SALAM MAAL HIJRAH 1444H/2022 - AWAL MUHARAM

Sis Lin
8
SALAM MAAL HIJRAH 1444H/2022 - AWAL MUHARAM | 1 Muharram 1444H (Awal Muharram) akan jatuh pada tarikh 30 Julai 2022 iaitu Hari Sabtu. Ianya adalah merupakan tarikh cuti umum buat rakyat Malaysia.  Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Dan tema untuk Maal Hijrah tahun 1444H adalah 'Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti'.. 

Salam Maal Hijrah 1444H/2022 - Awal Muharam

Bacaan Doa Akhir Dan Awal Tahun 1443-1444 Hijrah 

Doa akhir tahun (1443H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 29 Zulhijjah 1443 Hijrah bersamaan 29 Julai 2022 Masihi (Jumaat)

Doa awal tahun (1444H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1443 bersamaan 29 Julai 2022 (malam 1 Muharram 1444H)

*Berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib


Semoga kita semua berhijrah ke arah kebaikan, penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan Nabi junjungan kita Rasulullah S.A.W. Juga kecintaan kita kepada Allah SWT Dan Rasulullah SAW agar dapat di perkukuhkan.

Dengan usia yang semakin meningkat, di kala rumah kata pergi dan kubur kata mari, elok kita perbanyakkan ibadat, kurangkan perkara lagha menerusi internet dan gajet. Jangan semberono mengundang dosa kering dengan memuat naik atau forward bahan-bahan atau cerita sebelum dipastikan kebenarannya.

Demikian juga lebih baik diam daripada berkata-kata yang tidak membawa manfaat atau mengungkapkan perkataan yang me­nyakiti orang lain.

Untuk itu, mari kita pastikan diri kita tidak terlepas daripada melakukan hijrah. Marilah kita berazam dan berusaha meninggalkan segala perbuatan yang dilarang oleh Allah serta melazimi perkara yang disuruh oleh Islam.

Insyaallah ..
Salam Maal Hijrah buat semua pembaca @akusislin 


P/S: Harini super duper busy Sis... moga Allah permudahkan semua urusanku harini, aamiinn.. 
Tags

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. MasyaAllah.. dah nak melangkah ke tahun baharu hijrah kita kan Sis. 1444H. Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik. Selamat tahun baharu Sis.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann PC, masa cepat betul berlalu... aamiinn, salam Maal Hijrah juga buat PC ...

      حذف
  2. Selamat tahun baru dan selamat bercuti.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!