkan lagi kes sebegini seperti  al-tabayyun  (meneliti) dan  al-ihtiyat  (berhati-hati) sebelum membuat sebarang pelaburan terhadap mana-mana skim yang menjanjikan keuntungan dengan cara yang mudah. Benda gini amat penting bagi mengelakkan daripada berlakunya kerosakan akidah kita. 

Maksudnya:  Menolak itu lebih diutamakan berbanding dengan mencapai kebaikan.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan rezeki yang baik kepada kita semua khususnya dalam mendepani cabaran getir kehidupan ketika ini.

Wallahu a’lam.
Sumber : Sana Sini


P/S: Semakin pelik-pelik kan, tapi bagus jugalah, so kita dah tau, kita jauhilah.. astaghfiruallah... 
Tags

Post a Comment

19Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Cedok ilmu pun bagus ni. Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah, elok ceduk ilmu boleh jadi manfaat buat orang lain kan huhuhu

      Delete
  2. Allahu...rupanya banyak lagi ilmu yang kita tak tahu..terasa diri begitu jahil..Terima kasih lin..kongsi ilmu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa MamaCella, bila dah tau gini, rupanya banyak yang kita tak tau rupanya..

      Delete
  3. Haah Sis Lin, benda dah lepas kita x tau kan...cedok2 tu SA terciduk bab kerongsang je...then SA terjebak beli telkung dan baju...cedok2 lain tu SA tengok je...so dah tau ni x yah la terciduk lagi kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann SA, benda dah terlepas, kita perbaiki ajer laaa.. nak buat macam mana, yang masih teruskan, biarlah...

      Delete
  4. alamakkk asal ako x tau pun pasal cedok cedok ni???? Nampak sgt ako masih duduk lam tempurung hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha eloklah ko tak tau dari tau, takut kang tercidukk sama hahahaha

      Delete
  5. Belum terciduk lagi, kita minat tengok orang jual live. Shopee pun dah uninstall. Tapi, bagi kitalah, kalau penjual tu yang rela, contoh cam kes DSV tu, brgnya Lin kata mahal dan berbaloi kan. Tapi kalau peniaga mengaut keuntungan, ada muslihat (yg diceduk tu kurang nilai dgn harga yg dibayar) tu dah kira menipu pembeli. Maka sebaiknya, kita berniagalah mengikut hukum yang ditentukan dalam Al-Quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. typo, ayat salah.. *kita tak minat tengok orang jual live

      Delete
    2. Yerr Kak itu laa maksudnya.. now makin naik harga ceduk, barang sama jerr.. ada yang siap bagi free gift banyak gilerr, tak tau laa nilainya macam mana pulakkan...

      Delete
  6. Syukur tak pernah tercedok lagi dengan aktiviti viral tu... Sbb? Nan hado lagi... Kot ado, terciduk jugak kot... Hahah...Papepun alhamdulillah. dapat cedok ilmu dari Sis ok cukuplah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Leya, kalau terciduk macam Sis pun tak tau nak cakap macam mana, sebab sendiri pun tak tau hukum, so dah tau, kita hentikan laaa

      Delete
  7. Yg ni mmg saya penah belajar masa ambik subjek Islamic Finance dulu. Proses jual beli kena dua-dua tau dan faham apa yang dibeli dan berapa harga jualan. Tak boleh beli barang yg kita tak tau apa yg kita akan dapat sbb ada unsur ketakpastian dan penipuan kat situ. Lagi satu, masa pegi Jepun dulu selalu perasan kat outlet2 ada jual kotak misteri. Untung nasib dapat barang mahal, kalau tak untung dapat barang murah. Ni pun sama je dgn jualan ciduk tu, bila pembeli tak tau apa yg dieorg dah bayar tu. Hukumnya pun haram jugak. Tapi akhir2 ni ada jumpa gak jualan kotak misteri kat malaysia. Harap pengguna2 muslim sedar la hukumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, ada jugalah sikit serba ilmu Karni haaa.. boleh nanti share kat blog Karni, ni pun ada yang dah tau, tetap teruskan juga jual beli ceduk tu haa.. entahlahhh...

      Delete
  8. bila dapat sambutan mulalah naikkan harga, kurangkan jumlah. Semoga diri sendiri tak terjebak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ammi, dari murah dah makin hari up pulak harganya...

      Delete
  9. sedar tak sedar, dalam kehidupan kita pun ada banyak unsur gharar dalam muamalat ni..mujur ada orang yang bertanya dan ada asatizah kita yang menerangkan, kalau tak, memang takde sape tahu kan..contohnya yang buat lelong 1 beg baju bundle, harga sama..tapi ikut nasib ada yang dapat elok, ada yang dapat tak elok..dalam insurans pun ada unsur gharar, sebab tu kita sebagai umat Islam dianjurkan ambil takaful berbanding insurans..wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Sunah, sebenarnya banyak jerr yang kita tak perasa, cuma sekarang ni dunia viral, yang viral jer mereka ketengahkan.. hurmmmm

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!