MENU HARI RAYA HAJI SEMALAM

Sis Lin
18
MENU HARI RAYA HAJI SEMALAM | ALHAMDULILAH selamat hari raya Haji buat korang semua. Harini kita masih lagi dalam suasana berhari raya korban. Dan di mesjid-mesjid juga di mana-mana jua masih lagi dalam suasana pemyembelihan binatang untuk korban. Korang ada dapat ke daging korban? Syukurlah, dapat daging baru sedap tu, fresh dan manis rasanya kan..

Tapi jangan lupa juga ya, kena beringat, jika makan tulang daging korban, tulangnya perlu di tanam ya, jangan dibuang begitu sahaja. Kalau masih ada yang belum tau, bolehlah baca artikel tu untuk pemahaman sendiri ya. Moga ianya bermanfaat buat korang semua. 

Dan semalam, tahun ini sekali lagi, Sis berhari raya haji bersama adik-adik Sis, so memang meriahlah kami merewang memasak bersama. Dari sehari sebelum raya dah sibuk memasak untuk berbuka puasa hari Arafah, kemudian malamnya, terus masak untuk menu hari raya haji semalam tu. 

Macam biasa jugalah menu-menunya sama lebih kurang yang Sis masak setiap tahun. Memang menu-menu tu juga laa permintaan ramai anak-anak. Kadang cuba masak menu lain tapi takut plak dalam hati, tak laku plak kang lauknya, so takpelah kita masak je menu raya haji seperti biasa. Kalau tak raya haji pun, menu tu jugalah Sis masak raya puasa hehehe.. 

Meh nengok menu-menunya ya.. 

Menu Hari Raya Haji Semalam

Ketupat 

Menu Hari Raya Haji Semalam

Rendang Daging

Menu Hari Raya Haji Semalam

Sambal Goreng

Menu Hari Raya Haji Semalam

Ayam Masak Merah

Selain ketupat, ada juga Sis rebus Ketupat Palas dan juga menantu belikan Lemang. Menu lain pun ada yang lupa nak amik gambar, Sayur Lodeh dan Kuah Kacang. Masak pepagi, so agak kelam kabut, bila dah siap, terus bersiap nak pakai baju raya.. tu yang lupa nak amik gambar menu lain. 

Yang bestnya, tahun ni menu-menu raya haji kali ni, malam semalam dah licin, yang tinggal pun ada le semangkuk kecik rendang daging dan dua ketul ayam masak merah, alhamdulilah... senang Sis cuci periuk, tu pun semua dah siap kemas, adik ipar yang buat semuanya.. 

Pagi ni pun, adik masih ada, kejap lagi nak balik dah sebab esok dah sekolah. Anak Sis,Yana pun ada lagi tu, dah dua malam tidur sini.. kang balik ler tu, esok dah kerja. Anak bujang pun dah kerja harini, Suami pun ada kerja sikit tu, pepagi sebelum keluar dah belikan sarapan untuk yang di rumah, alhamdulilah.. 

Nanti semua dah balik, ingat nak lelap sekejap, kaki rasa sakit pulak dah ni, agaknya berdiri lama sangat semalam, so dah rasa kejang sikit.. tak apalah, raya bukan hari-hari kann, sesekali penat tu tak jadi masaalah pun, seronok lagi ada.. 

So korang macam mana pulak raya korang? Masak apa semalam?


P/S: Terima kasih Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan ❤ ..

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Selamat Hari Raya Korban buat Sis Lin sekeluarga

    ردحذف
  2. Selamat Hari Raya sis!
    Alhamdulillah kita pun dah siap berkemas segala periuk belanga hihi...

    ردحذف
  3. Rindu nak makan sambal goreng. Selamat Hari Raya Sislin!

    ردحذف
  4. Salam aidiladha
    Menu kita hampir sama cuma wak mesti ada masakan kambing aje

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat hari raya Haji Wak.. wowww kita nak masak kambing harini hehehehe

      حذف
  5. Salam aidiladha buat Sis Lin dan keluarga. Aien dpt spend time dengan keluarga dr Sarawak. Hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah, selamat hari raya juga buat Aien..

      حذف
  6. Selamat hari raya. Lemang jagung, ayam masak merah, kari daging. Meh laaa makan

    ردحذف
    الردود
    1. SEdapnya lemang jagung.. belum pernah try lagi...

      حذف
  7. selamat hari raya aidil adha!!! Kami masak nasi hujan panas je... nasib baik cuaca panas je sepanjang raya tu ahahha... :p

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat hari raya buat awak juga.. bila nak mai JB ni oiii

      حذف
  8. Salam aidiladha Lin...
    Sambal goreng tu bikin terliur. .Entah bila la saya akan rajin nak buat

    ردحذف
    الردود
    1. Selamat hari raya haji juga buat Mama sekeluarga..

      حذف
  9. Selamat Hari Raya Sis... Sedap bethooollll lauk pauk yg dihidangkan tu. Lebih kurang juga menu raya di rumah LeYa... Hehe..cuma takde la sambal goreng tu

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah.. selamat hari raya juga buat Leya..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!