PUASHATI BELI KASUT JENAMA XES, JIMAT, MURAH DAN SELESA | BAB pemakaian kasut atau selipar ni memang Sis agak cerewet sikit yaa. Bukan pentingkan jenama atau branded, tapi keselesaan masa memakai tu yang Sis amik kira. Maklumlah jenis kaki besar dan kembang, so kalau tak kena dengan pilihan kasut/selipar/sandal, lama-lama pakai, kaki Sis akan sakit.
Sabtu lepas baru ni Sis dan family ke Paradigm Mall Skudai jalan-jalan cari makan. Dan kebetulan anak Sis,Yana kata nak cari selipar baru untuknya. Sejak dah berbadan dua ni, badan rasa 'berat' dan kekadang kaki pun sakit kalau berjalan lama. So kitaorang pusing-pusing sambil mencari kedai kasut.
Sampai di sana, menantu Sis terpandang kedai kasut XES Signature, so kita masuk aje laa cari kot ada kasut yang anak Sis berkenan. Yang bestnya, masa kitaorang datang tu XES tengah buat jualan promosi BELI 1 pasang kasut PERCUMA 1 pasang kasut!! So apalagi, jangan kata anak Sis dan menantu jer, dengan Sis, anak bujang dan Suami pun sama memilih sepasang kasut hahahaha..
Untunglah siapa yang pergi masa promosi tu, memang berbaloi-baloi, tu yang Sis satu family tak lepaskan peluang untuk membeli hehehe.. Banyak juga pilihan yang ada. Bukan kata kasut dewasa dan remaja, kasut bebudak pun ada, comel-comel designnya.
Anak Sis kata dia taknak beli sepatu (bertutup), nak cari selipar ala sandal jerr. Kebetulan esoknya kitaorang nak piknik tepi pantai, so nak cari yang senang di sarung dan pakai dengan selesa. Pilih punya pilih, jadi rambang juga mata. Yang lelaki senang aje pilih ya, belek-belek terus siap, kita yang pompuan ni, ishh naik rambang nak pilih yang mana hahaha..
Akhirnya.. Sis dan anak Sis amik laa sandal ala selipar sarung ajerr yang mudah nak pakai dan selesa. Memang selesa, sekali sarung je di kaki, terus rasa best. Anak Sis yang tak suka pakai jenis sandal macam tu pun, terus kata okay.
Sandalnya pun ringan, tidak rasa berat dan memang ngam di kaki. Mula fikir nak juga amik yang jenis bertumit, senang nak pakai pi event ke, tapi fikir-fikir baru je bulan lepas beli sepasang boot, so takpelah sebab nak pergi pantai kan, kita beli je laa sandal gini.. mudah nak pakai, sarung je kan..
Haaa ko amekkawww, dalam pada nak teman anak beli, dengan Emaknya, Ayahnya, adiknya sekali membeli sepasang hahahaa.. jimat berbaloi-baloi wooo.. XES ni selalu buat promosi katanya, kadang tiap kali perayaan ke mesti ada je promosi dari XES. Dan akan datang ni, promosi jualan Hujung Tahun akan kembali, so korang tunggu je laa..
Esok bolehlah pakai pergi pantai. Menantu Sis jerr dia design untuk pakai ke office, yang anak bujang dan Suami Sis beli sandal, kebetulan memang sandal basahan mereka dah uzur beno nengok, so anak bujang dan Ayahnya amik jenis sandal jer.
Haaa lihatlah kegembiraan dan keselesaan Sis dan family bila memakai kasut XES ni. Sangat selesa dan tidak melecet. Biar ada yang kata kasut murah ekk, tapi bukan jenama yang Sis utamakan, tapi keselesaan dalam memakai juga harganya berbaloi setanding dengan kualitinya. Memang puashati beli kasut jenama XES, murah dan selesa.
Korang kalau nak dapatkan kasut murah tapi selesa, dapatkan kasut jenama XES ni, boleh semak outlet berdekatan dengan korang seluruh Malaysia. Atau dapatkan maklumat dan juga promosi terkini di laman sosial XES di facebook dan instagram atau ke laman website mereka.
Location Kedai XES Shoes :
Contact : 03-7832 1182
Juga boleh di dapat secara online di Lazada dan juga Shopee.
P/S: Bukan kasut je ada, handbag jenama XES pun ada yaa..
Teringat masa bawak mak pegi jalan2 kat Sunway Putra ternampak promo beli 1 percuma 1 kat kedai ni. Apa lagi sambar la sandal sorang satu hihi. Rindu nak shopping dgn makyeng. Insya Allah bulan depan dia datang sini.
ردحذفKann, time dia sale, memang berbaloi-baloi beli, murah dan banyak penjimatan...
حذفXES ni kan, memang port beli kasut yang ada kualiti dan berpadan dengan harganya. Banyak pilihan pun iya. nice tau
ردحذفYaaa betul GB, rata-rata kengkawan pun memang ke XES aja cari kasut...
حذفha ako mmg slalu beli XES ni, yup XES mmg sentiasa ada je SALES hehehe...
ردحذفKann Ret, selalu ada sale buy one free one..
حذفsyok beli buy 1 free 1 nih..boleh beli sepasang suami isteri kan..
ردحذفSangat berbaloi Miera, so satu family boleh pakai..
حذف