KHASIAT MEE TARIK YANG RAMAI TAK TAHU | BIASANYA main makan jer, tak pernah pun nak amik tau khasiat Mee Tariknya. Ye laa bagi Sis sama jer laa dengan mee-mee yang lain juga walau time makannya memang agak beza, tapi kalau dah kata me, arghhh sama je laa bagi Sis heheheh..
So far kalau nak makan Mee Tarik ni di JB, korang pi ke Paradign Mall, setakat ni, situ je laa yang Sis kalau Sis nak makan Mee Tarik, Sis ke Mee Tarik Warisan Asli yang menjual pelbagai masakan Mee Tarik. Korang dah try ke? Sos far dah tiga kali rasanya Sis makan. Sis suka jenis bersup.
Sebenarnya, ada banyak jenis mee yang popular di negara kita seperti mee tarik, mee kuning, mee sanggul, mee segera, suhun, laksa, laksam, kuey teow, mihun dan yee mee. Nama agak sama je semua, tapi tekstur dan jenis memang beza. Apatah lagi masakannya.
Apa itu mee tarik?
Mee tarik atau juga popular dengan nama asli Lamian adalah sejenis mee dengan tekstur yang kenyal lagi lembut dan diperbuat daripada tepung gandum, sama seperti jenis mee lain. Cara mee ini dibuat adalah dengan kaedah memintal, melipat, meregang serta menarik doh tepung yang telah diuli sehingga ia menjadi helaian mi yang nipis, panjang dan elastik.
Perbezaan di antara mee ini dengan jenis mee lain adalah mee tarik akan diproses menggunakan tangan sedangkan mee lain pula diproses menggunakan mesin. Dalam erti kata lebih mudah, mee tarik adalah homemade.
Memandangkan mee ini homemade, ramai percaya bahawa ia adalah pilihan yang jauh lebih sihat terutama jika individu itu sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Disebabkan itu pula, tidak kurang ramai individu yang memilih untuk menggantikan makanan ruji seperti nasi atau pasta kepada mee ini dan langkah mereka itu mungkin agak tepat.
Apa variasi mee tarik?
Bahan utama dalam doh mee tarik sebenarnya tidak banyak dan hanya menggunakan 3 bahan utama iaitu tepung gandum, garam dan air. Namun, mungkin ada banyak cara penyajian mee ini.
Untuk pengetahuan korang semua, terdapat 3 versi popular mee tarik yang telah lama ada termasuk:
Mee tarik goreng: Digoreng bersama kicap, telur, daging dan sayur pilihan.
Mee tarik sup: Dicampur ke dalam sup bersama telur, daging dan sayur pilihan.
Mee tarik sos: Dicampur ke dalam sos bersama telur, daging dan sayur pilihan.
Korang suka versi yang mana? Sis suka jenis sup. Nikmat dapat hirup pepanas dan makan meenya yang kenyal-kenyal tu.. arghh ngencesnyaaaa...
Walau apa pun versi yang korang minat dan makan, tidak dapat dinafikan bahawa mee ini masih sihat dan sangat sesuai buat mereka yang ada masalah berat badan tidak terkawal. Tapi kalau dah makan semangkuk besar licin, waduh susah juga nak kawal hahahahaha.. silap-silap tambah semangkuk lagi hehehehe..
P/S: Puas cari posting Mee Tarik Warisan Sis, entah apa tajuk Sis tulis ek hahahahaha..
Bolehlah cari kalau turun JB nanti
ReplyDeleteYer Wak nanti trylah, kalau di Paradigm Mall kedai dia besar.. tak tau laa kalau ada dah tempat lain..
DeleteMee Tarik yang buat depan mata tu, fuuuh , sedap tu sis.
ReplyDeleteIyerr yerr.. kann makan jenis sup, hirup pepanas, sedapnyaaa
DeleteKalau mee tarikh fresh ni saya pun sama taste macam Lin...suka yang sup...Sebab rasa dia light & puas menghayati kekenyalannya...hihihi
ReplyDeleteYerr MamaCella, sedap yang jenis sup juga.. baru rasa mee tariknya..
Deletealamak ako plak x bole nak telan la mee tarik ni.... sekali je ako makan lps tu mmg x makan dah heheh
ReplyDeleteOoo ye kee, kenapa? Sebab meenya ke? Hehehehe.. try makan jenis goreng..
Delete