MAKAN BAKLAVA SEDAP DI ZAITUNA RESTAURANT

Sis Lin
6
MAKAN BAKLAVA SEDAP DI ZAITUNA RESTAURANT | JARANG-JARANG yaa Sis nak makan makanan atau menu Arab ni, tapi ini kali terpanggil nak pergi makan makanan Arab di Zaituna Restaurant sempena birthday Suami Sis semalam. Ikutkan berkira-kira juga nak bawa Suami, sebab dia tak suka makanan menu Arab ni, tapi #SisCuba hehehehe.. 

Di sebabkan Zaituna Restaurant ni agak viral di Johor lately ni, so Sis suggestkan, korang janganlah datang makan time lunch atau dinner, memang fullhouse. Cuma tak pastilah samaada boleh booking ke tidak, sebab Sis datang walk-in jerr.. Kalau nak kepastian korang cubalah try call mereka dulu ya.

Makan Baklava Sedap Di Zaituna Restaurant

Makan Baklava Sedap Di Zaituna Restaurant

Biasanya kalau datang makan di restarant makanan Arab ni, ramai yang terujalah nak mencuba Nasi Arab dia atau Kebab ke atau menu-menu Arabnya, tapi lain dengan Sis yaa, melangkah masuk ajerr, Sis dah teruja gilerr nampak deretan sususan Baklava dia depan kaunter pintu masuk tu, terus WOW Sis di buatnya. 

Anak Sis siap kata, 'Ni Mak sukalah ni?' hehehehe.. yaaa memang Sis suka, i love it so much okayyyy.. sebab tu masa ke Umrah baru ni, pantang nampak, memang Sis beli oii, suka mencuba semua jenis, walau time beli main tunjuk-tunjuk jer, sebab tak tau namanya hahahaha.. 

Rasanya ada dalam 18 jenis Baklava yang di hidangkan dan sejenis Kunafa dan ada satu lagi tu, Sis tak tau apa namanya, aishhh dah bebanyak, mana laa nak ingat namanya satu satu kann hahahaha..

Makan Baklava Sedap Di Zaituna Restaurant

Makan Baklava Sedap Di Zaituna Restaurant

Apa itu baklava? Baklava adalah sejenis makanan ringan di wilayah Turki dan kawasan di mana bekas Kerajaan Uthmaniyyah memerintah. Manisan Arab dari Turki ini semakin digemari masyarakat di Malaysia. Resepi Baklava ini adalah resepi antik! Sudah ada sejak abad ke 8 lagi. Baklava menjadi hidangan orang-orang kaya pada zaman dulu. Ia adalah manisan daripada pelbagai jenis kekacang yang dilapisi dengan doh halus dan sirap manis. Lain negara lain caranya, tapi bahan asasnya adalah Fillo Pastry (macam kulit popia) dan butter manis cair.

Bahan-bahan lain untuk membuat baklava ialah cinnamon, madu, gula, toasted nuts (pistachios, walnuts ), parutan oren dan air. Dan semalam paling banyak dan Sis suka makan adalah jenis baklava pillo pastry, sedap betul bila gigit kulit pastrynya yang rangup dan crispy tu.. 

Makan Baklava Sedap Di Zaituna Restaurant

Makan Baklava Sedap Di Zaituna Restaurant

Jenis-jenis Baklava :
– Baklava Cashew
– Baklava Pistachio
– Baklava Finger
– Baklava Creamy
– Sparrow’s Nest Pistachio & Cashew
– Ballorieh – Cashew & Pistachio
– Baklawa-Rose pistachio & Cashew

Nama-nama di atas rasanya semua ada di Zaituna Restaurant tu, cuma yang mana satu, haaa tu korang kenalah pi sana bertanya ya dan mencubanya, cuma Sis suka jenis pillo pastry seperti gambar dia ats tu yang Sis makan tu haa.. sedap uiii..

Makan Baklava Sedap Di Zaituna Restaurant

Makan Baklava Sedap Di Zaituna Restaurant

Nak makan Kunafa, pun ada juga, walau tak banyak pilihan, tapi Kunafa jenis ori gini laa sedap okay, Sis tak suka curah syrup dia, suka makan 'asli', baru betul rasa dan betul-betul Arab Turki, ya habibi ya maulana...hehehehe.. Untuk Baklava dan Kunafa tu, kalau korang tak tau nak pilih dan blur nak cuba yang mana, korang boleh minta staff mereka pilihkan untuk korang, nanti mereka akan pilih yang TERsedap antara semua tu..

Dan kalau untuk menu-menu makanan Arab dia, haa korang boleh duduk di tempat makan korang, dan pilih laa menu-menu yang ada. Banyak pilihan juga, tapi Sis pilih set Dulang besar RM65, makan untuk 3/4 orang, so ngamlah Sis datang 4 orang makan sedulang tu haa.. 

Makan Baklava Sedap Di Zaituna Restaurant

Makan Baklava Sedap Di Zaituna Restaurant

Memang dah Sis jangka dah, ramai yang kata kalau siapa yang tak suka makan nasi arab, tapi bila datang makan sini, mesti akan suka, so memang betullah sebab Suami Sis makan banyak semalam hahahaha.. mungkin sebab ada Lamb tu kot.. tu yang berselera sungguh.. 

Nasi dia ada 3 jenis sekali dalam satu dulang, nasi Mandi, Kabsa, Maklouba, memang kena laa dek anak tekak kami makan semalam, anak-anak pun semua kata sedap, so sedaplah tu, makan pun licin sedulang hehehehe..

Sis ada juga amik set Lebanese Kafta dia RM24, pun sedap.. korang cubalah, tapi ikutlah selera korang ya.. lagipun banyak pilihan.. Tempat makannya pun selesa, ada pilihan suasana makannya. Samaada nak duduk di meja atau bersila. Staff dia pun ramah-ramah manis orangnya.. 

Makan Baklava Sedap Di Zaituna Restaurant


Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR dan VIDEO, korang boleh ke facebook page akusislin di atas atau klik SINI okay. 

Zaituna Restaurant مطعم زيتونة
Alamat : 27, Jalan Glasiar, 
Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor


Contact : 07-213 3577
Buka dari Jam 11.00am - 11.00pm



P/S: Pertama kali makan nasi arab rasa puashati gilerrr.... alhamdulilah.. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Suka juga manisan arab, tapi sekadar merasa saja sebab tak tahan manis.

    ردحذف
    الردود
    1. Ada yang manis ada yang biasa-biasa juga, kena pandailah pilih Ammie..

      حذف
  2. Cantik tempatnya. 65 makan 4 org tu kira berbaloi

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa betul Karni, tempat dan suasana dia sangat selesa.. menu dulang tu memang berbaloi..

      حذف
  3. Memang sedap sis..i dah try da..."denyuttt jantung ku berdetak" hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, apa je tak sedap, semua sedap, lagi-lagi jenis Baklava dia...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!