NIKMATI BUFFET ALA-THAI DI MAKAN KITCHEN DOUBLETREE JB | SIAPA sini peminat makanan Thai? Yaa sama laa kita. Walau bukan pengemar sepenuhnya, tapi kalau dah nampak menu-menu Thai ni, memang terliur laa anak tekak kan. Terus terbayang Tom Yum Goong, Miang Kam, Pulut Mangga dan banyak lagi..
Tapi nak betul nikmatinya, kenalah pi Thailand. Pernah dulu sekali Sis ke Golok sempena menyambut Tahun Baru sewaktu Sis ikuti FAMediatrip ke Thailand, masa tu memang puas lerr makan segala menu makanan Thai. Tapi time tu takde lagi Covid19 ni haa, so memang puaslah nak berjalan tanpa was-was.
Sekarang, kalau nak ke luar negeri, fikir dua tiga kali Sis, rata-rata kengkawan yang balik dari oversea, semuanya terkena jangkitan virus Covid19, terus jadi seriau pulak nak ke luar negara.. kita duduk dulu laa enjoy makan sana sini di negeri dan negara sendiri kan..
But don't worry, kali ni Sis nak kongsikan dengan korang baru-baru ni Sis pi nikmati Buffet Ala-Thai di Makan Kitchen at Doubletree JB dan ada menu-menu Thai yang mana memang menjadi kegemaran Sis dan juga korang yang pengemar makanan Thai... so tak payah lerr nak cop pasport masuk ke Thailand sana, ayuh kita ke Doubletree Jb ajer hehehehe..
Banyak juga menu-menu yang di hidangkan. Dengan harga dewasa RM108nett, korang boleh nikmati lebih dari 50 jenis menu makanan Thai. Selainnya menu-menu highlight buffet di Makan Kitchen. Memang puashati lerr, dengan Seafood on Ice pun ada sekali gituuu..
Yaaa yang tak suka menu ala-thai, korang boleh nikmati menu-menu lain, banyak pilihan yang ada dari dapur-dapur Makan Kitchen yang di hidangkan.. Cuma untuk bulan Julai hingga Ogos ini, Makan Kitchen Doubletree Jb ini sedang berlangsung Buffet bertemakan Ala-Thai.
Antara yang menjadi pilihan dan tumpuan semua orang tatkala ke hulu ke hilir nak amik makanan adalah; Miang Kam, Tom Yum Goong, Pulut Mangga, Tod Man Pia, Beef Thai Soup dan ehhh banyak lagi laaaa...
Jujurnya memang banyak lerr Sis makan oii.. banyak pilihan. Paling yang berulang Sis makan Beef Soup Thai, Pulut Mangga dan juga lauk-pauk masakan Thai, terutama Kerabu Daging dan Somtam dia. Memang makan nasi kurang, banyak meratah lauk aja, semua sedap hahahaha..
Cuma Tom Yum Goong dia jer agak cair sikit kuahnya, kalau dia buat sikit pekat, mesti power kaw habis, sebab rasa dah ngam, cuma cair jer sikit. Lain-lain memang tak dapat nak makan semua laaa oiii... duk jeling pandang-pandang jerr.. takde ruang nak telan dek makan ratah lauk huhuhu..
Yang bestnya kan, now mereka ada promosi BUY 3 FREE 1, so untuk 4 orang korang hanya bayar RM432.00 RM324.00 dati harga asal.. berbaloi kannn... buffet tu wokay, so korang bayar makan lerr sampai tersandar yaaa...
Buffet Ala-Thai ni akan berlangsung selama dua bulan, Julai dan akhir Ogos, so bagi korang yang nak buat tempahan, bolehlah buat tempahan meja sekarang. Nak walk-in pun boleh, tapi nasiblah kan kalau fullhouse.. Better booking sesiap dulu, lebih mudah dan selamat.
Untuk lihat LEBIH BANYAK GAMBAR, korang boleh klik sini -> Facebook Page akusislin dan boleh belek semua gambar menu-menunya okay.. tak dan nak tepek sini bebanyak.. detail mengenai buffetnya Sis letak di bawah ini yaa..
Video REEL buffet ala-Thai di IG akusislin .. tengok jangan tak tengok hahaha..
Buffet Ala-Thai at Makan Kichen
Setiap Ahad hingga Khamis
Dari jam 6.30pm - 10pm
Harga RM108nett (Dewasa) | RM54nett (Kanak-kanak).
Diskaun 50% untuk Warga Emas
Promosi BUY 3 FREE 1, korang boleh buat tempahan di SINI
Atau email kepada JHBDT_FB@hilton.com
Makan Kitchen at Doubletree JB (Lobby Level)
12, Jalan Ngee Heng,
Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Contact : 07-268 6868
P/S: Selamat berbuka puasa korang buat sesiap yang puasa Tarwiyah harini..
Ramainya juadah sesedap
ردحذفHahahaha memang banyak Wak, tak tau nak mula dari mana
حذفSedap2 menunya
ردحذفYaa Karni, semua sedap...
حذفSo shedapppp! Hehe.. Saya sukaaaaa menu Thai... Tak semua tapi beberapa menu yang sedap di tekak..
ردحذفKann Nona, memang nampak ko makan banyakk hahahaha
حذف