MAKAN-MAKAN BERSAMA PELAKON AIDIT NOH DI WAN LI CHINESE RESTAURANT | KORANG ada baca kan posting Sis ke Renaissance Johor Bahru sempena 'Mooncakes Chef's Table' pada Khamis lepas. Dan masa event tu memang ramai media-media dari Johor, KL dan juga Singapura yang datang pada petang tu, termasuklah pelakon AiditNoh bersama isterinya.
Sebelum acara bermula, kitaorang diperkenalkan dulu dengan Chef Lim Pei Sei yang akan membuat demontrasi kuih bulan, dan selepas itu, Encik Hezrin, Head of Marketing Communication perkenalkan pula kepada semua, special guest appearance pada petang tu adalah pelakon AiditNoh yang akan sama-sama menyaksikan demo pembuatan kuih bulan oleh Chef.
Cuma yang gelihatinya, muka Aidit Noh nampak terkejut juga apabila Encik Hezrin minta dia buat demonya sekali bersama Chef hahaha, katanya 'i tak pernah buat kuih', mau tak cuak muka manis si Aidit Noh, merah padam mukanya, alalalala comel beno yaaa.. #LakiOrangOi ..
Selesai demo pembuatan kuih bulan tu, kami di sajikan dengan makan malam bersama menu-menu terbaru dari dapur Wan Li Chinese Restaurant. Kalau sebelum ni, Sis pernahlah makan Dim Sum mereka, juga menu-menu Chinese New Year, tapi ini kali makan sempena Mooncakes Chef's Table pulak..
Menu-menu yang di sajikan, adalah menu terbaru dan terkini yang ada di Wan Li Chinese Restaurant ni. Yang buat Sis makan tak kenyang berselera tu, sebab dapat duduk semeja bersama AiditNoh dan isterinya, juga bersama Influencer Celebrity, Marcus Osmand dan beberapa geng JDT Blogger Sis termasuk media Iskandarian.
Bila dah duduk semeja, mula-mula malu, kemudian ehh 'serasi bersama' pulak yerr semeja hahahaha.. Ramah juga dak Aidit ni haa, sama naik lerr dengan Marcus tu haa, berbual non stop kami semua. Nasib baik time makan tak berebut lalalalala...
Menu apa yang di hidangkan? Meh laa tengok yaa..
Assorted Dried Seafood Thick Soup with Crab Soup
Menu pertama mereka hantar ni adalah memang pembuka selera betul, rasa soup ketam pepanas hirup memang syokk betul. Kalau tak rasa malu, mau Sis ko minta tambah semangkuk lagi hahahaha..
Steamed Chicken with Lotus Seed and Garlic Wrapped in Lotus Leaf
Mula nengok, ingat ke akan rasa herba cina macamtu, Sis dah teruja dah, tapi bila dah rasa dan makan, waa ternyata ada kelainan dalam ayam kukus mereka ni laa, sedap.. segar betul rasa.
Wok Fried Sea Prawn with Sze Chuan Mala Salt and Pepper
Menu yang ni kesukaan satu meja Sis, hampir juga nak berebut memasing hahahaha.. Betul, sangat sedap, rasa udang tu sangat crispy, pedas-pedas rasa sze chuan mala tu memang pedas betul di hujung bibir hahahaha..
Chinese Mushroom with Fish Lips and Garden Green in Abalone Sauce
Untuk Sis ini memang Sis suka, sebab suka makan brocoli, cendawan cina dia pun segar, dan korang pernah makan bibir ikan? Haa atas tu yang macam kristal tu, tu laa dia bibir ikan (fish lips)., sedappp..
Fragrance Garlic Fried Rice Topped with Grilled Eel
Okay yang ni memang lawak yerr untuk diri sendiri. Mulanya dah nampak dah ayat 'Eel' tu, Eel tu kan belut, tapi entah macam mana, ehhh TERambik dan TERmakan, erkkk sedap laa pulak ekkk hahahaha.. balik cite kat anak, anak siap perli 'Emak makan belut' hahahaha.. tapi nasi goreng dia sedap..
Kesemua menu dia atas ni, korang boleh makan secara ala-carte di Wan Li Chinese Restaurant pada bebila masa jer. Bukan menu ni aja, ada pelbagai juga pilihan menu lain yang sedia ada. Harga sangat berpatutan yaa.. rasa yang sedap dan berbaloi makan di sini.
Halal ke? Dapurnya yaa HALAL Kitchen ya ..
Minuman? Korang jangan risau, FREE chinese tea minum sampai kembong hahahaha. Yaa pantang cawan ko kosong, pelayan akan tuang, dah macam layanan diraja gituh. Tapi ada juga minuman lain lerr korang boleh order. Sis tau, tak semua suka minum chinese tea kan hahaha.
Bagi korang yang suka makan menu masakan cina, marilah ke sini. Menu-menunya memang menepati selera tekak Sis yang kemelayuan ni haa.. kalau korang suka makan buffet, haa tu korang boleh makan Buffet Discover Malaysia mereka di Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru Hotel mereka, tapi yang Sis share ni menu masakan cina di Wan Li Chinese Restaurant.
Ada banyak pilihan menu yang sedia ada selain yang Sis makan ni. Yang Sis makan ni antara menu terbaru yang di sajikan. Boleh dine-in atau pun take-away.
Untuk tempahan, booking secara online via http://bit.ly/TableAppWanLi OR contact di +6073813388 OR WhatsApp at https://wa.me/60187800787.
P/S: Alhamdulilah atas segala nikmat Allah …
Sedap kan belut :)
ReplyDeleteSaya suka semua menu yang disediakan. Nyummmmm!
Hahahaha kalau ikut hati taknak makan Non oiii.. terbayang-bayang aku hahahahaha
Deletewah sedapnya menu makanan dkt sini. lagi sedap sebab dapat makan dengan artis hehe :)
ReplyDeleteBertambah selera bila makan semeja dengan artis, gituuuu hahahahaha
DeleteBiasanya kalau ada gambar SL ada aje gambar SS
ReplyDeleteNi tak nampak pulak. NS adalah
Hahahaha SS tengah busy dengan dia punya final PHD Wak..
DeleteNyumsss... makan sedap sedap. dengan pelakon lak tu. kenyang lah
ReplyDeleteAlhamdulilah, makan pun serba salah nak kunyah hahahahaha
DeleteWalaupun sy x kenal Aidit Noh tu tp berkenan sgt dgn lesung pipitnya... hehehe
ReplyDeleteIyerr manis orangnya, lupa pulak nak tanya umur dia berapa Kak hehehehe
DeleteOooo..ni la pelakon yang berlakon citer nga fasha sandha yang sampai skrg x abis2 tayang lagi tu kan..Mak Pah suka citer ni...hehehe...tajam betul lesung pipit dia tu...nasib ensem
ReplyDeleteYup betul SA, drama dendam seorang isteri tu haaa heheheh..
Delete