PUTIHKAN KETIAK, GUNALAH REXONA ADVANCED BRIGHTENING +ANTI STAIN NI | JANGAN nak malu atau membohong kalau sikit pun ketiak korang tak hitam okay. Bagi wanita yang dah bersalin atau usia semakin berusia ni, normal laaa sikit tak banyak ketiak mesti hitam. Malu? Buat apa nak malu, ketiak sendiri kot..
Bagi yang memang menjaga penampilan luar dan dalam (untuk Suami), mesti risau dengan ketiak hitam atau kalau tak hitam pun, kulit di ketiak tu agak capok dan gelap. Jujurnya Sis juga begitu..lepas bersalin anak bongsu dua puluh dua tahun duluuuuu... kawasan ketiak tu agak memang gelap, hitam tu tidak, tapi tompokan kulit tak sekata tu ada...
Kemudian entah macam mana, tahun lepas ada seorang kawan ni, berkongsilah cerita sesama kami orang perempuan. Nak hilangkan ketiak hitam, gunalah Rexona Advanced Brightening +anti stain yang dalam gambar di bawah ni. Dalam hati Sis, 'ye ke, jejangan kau banyak duit, bolehlah pi spa buat scrub'.. Mashaallah, jahat betulkan hati kita fikir sampai camtu hahahahaha..
Nak jadikan cerita, hati ingin mencuba tu ada.. kebetulan pergi Watson masa tu ternampak, Sis pun trylah.. hampir habis sebotol gak laa guna... kesannyaa memang nampakkkkkk... jujur cakap, nampak perubahan dan cerah di bahagian keliling ketiak ..
Ini bukan tipu-tipu yaa, ini betul.. now rasanya dah lebih 5/6 botol Sis guna dari tahun lepas okay, hingga kini still guna.. so far ketiak dah nampak cerah dari sebelumnya okay.. walau tak lerr secerah time anak dara, tapi at least takde laa hitam berkapokkkkk... aittt korang sendiri punya ketiak takkan tak tengokkk :p
Tawuuu, orang kata tak elok guna 'ubat ketiak' ni, sebab boleh membawa ke cancer, so? ikut suka hati koranglah, kalau rasa nak bagi orang hidu ketiak masam kau tu, sila jangan dekat dengan aku hahahahaha.. bohonglah kalau kata ketiak orang tak berbau ekkk.. so far rata-rata Sis dekat dengan kengkawan, ada je yang ketiak berbau, ermmmm dalam hati, sendiri tak bau ke ekkk?..
Selagi hidup seharian ni berpeluh, selagi tu laa akan ada bau okay.. kecuali tak tau laa kalau ko mandi sebotol minyak wangi kannn.. so kulit ketiak tu wangi je laa selalu, ada ke???... hahahahaha.. nak kawan dekat, silalah pakai ubat ketiak, tak kisahlah ubat ketiak apa, nak ikut zaman dulu kala pun boleh, letak kapur dan limau di ketiak.. tapi azab laa kau, memang hitam laa ketiak kau.. guna bedak pun sama... ketiak akan hitam..
Satu masaalah besar Sis sebelum ni, Sis tak boleh guna jenama Ni** ubat ketiak dia tu, terukk habisss gatal dan akan jadi kulit gelap... memang azabb oiii..
So guna je la Rexona ni. Benda ada mudah, beli dan selet, so guna jelah Rexona ni haaa.. tak sampai pun berapa hengget... dari kawan sebelah kau kembang kempis hidu ketiak kau huhuhu.. memang pelik tau kalau jenis orang takde bau ketiak sendiri? Ke memang dia rasa ketiak dia wangi? Fening Mak nak oiiii.. kepammmm..
Kalau kata ketiak korang putih/cerah, sikit pun takde capok gelap, korang guna apa? Boleh share?.. Atau ada ubat ketiak lain yang lebih bagus?.. sila tinggalkan komen okay.. so far Sis guna yang ni jerr, yang penting, ketiak aku dah cerah hahahahaha..
Disclaimer : Ini bukan review berbayar, sendiri guna, sendiri share ni okay.. sekian..
P/S: Boleh hilang mood okay, duduk sebelah orang ketiak berbau ni... huhuhuhu..
saya dulu pakai Nivea pun x okay.. skrg pakai rexona okayy.. boleh cuba ni
ReplyDeleteSamalah Nivea Sis tak boleh guna, habis gatal semua...
Delete