SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2022/1443H | ALLAHUAKBAR takbir dah bergema, hati menjadi hiba mengenangkan yang telah tiada (Mak & Ayah) tapi apakan daya, raya tetap raya.. begitulah resam dunia, selagi berdaya, selagi mampu, selagi bernafas, selagi itulah kita raikan. Lebih-lebih lagi jika kita masih ada Suami, anak-anak, adik beradik dan juga kawan-kawan..
Dah berapa harini rumah Sis memang meriah ni dengan anak-anak saudara dan adik-adik yang silih berulang datang ke rumah, Tapi malam ni semua dah bermalam di sini termasuk anak menantu Sis juga. Inilah keluarga kecil Sis tatkala mearikan raya. Tak ramai tapi kami meriah, alhamdulilah..
Menu raya haji kali ni pun tetap masak seperti menu sebelum ni juga. Wajib masak Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Sambal Goreng, Sayur Lodeh dan juga Sambal Kacang.. Cuma kali ni menu raya haji Sis tambah lagi sikit, Sis masak Ayam Tua Ungkep untuk Suami dan anak bujang. Sukalah tu nanti dua beranak tu..
Ketika ni mungkin Sis dah sibuk. Ketupat dah atas dapur, adik ipar tolong rebus dan jaga api airnya.. yang lelain semua dah ke dapur membantu apa yang patut.. anak-anak saudara pulak, apalagi meriah laa dengan main bunga apinya.. Suami beli entah mana agaknya.. dapatlah mereka seronok-ronok bermain..
So nanti Sis dah sibuk.. blog akan sepi sekejap ya.. nanti dah free kita sambung lagi coleteh di sini.. korang jaga diri dan jaga SOP..
Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Hari Raya Haji (Korban) jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir dalam kalendar Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam kerana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
“Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya adalah ketakwaan kamu. Demikianlah dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas apa yang dia beritakan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepda orang-orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Hajj 37)
“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilahkamu kepada-Nya. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)”. (Surah Al-Hajj Ayat 34)
Jika inginkan kebahagiaan, kena korbankan diri untuk rasa keperitan, Kerana dalam setiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan.
تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ
Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredhaannya jua. Dengan ingatan tulus ikhlas, disusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf tersalah laku, terkasar bahasa. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita pada tahun ini.
SALAM AIDILADHA 10 Zulhijjah 1443H buat semua pembaca blog @akusislin
P/S: Bertahun aku korbankan perasaan dan jiwa ini untuk bersabar... tapi, sampai bila?...
Salam aidiladha 1443H
ReplyDeleteSalam aidiladha juga buat Wak..
DeleteSelamat hari raya aidiladha sis lin! semoga semuanya dipermudahkan. ^^
ReplyDeleteSelamat hari raya Aien...
DeleteSalam Aidiladha buat Lin sekeluarga.
ReplyDeleteSalam aidiladha buat SK juga sekeluarga...
Delete