JUMAAT PERTAMA DI BULAN JULAI | ALHAMDULILAH, syukur kepada Allah masih lagi bernafas di pagi Jumaat pertama di bulan Julai ini. Harini agak lewat bukak 'opis' ni ha.. sebab kepala sakit di awal pagi tadi, so Sis sambung tido, rehat-rehat sampai rasa okay. Kebetulan tengah keuzuran, lepas tersedar Subuh, makan panadol terus jer sambung tidur. Ni semua gara-gara makan durian 3 ulas ni malam tadi adeii..
Durian pemberian Besan yang baru runtuh dari kebun, menantu hantar 4 biji. Bila dah semerbak satu rumah bau, mana boleh tahan hahahaha.. nak taknak ehhh cuit gak makan 3 ulas sebelum tidur selepas balik tengok Mat Kilau semalam. Fuhhhhh kalau di tanya, 'Best ke tak Mat Kilau tu?'.. okay tu nanti kemudian Sis cite.. yang penting, korang pi tengok sendiri.. baru boleh komplen dan komen okay..
Harini 1 Julai juga hari pertama dalam bulan islam yakni 1 Zulhijjah, bulan yang permulaan 10 harinya adalah bulan yang di cintai oleh Allah. Dan ketika ini juga sudah penuh jemaah-jemaah di bumi Haramain untuk mereka menunaikan Fardhu Haji di sana, Allahuakbar, melihatkan suasana begitu ramainya, bagaikan jiwa dan hati ini tersangat merindukanNya dan terasa diri ini turut sama berada di sana juga..
Semoga Allah permudahkan urusan para jemaah dan semoga mereka semua sihat dan dapat jalani ibadah Haji dengan penuh tawadhuk dan mendapat Haji yang Mabrur.. aamiinn..
So harini apa perancangan korang? Sis harini rasa nak rehat dan nak masak menu kegemaran diri sendiri pulak. Anak bujang plan lepas solat Jumaat dia dan kawannya nak pi tengok Mat Kilau, so hanya Sis ajer laa di rumah harini.
Ingat nak masak Asam Pedas Ikan Duri yang ikannya hasil memancing Suami baru-baru ni. Ikan baru sedap kan di masak. Rasa macam lama pulak tak masak dan kongsi menu di sini hahahaha.. kadang tu masak jerr, cuma malas nak amik gambar dan upload sini. Dalam handphone tu penuh jerr dengan gambar makanan, mood malas jerrr mai.. cuba kalau rajin, manjang cite makan ajerr ekkk hahahaha..
Tapi semalam anak Sis,Yana dan adik Sis, Mama Mia tu ada gak ajak ke Toppen. Yaa Toppen ada buat The Makan Sommar Sama Festival bazar jualan makanan dan juga ada artis Cikidot, Aqil Zulkiflee, Vicha, Arianna Natasha, Bella Astilah & Ben Nadiyah!. Sis ni bab artis tu tak kisah sangat, tapi bila nengok vendor-vendor makanan tu, waduh-waduh, geram pulakkk... tu yang rasa nak hunting tu..tapi.... macam malasnya nak keluar.. tengoklah kang macam mana..
Kalau tak rajin kang, duduk rumah jer makan layan Netflix. Niat tu nak pi makan-makan, kang masuk Mall kang, arghh lain pulak jadinya kang. Ada jerr bende di bawa balik ekkk hahahaha..lagi baru gaji ni oiii.. adeiii lemahhhh..
Tapi dah masuk 1 Julai ni, bermulalah penjimatan bagi semua rakyat Malaysia. Semua benda nak kena catu dan sukat. Bagi mereka yang kurang berkemampuan dan juga meniaga, memang akan terasalah kenaikan harga barang secara mendadak ni.. dan bagi yang tak meniaga, hanya untuk keperluan rumah aja, juga akan terasa bila mana membeli barang dapur.. lagi kalau isi rumahnya ramai, aduhhh nak taknak kena laa hadap..
Macam Sis, walau tak ramai isi rumah ni haa.. tapi, akan terasa laaa kalau membeli makanan.. mesti harga makanan pun naik juga kannn.. sebab Sis rajin membeli dari memasak hehehe.. nak taknak pun kena juga hadap.. nak wat camnem nak marah? nak memberontak? Siapalah kita... rakyat marhaen yang tidak punya kuasa... tunggu mengundi sok aku laaa yang berkuasa hahahaha..
Apa-apa pun kita kena terimalah, esok-esok entah apalah pulak yang akan naik... Kadang tu dah malas nak amik tau dah hal duniawi politik ni haaa.. tapi tu laaa, selagi berpijak di bumi yang nyata ni, itulah kenyataannya.. berjimat-cermatlah kita selepas ni dan jangan membazir.. peringatan buat diri sendiri juga huhuhu..
Okaylah, jomlah kita memasak di awal pagi.. Yang belum baca Al-Kahfi tu, bolehlah sambung, masih sempat lagi ni haa..
P/S: Dah masuk separuh tahun dalam tahun 2022 kan.. kejapnya masa berlalu...
Selamat menyambut 1 Zulhijjah, Lin.
ReplyDeleteSalam Zulhijjah juga buat Akak...
DeleteEh, nanti jalan2 kat Toppen, hilanglah sakit kepala tu, hihi.
ReplyDeleteHahahaha adeiii Kak, kuar bil takut migrain terus hahahaha
Deletedah bulan 7 dah.. cepatnya.. barang plak naik..aduhhh... anyway hidup perlu diteruskan.. Salam zulhijjah
ReplyDeleteKann, bermula semalam, semua barang juga naik.. yang turun hujannnn... hehehehe
Delete