JUMAAT YANG TENANG, ALHAMDULILAH

Sis Lin
10
JUMAAT YANG TENANG, ALHAMDULILAH | SEMALAM memang hari yang agak 'bad mood' buat Sis. Nak pergi event pun dah macam senyum paksa-paksa dan dah macam bukan diri Sis pulak. Entahlah memang mood tak best betul semalam gara-gara hal pagi semalam tu, tapi tu laa, kalau dah nama pun manusia, sedikit sebanyak pun tetap benda tu bermain dalam fikiran. 

Tapi kalau makin di fikir makin stress, eloklah kita buang jejauh dan hidup tenang-tenang aja. Bikin sakit jiwa je layan orang macamtu kan.. nasib baik semalam pi event Mooncake ada jumpa artis, ada lerr muka happy juga hahahaha.. sekali tengok artis tu senyum. perghh tersimpul batu lesung dia kiri kana, kemain manis macam kicap Jalen hahahaha.. 

So harini hari Jumaat, Sis rasa Jumaat yang tenang, alhamdulilah. Aktiviti harini nak bawa anak bujang yang baru habis intern dia semalam pi Hi-Tea berdua. Ye laa kasi dia happy-happy sikit release stress setelah lama intern di Hospital Sultanah Aminah sana. Lega rasa. Now tunggu result MUET dia, then nak apply UPU kemudian tengoklah mana rezeki dia dapat smabung belajar. Jika bukan rezeki, Sis dan Suami nak daftarkan dia di MMU, apa-apa kita tunggu je laaa nanti. 

Cuma tak dapatlah dia Konvo untuk bulan September ni haa.. maybe turn dia kemudian nanti. Takpelah, janji one day nanti anak Mak dapat konvo okay.. bukan apa, kalau tak dia ada saing dengan kawan dia konvo sekali September ni, belum rezeki nak konvo awal. 

Jumaat Yang Tenang, Alhamdulilah

Tiada Hari Tanpa Kopi ... 

Korang pula, apa plan? Dah baca Kahfi? Kalau belum masih sempat lagi ni haa. Jika hari ini Allah beri rasa sakit, bersabarlah kerana dengannya Allah gugurkan sebahagian dosa... inshaallah dengan izinNya segalanya mungkin..

Inshaallah, Allah akan permudahkan jika kita bertawakkal sesudah berusaha, redha dengan ketentuanNya walau bukan itu yang kita impikan dan inginkan.. sebabnya kita takkan dapat segala apa yang kita nak, dan itu bukan bererti gagal kerana gagal itu saat kita tersungkur dan mengalah tanpa mahu mencuba lagi..

Semoga kita ini diberi kekuatan agar tenang lalui segala apa jua yang mendatang. sesungguhnya ujian itu bekal bagi membina benteng menguatkan diri. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri ini sendiri... inshaallah.. aamiin 

Salam Jumaat buat korang semua.. 


P/S: Terima 'awak' atas segala nasihat dan 'memujuk' hati ini.. 

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah. Semoga Jumaat ini membawa keberkatan dalam hidup kita.

    ردحذف
  2. Jgn fikirkan sangat tu sislin, baik kita happy2 je. Salam Jumaat

    ردحذف
    الردود
    1. Ishh memang malas nak fikir.. tenang-tenang aja udah kannn

      حذف
  3. Naik turun mood kan Sis. Cabaran sehari-hari. In sya Allah Sis bersemangat terus.

    ردحذف
  4. semoga segalanya dipermudahkan..aminnn

    ردحذف
  5. "Inshaallah, Allah akan permudahkan jika kita bertawakkal sesudah berusaha, redha dengan ketentuanNya walau bukan itu yang kita impikan dan inginkan.. sebabnya kita takkan dapat segala apa yang kita nak, dan itu bukan bererti gagal kerana gagal itu saat kita tersungkur dan mengalah tanpa mahu mencuba lagi.."

    alhamdulillah, terima kasih sis untuk ayat ni!

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!