MAKAN BUFFET LUNCH DI THE TIFFIN IMPIANA HOTEL SENAI SEMPENA BIRTHDAY KAWAN AKU | ALHAMDULILAH setelah agak lama juga Sis dan Geng Bas Sekolah tak keluar makan-makan, akhirnya semalam dapatlah kami berkumpul lagi sempena birthday salah seorang dari kami. Last rasanya kitaorang jumpa masa birthday Izam di Ume Floral tu jerr..
Idea nak makan sini adalah idea dari birthday girl tu juga selepas tengok Sis up posting iklan dalam facebook page Sis sini. Harga pun murah, baru RM35 sahaja per-pax. Bila nengok menu-menunya pun wow not bad, meriah dan banyakk.. puashati laa makan dengan harga gitu, sebab banyak pilihan.
Kitaorang berjanji jumpa di Impiana Senai Hotel jam 12pm sebelum bermulanya lunch hour buffet tu, sebab senang nak cari tempat dan nak atur susun kek yang kitaorang bawak. Nak jadikan cerita, Sis dan Ima sampai dulu, kemudian Izam dan Kak Sue sampai, boleh pulak serentak dengan Lily, birthday girl tu hahahaha.. apalagi, Kak Sue suruh dia tunggu kat lobby jangan masuk dalam dulu hahahaha..
Buffet Lunch The Tiffin Impiana Hotel Senai
Monday to Friday, 12.00pm – 2.30pm
RM35nett per adult, RM18nett per child (6-12 years)
Book your seat now!
📞: +60 16-713 4590
Korang boleh ke facebook page akusislin ni untuk lihat kesemua gambar-gambar menu yang di hidangkan.
Rupanya Izam sesiap bawa hiasan belon, dan bunga tabur atas meja untuk hiasan meja kami, perghhh hebat ko Zam, memang terbaekkkkk.. semua orang nengok jerr meja kami, termasuk staff hotel hahahaha.. mesti orang ingat pihak hotel yang deko tu semua, padahal kitaorang yang gigih bawa dan hias okay hehehehe..
Macam biasa lerr, yang terpaling free, terpaling mudah dan pantang di ajak, kami berlima ni je laa, sebab yang lain terikat dengan kerja, ada anak sekolah, tak sihat, sorang di Mekah, sorang di KL, dan sorang lagi, ke Pontian katanya, ekkkkkkk tiberrr..
Bila kata dah boleh makan, apalagi, terus panggil birthday girl masuk dan kami sempatlah nyalakan lilin '46' dan nyanyi sesama, walau tak ramai, tapi meriah laa kami-kami ni jerr hahahaha.. acara potong kek jadi wajib, lepas tu acara bergambar sampai muntah hijo, nasib baik tak pakai kodak, kalau tak, mau habis bergulung kodak hahahaha..
Terpaling sedap makan semalam, menu-menunya lauk kampung, siap ada petai ko. Asam Pedas ayam dia sedap, goreng-gorengan dia cecah sambal kicap memang mabalesss... power giler sambal kicap dia wooo.. then ada Mee Rebus, Mee Bandung, dan menu-menu lain juga.. memang puashati makan bayar RM35 ni, berbaloi-baloi.
Kitaorang pun duduk makan situ sampau habis waktu, dah alang-alang datang kan, bukan dekat, jauh pulak tuu, so duduk je laa makan sampai kenyang..takde orang nak marah pun, paling tak, staff jeling jerr ko memekak gelak ketawa tak ingat tu restoran ekkkk hahahahaha.. adeiii hilang stress kalau duduk dengan geng bas sekolah Sis ni.. ada jeee point nak buat ketawa. Lampu tepi dinding pun boleh jadi bahan gelak ekkk hahahahaha...
Lepas seisi menyampaikan hadiah memasing, kitaorang terus ke Midvalley pulak melepak.. memang tak sah kalau keluar dengan derang ni tak pergi setempat, ada je laa melencongnya tempat lain hahahaha.. Tapi yang Sis ko pelikk.. banyak-banyak Cafe dalam Midvalley tu, ermmm ke SDS juga laa korang ajak ekkk hahahahaha adeiii..
Apa-apa pun, terima kasih buat Lily yang belanja kami makan semalam. Terbalik pulak yaaa, birthday girl yang belanja kita, patut kita belanja dia hahahaha.. takpe laa, kami doakan moga kau dimurahkan rezeki, sihat selalu, sentiasa dalam lindungan Allah dan bahagia bersama kehidupan kau sekarang hingga ke Jannah, aamiinn.. kami sayang ko tau dunia akhirat..
Dan juga Ima yang belanja minum di SDS.. moga murah rezekinya selalu. NEXT kita tunggu birthday sapa pulak ya.. dengarnya orang tu nak Unicon hahahahahaha..
P/S: Terima kasih Allah 'hadiah'kan Aku sahabat yang sentiasa ada bersama saat suka dan saat berduka, sayang korang ❤ ..
Happy birthday Lily!
ReplyDeleteDapat bayangkan mesti mcm nak pecah restoran korang ketawa kan :P Geng Bas Sekolah ni kenal sebab sama2 naik bas sekolah zaman sekolah dulu ke?
Thanks Karni..
DeleteYaa tiap kali jumpa, ada je ceritanya, walau kadang tak masuk dek akal hahahaha .. Ya Karni, geng sama naik bas dan juga sekelas dan juga jalan kaki balik sekolah agama hahahaha
wah wah wahh.. banyak hidangan boleh makan. meriah lauk nya kan. Best bila enjoy makan sama-sama.
ReplyDeleteKannn, makan tu tolak tepi, yang bestnya dapat kumpul sesama..
Delete