NIAT PUASA HARI TARWIYAH DAN DOA HARI ARAFAH

Sis Lin
24
NIAT PUASA HARI TARWIYAH DAN DOA HARI ARAFAH | 10 HARI pertama bulan Zulhijjah merupakan antara hari yang amat digalakkan untuk memperbanyakkan amalan dalam Islam. 10 hari terawal Zulhijjah juga mempunyai keistimewaan yang luar biasa, di mana pelbagai amalan soleh boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau beramai-ramai (berjemaah). Dan antara puasa sunat yang digalakkan dalam Islam ialah Puasa Zulhijjah termasuklah Puasa Sunat Arafah (9 Zulhijjah).

Dan pada tahun ini negara kita berbeza hari bulan Zulhijjah dimana Hari Arafah (9 Zulhijjah) di Saudi (8 Julai, Jumaat) manakala di Malaysia (9 Julai, Sabtu). Waktu afdhal untuk berdoa adalah semasa jemaah sedang wukuf di Arafah. Jadi, waktu afdhal untuk kita berdoa di Malaysia sepatutnya bila sebab kita berpuasa Hari Arafah 9 Julai, Sabtu? Ity yang jadi tanda tanya kita semua kan? Termasuk Sis juga.

Dan setelah Sis ada membaca, Sis terbaca satu perkongsian ni dari Group Umrah di facebook. Sis kongsikan di sini untuk manfaat bersama. 

Niat Puasa Hari Tarwiyah Dan Doa Hari Arafah

“Tiada hari yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan amalan soleh padanya melainkan 10 hari terawal Zulhijjah” – Sahih Bukhari : 969

Waktu yang afdhal dan mustajab doa untuk munajat adalah satu masa yang bersamaan dengan masa wukuf. Jadinya wukuf jatuh pada hari Jumaat, waktunya bermula Zohor sehingga Maghrib (waktu Saudi) dan di Malaysia kira-kira waktu lepas Asar juga pada hari Jumaat sehingga anggaran waktu Isya'. Itulah waktu mustajab doa, kita doa banyak-banyak pada Allah dan tumpukan perhatian lebih pada waktu tersebut.

Perbezaan masa Makkah dan Kuala Lumpur adalah 5 jam. Puasa pula tidak terikat dengan wukuf sebab Puasa Hari Arafah takrifnya adalah berpuasa pada 9 Zulhijjah. Jadi 9 Zulhijjah di tempat kita adalah pada Sabtu, maka kita puasa Sabtu untuk Puasa Sunat Arafah (9 Zulhijjah).

Apapun Jumaat pun kita digalakkan juga berpuasa kerana termasuk dalam hari sunat puasa awal Zulhijjah dan merupakan hari Tarwiyah yang sunat untuk berpuasa. Jadinya esok, Jumaat kita sama-sama tumpukan perhatian lebih pada ibadah, doa munajat dan kalau mampu puasa sangat-sangat digalakkan. Jelas?. 

Selain itu, disunatkan juga melakukan amalan-amalan sunat yang lain seperti:

1. Berpuasa di siang hari
2. Beribadah di malam hari (Qiamullail)
3. Perbanyakkan solat sunat
4. Berbuat baik pada ibu bapa
5. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
6. Bertutur tentang perkara yang baik
7. Membantu orang susah
8. Memperbanyakkan zikir
9. Bersedekah

Wukuf Di Arafah 

Apabila menyebut tentang 'Arafah, pasti akan ada yang terlintas bahawa inilah tempat pertemuan Ibu dan Ayah sekalian manusia, iaitu Nabi Adam a.s dan Saidatina Hawa setelah mereka terpisah dan terpaksa harungi satu perjalanan yang panjang untuk bertemu semula bilamana kedua-duanya dipisahkan oleh ALLAH swt di dua tempat yang berlainan.

Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. 

Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Gunung Arafah tepatnya di Jabal Rahmah beerti "Gunung Rahmat". Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Wukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu. 

Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan munkar mereka semasa di dunia.

Doa Pada Hari Arafah 

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, ‎ “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. 

(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi) 

Jangan pernah jemu berdoa dan minta padaNya.. 

Niat Puasa Hari Tarwiyah Dan Doa Hari Arafah

Puasa Tarwiyah: Hari Jumaat, 08 Zulhijjah / 8 Julai 2022
Puasa Arafah: Hari Sabtu, 09 Zulhijjah / 9 Julai 2022

Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat digalakkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jemaah haji. Namun begitu, bagi jemaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 09 Zulhijjah.

Adapun yang dimaksudkan dengan puasa Arafah adalah (Mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 09 Zulhijjah iaitu hari pada saat jemaah haji melakukan wukuf di padang Arafah.

Niat Puasa Arafah
 
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى 
Sahaja aku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala. 

Doa Hari Arafah 

Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw). Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi.

Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

Wahai Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku. Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Ya Allah HAPUSKAN COVID 19 DARI SELURUH DUNIA DAN SEMBUHKANLAH MEREKA YANG DIJANGKITI 

Aaamiinn Ya Rabbal-alamin... 


P/S: Semoga dengan niat dan usaha kita ini, Allah angkat darjat kita, dan terima doa-doa serta amalan kita.. inshaallah .. 

Post a Comment

24Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Perkingsian yang amat bagus. Sis, doakan saya juga ya..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sis atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, moga bermanfaat buat semua..

      Delete
  3. Perkongsian yang bagus. Baru tadi tanya adik yg sudah bersedia di Arafah. Tanya waktu wukuf dia. Dia siap bagi waktu solat. Ya wukuf mereka jam 12.26 tengahari waktu Zohor - 7.07 malam waktu maghrib (ARAB SAUDI) dan kita di Malaysia 8 Julai 2022 jam 5.26 petang sampai 12.07 pagi 9 Julai 2022.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar Ezna, sama-sama kita amalkan sunah dan berdoa sebanyak mungkin...

      Delete
  4. terima kasih byk atas perkongsian yang telah menjawab kemusykilan saya. Semoga Allah membalasnya dengan seribu kebaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, sama-sama kasih, moga ianya bermanfaat buat semua..

      Delete
  5. Terjawab kemusykilan sama ada boleh puasa atau tidak hari Sabtu ni. Semoga ibadah kita Diterima olehNYA

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang bagus sis Lin. Harapannya satu hari nanti dapatlah jekak kaki ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn.. inshaallah, niat yang baik, pasti Allah makbulkan..

      Delete
  7. Great information, actually banyak lagi ilmu yang Nell learn year by year from the sharing macam ni... walaupun tak berapa faham, but it is really interesting bah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelan-pelan Nell, apa yang tak faham nanti tanya aja laa okay..

      Delete
  8. terima kasih atas perkongsian ini.. bolehla amalkan ni. kita selalu terlupa huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukurlah, moga ianya bermanfaat buat Ayu dan kita semua..

      Delete
  9. Selamat berpuasa akak. Semoga kita beroleh kemaafan dari Allah s.w.t. Saya tengok jemaah kat Tanah Haram dah sampai. Sebab plak rasa. Doakan dapat giliran ke sana dari Tabung Haji pada usia muda ni. Dah tua nanti risau tak sempat. Wuwuwuw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, tahun ni berkesempatan buat semua Ruby.. syukurlah...

      Delete
  10. Berpuasa pada hari tarwiyah is a good things. And this is a good sharing. Thank you, Sis Lin. Salam Eid Al-Haj in advance to you and your family ya.

    ReplyDelete
  11. Selaamaat berpuasa Sis 🤗👍

    ReplyDelete
  12. Thanks for sharing this and your thoughts, selamat berpuasa sis.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!