MASAK SIPUT SEDUT DI MALAM HARI | TEKAK dan hati bila teringin nak makan siput sedut, memang Sis tak tunggu, terus beli siput sedutnya dan terus masak siputnya di malam hari. Tu pun nasib baik laaa, masih ada lagi seller tu open order siput sedutnya, so order petang, sebelum Maghrib siputnya dah sampai.
Sis beli siput sedut yang dah bersih dalam komuniti Scientex di facebook. Memang biasa beli dengannya. Sebungkus RM22, Sis beli dua bungkus. Beli sebungkus kang, celah taik gigi je pulak kang, tak puas nak menyedut. Sebab memang masak nak buat meratah jer..
Elok ke beli dah siap bersih? Alhamdulilah, so far Sis beli elok jerr siputnya. walaupun dah agak kurang fresh laa, sebab dah siap bersih, tapi janji elok lagi siput sedutnya, okaylah.. time rajin bolehlah beli di pasar. Sebungkus RM18 kalau masih hidup, tapi kau kenalah bersihkan sendiri yaa.. ni RM22 dah siap bersih, so buatlah pilihan yang bijak ketika malas hahahaha..
Bila dah kata dah malam kan, so Sis masak jer secara segera. Apalagi gunalah bahan ramuan tumis dari Bibik Express.. mudah dan cepat.. cuma kunyit ajer laa Sis guna serbuk kunyit.. nak cepat makan kann, so semuanya main campak-campak jerr laaa bahannya..
Senang juga ada Bibik Express ni, rasa masakan kita pun sedap, dah macam bahan yang kita kisar.. next time dah habis, nak beli lagi laa.. maklumlah yang ada tu pun orang bagi hehehehe..
Daun kunyit takde pulak, so kombar peti ais, terjumpa daun ketumbar dari Sunah bagi, elok lagi daunnya, so Sis campak jer laa ke dalam periuk. Nak bagi kuahnya wangi-wangi gitu.. so bila makan tu, ada laa rasa sikit..
Taraaa, maka siaplah Siput Sedut masak Lemak Cili Api. Nasib baik tak berapa pedaslah sangat, kalau tak time menyedut, ada bibir terjuirrr ko hahahahaha.. siap ajer masak siput, panggil anak bujang turun makan sekali. Tapi Sis tak makan nasi, Sis meratah jer siput sedut tu.
Ada laa masakkan si bujang tu Ayam masak kicap dan juga gorengkan sayur kubis bertelur. Sambil-sambil tu anak bujang makan lerr juga siput sedut tu. Cuma dia tak verapa gemar jer.. tengah-tengah makan, ehhh Suami pun balik, dah nyambung pulak menyedut tiga beranak malam tu hahahaha..
Suami pun pelik, mana datang siput sedut memalam orang jual hahahahaha.. bila Sis cerita, Suami pun kata, 'Baik beli dah siap bersih, kira lebih harga upah jer dari beli yang fresh'.. kan kannnn.. beli dah bersih senang terus masak dan makan.. lepas ni dah senang lerr nak makan siput sedut, beli jerr dah siap bersih...
Korang yang di Pasir Gudang kalau nak beli, cari jer laa dalam Komuniti Scietex tu dan search.. mesti jumpa nanti hehehehe..
P/S: Area rumah Sis tengah musim Denggi.. risau betullah...
Sis Lin!!!!!alaaaaa...SA dah la tengah ngidam siput sedut..nampak ni ha...aduhhhhh.....terliur la..besar2 erk siput tu...itu yang sedap meneyedut tu kan
ردحذفAlahaiii... silalah beli siput yaa SA, kang ngidam ketuk kepala pulak kang hahahahaha...
حذف