Tapi bila cuba makan di H Gourmet Cafe ni, ternyata mata terbeliak juga bila nengok menu-menunya tu. Tengok pada nama memang tak tau, tengok pada gambar, ehhhh ni menu sihat ke ek? Hahahaha.. siap ada menu soup kimchi bagai, wowwww... terus teruja nak mencubanya okay..
Cafe H Gourmet ni pertama kalinya juga Sis sampai sini. Terletak di Eko Botani jalan nak ke Nusajaya Gelang Patah sana. Kalau dari rumah Sis memang agak jauh wooo, tapi sebab nak mencubanya, so kita gigihkan juga drive ke sana. Sis pergi bawa kengkawan Sis sama.
Masa sampai di sana kan, salah seorang kawan Sis tanya, 'Apa tu H ya?'.. Masa tu Sis pun tak tau juga apa di maksudkan dengan 'H' tu haa.. tapi bila Sis risik-risik, rupanya 'H' bermaksud, 'In HOPE of bringing HEALTHY lifestyle to HUMANITY, they serve gourmet meals by using the Sous Vide cooking method, bringing healthy culinary to the next level'.
Haa tu laa maksud di sebalik huruf 'H' tu haa.. Dan jika korang nak tau juga, H Gourmet Cafe ni adalah kepunyaan seorang Doktor Pakar Sakit Puan iaitu Doktor Sharifah yang bertugas di Gleanegles Hospital sebagai pakar Obstetrics & Gynaecology di sana. Di sebabkan ownernya adalah seorang Doktor, so menu-menu di H Gourmet ni semuanya di kawal dari segi kandungan bahan dan juga segala hidangan yang di sediakan. So memang menu sihat-sihat ajer laa yang di hidangkan.
- Banana Chocolate Smoothie Bowl
- Mixed Fruit Smoothie Bowl
- Brioche French Toast
Walaupun menu sihat ni ramai yang mengatakan agak 'tasteless' but bila korang makan di H Gourmet ni, menunya lebih kepada 'healthy but tasty' okay.. so setiap suapan, korang akan rasa kenikmatannya,.. yerr boleh hilang diet okay kalau dah sedap then makan bertambah-tambah hahahaha..
Yang paling teruja sekali, pertama kali melangkah masuk, konsep kehijauan yang ada dalam H Gourmet Cafe ni sangat menenangkan. Hijau mata memandang okay. Sis suka konsepnya, dia membuatkan kita duduk makan di situ rasa aman, tenang dan release tension laa.. setiap sudut ada tumbuhan hijau. Yang suka bergambar memang sangat-sangat instagrammable laa tempat ni.
Tapas ;
- Kimchi Gyoza
- Tuna Mayo with Kimchi Bruschetta
Setiap hidangan yang di hidangkan memang menyihatkan, Sis sendiri pun kalau makan menu sihat macam ni, tak pernah menyangka setiap hidangannya mengenyangkan. Walau nampak simple, tapi setiap hidangan tu dah cukup untuk keperluan pemakanan kita seharian, cuma nak lebih bagus, makanlah secara 'istiqomah' dan kerap.
Jangan harini kau bedal menu sihat gini, petang kang ko dah makan nasi berlaukkan asam pedas, siap dua kali tambah nasi, terus tak jadi menu sihat apa yang kau makan tadi pagi hahahahaha.. sendiri mau ingatlah..
Panini ;
- Panini Teriyaki Chicken
- Panini Chicken Breast with Kimchi
Tapi kan, ada satu pelik juga Sis, boleh di katakan makan di sini, banyak menunya ada hidangan rasa Kimchi, ala-ala Korean gitu.. maybe sebab lebih kepada Vegetarian, so hidangan kimchi sangat sesuai laa kan.. Untuk Sis sendiri memang suka sangat laaa... kalau tak makan menu sihat pun, Sis memang suka beli kimchi dan makan dengan nasi hehehehe..
Dan satu lagi, hidangan dia menggunakan dada ayam, ini memang bagus untuk yang sedang amalkan diet, dada ayam sangat bagus okay.. ada orang nampak isi dada terus taknak, suka paha (termasuk Sis) hahahaha.. tapi sejak dah tau bagusnya makan dada ayam, memang sekarang beli ayam, suka beli dada. Sama juga di H Gourmet ni, mereka menggunakan dada ayam yang di grill untuk setiap hidangan.
Main Course ;
- Kimchi Soup with Sous Vide Chicken Breast & Shirataki Noodle
- Asian Assorted Glass Noodle w Sous Vide Chicken Breast
- Sous Vide Miso Seabass
- Sous Vide Chicken Roulade stuffed Mushroom Ragout & Walnut
Untuk hidangan di atas ni kan, sesuai laa kalau korang datang makan tengahari, selain korang boleh order menu-menu lain di atas tu, masa Sis makan di sini, memang semuanya Sis cuba, dari menu sarapan, minum petang dan juga makan tengaharinya beserta malam, pun Sis cuba, so bolehlah balance kan selera korang yang mana sesuai.
Kalau di suruh pilih antara menu sihat di atas yang boleh Sis makan hari-hari, tentu sekali Sis pilih Kimchi Soup tu haaa, perrghhh sedap gilerr.. rasa dia cukup rasa Korea okay.. pedas-pedas manjanya, dan juga kesedapan kuah soupnya memang menarik tekak Sis, kalau boleh habis Sis hirup semangkuk okay, tapi segan pulak hahahahaha..
Ada banyak lagi pilihan yang korang boleh cuba, ni adalah sebahagian ajer yang Sis cuba. Minuman juga terdiri dari minuman jus buah segar ajer yaa., masa Sis datang tu Sis minum Jus Tembikai, enak bangatttt... piorr rasa tembikainya..
Lagi satu, di sini juga korang boleh buat tempahan untuk adakan majlis atau acara seperti; meeting, reunion, birthday atau apa saja laa. Mereka ada sediakan ruang di atas untuk korang. Dan makanan juga di sediakan sekali dalam satu pakej. Cuma pax tu agak limited ya, tak bolehlah nak ramai-ramai. Takat 30 orang macam tu jer okay.
Apa-apa korang boleh hubungi pihak yang berkenaan dan boleh hubungi mereka untuk pertanyaan. Details ada Sis beri di bawah ini. Dan untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh ke Facebook Page akusislin dan lihat gambar-gambar yang Sis amik di sana okay.
H Gourmet di Gleneagles Hospital akan di buka tak lama lagi, nanti kalau korang ada ke hospital atau area sana, boleh singgah, kemungkinan pada bulan Ogos nanti.
Harga? Jangan risau, sangat berpatutan sekali.. standard ar makan di cafe-cafe lain..
P/S: Serius cakap, tak sangka menu sihat macam ni sedap ekk hahahahaha..
Nampak sedap2 menunya ye. Harga ok tak?
ردحذفHarga sangat berpatutan Karni, setanding jer gan cafe-cafe lain...
حذفAduhai....sedap nampak semuanya.....menggoda iman tengok entry Sis Lin hari ni
ردحذفHehehe memang sedap SA, sesekali makan menu sihat gini kannn
حذفNampak pelik2 menu dia
ردحذفHehehehe eplik tapi sedap Wak, gitulah kalau nak sihat hahahaha
حذف